Gara-Gara Pembedahan Plastik, Wajah Ratu Cantik Russia 100% Bertukar. Sampai Tak Boleh Tutup Mata

Share

Dah cantik pun nak buat pembedahan plastik? 

Implan, pembedahan plastik dan buang lemak sudah menjadi perkara biasa buat bintang-bintang terkenal dunia. Maklum sahaja, dengan demand peminat yang harus dipenuhi, mereka perlu tampil menarik 24 jam tanpa gagal.

Kita umpama sudah terbiasa dengan perangai mereka yang ingin mengubah bahagian tubuh badan mengikut ‘selera’ masing-masing.

ARTIKEL BERKAITANRahsia Kening Cantik Artis Bollywood , Teknik ‘Threading’ Sudah 6000 Tahun Rupanya! – REMAJA

Hal ini juga berlaku kepada seorang ratu cantik dari Russia menceritakan detik mimpi ngeri pembedahan plastik yang dilakukan satu ketika dulu hingga menyebabkan dia tidak dapat lagi menutup mata dan senyum.

Yulia Tarasevich, 43, merupakan naib juara dalam pertandingan Ratu Cantik Russia-International dua tahun lalu. Tidak lama kemudian beliau memutuskan untuk melakukan pembedahan wajah di sebuah klinik di Krasnodar, Selatan Russia.

Menurut Daily Mail, ibu kepada dua orang anak itu berkata mukanya mengalami bengkak yang teruk dan meradang selepas melakukan pembedahan berjumlah RM12,ooo itu.

Kos itu termasuklah facelift blephariolasty (pembetulan kelopak mata) dan liposuction (sedut lemak).

“Saya datang kepada mereka dengan wajah yang sihat dan cantik.

“Saya datang hanya ingin membetulkan beberapa nuansa yang disebabkan penuaan. Tapi malangnya, saya telah kehilangan kesihatan,” katanya, lapor Daily Mail.

Walaupun telah melakukan pembedahan semula yang bernilai lebih kurang RM80,000 itu, beliau tetap tidak boleh menutup matanya mahupun memberikan senyum.

“Saya mempunyai parut yang terbentuk di pipi apabila mereka (doktor bedah) mengoyakkan semua tisu kulit saya.

“Mata saya tak boleh tutup dan saya tak boleh senyum. Saya (juga) tak boleh angkat bibir atas dan satu bahagian muka saya tak berfungsi sama sekali,” luahnya.

Ratu cantik itu mendakwa dia telah membelanjakan lebih RM113,000 untuk cuba pulih daripada kerosakan wajah tersebut, namun akuinya dia tidak lagi dapat kembali kelihatan cantik seperti asal.

Menurut laporan, dia kini telah memfailkan saman terhadap dua doktor yang bertanggungjawab dalam melakukan operasi pembedahan tersebut, walaupun mereka mendakwa itu adalah disebakan disebabkan komplikasi genetik yang jarang berlaku.

BACA LAGI : 10 Tempat Best Yang Korang Kena Pergi At Least Sekali Seumur Hidup

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Sumber: Daily Mail

Published by
Nana