Gara-gara Pendaki Kontak Rapat Covid-19, Kompleks Taman Kinabalu Ditutup

Share

Selain daripada kehijauan dan rasa damai yang masih tak diterokai dek pembangunan melampau, Sabah juga masih kekal misteri di kalangan ramai pelancong. Koranglah antara ‘yang terpilih’ untuk ke sana, cewah.


.

Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara iaitu Gunung Kinabalu juga berada di negeri Santubung ini dan sudah tentu saja menjadi ‘wish list’ kaki hiking untuk menjejakkan kaki.

Bermula 14 Mac lalu, laluan pendakian Gunung Kinabalu telah dibuka semula selepas ditutup sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Terbaharu, seorang pendaki Gunung Kinabalu dari Tawau dilaporkan mempunyai kontak rapat dengan individu yang didapati positif Covid-19 dan ia sekaligus menyebabkan Kompleks Taman Kinabalu terpaksa ditutup bermula 25 September sehingga 8 Oktober ini.

Notis penutupan itu dikeluarkan oleh Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah.


.

Setiausaha Tetapnya, Dr Jamili Nais berkata pihaknya dimaklumkan bahawa pada tarikh 13 sehingga 14 September lalu, seorang pendaki dari Tawau mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19 didapati positif.

Oleh itu, JKNS mengesyorkan supaya Kompleks Taman Kinabalu ditutup kepada orang awam termasuk pendaki ke Gunung Kinabalu selama 14 hari berkuatkuasa pada 25 September sehingga 8 Oktober.

Malah, semua kakitangan yang bertugas di pusat saringan, kaunter pendaftaran serta pintu masuk Kompleks Taman Kinabalu dan Panalaban dikehendaki menjalani saringan kesihatan di Dewan Kinabalu.

Selain itu, semua malim gunung dan porter serta kakitangan Sutera Sanctuary Lodge (SSL) dan Mt Torq yang terdedah kepada jangkitan Covid-19 ketika bertugas pada dua tarikh berkenaan dikehendaki menjalani saringan kesihatan.

So korang yang dah beli tiket dan plan bercuti ke Sabah tu take note okay!

Sumber: Harian Metro

Published by
Ruziana Zainal