Penggunaan mata wang kripto memang hangat diperkatakan tak kira dimana. Malah, ada pihak yang mendakwa telah menjadi kaya selepas membelinya pada waktu mula-mula ia diperkenalkan. Tapi awas ya, ramai juga terpedaya dengan skim ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Guna Wang PTPTN, 50 Pelajar IPTA Terpedaya Skim Pelaburan Mata Wang Kripto

Gara-gara Promosi Mata Wang Kripto Di Instagram, Kim Kardashian Didenda RM4.65 Juta

Terpalit dengan mempromosikan matawang Kripto, bintang Hollywood Kim Kardashian didenda sebanyak  AS$1 juta (RM4.65 juta) oleh Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti (SEC).

Kim juga dihalang daripada mempromosikan mata wang kripto selama tiga tahun, akan membayar denda AS$1 juta itu. Bayaran itu adalah bagi menyelesaikan kes pendakwaan bahawa beliau mengesyorkan jaminan kripto kepada 330 juta pengikut Instagramnya tanpa menjelaskan bahawa beliau dibayar untuk berbuat demikian.

Gara-gara Promosi Mata Wang Kripto Di Instagram, Kim Kardashian Didenda RM4.65 Juta

Bintang realiti televisyen itu juga perlu menyerahkan bayaran AS$250,000 (RM1.16 juta) yang diterima bagi hantaran Instagram mengenai token Ethereum Max, termasuk faedah.

Ads

Kardashian adalah antara selebriti terbaru terjerat dalam peraturan yang memerlukan pendedahan penuh oleh individu menerima bayaran untuk mempromosikan produk kewangan.

Peringatan Kepada Selebriti

Pengerusi SEC, Gary Gensler, dalam kenyataannya, berkata penyelesaian Kardashian ‘berfungsi sebagai peringatan kepada selebriti dan orang lain bahawa undang-undang memerlukan mereka mendedahkan kepada umum bila dan berapa bayaran diterima untuk mempromosikan pelaburan dalam sekuriti’.

Gensler juga menggunakan penyelesaian itu sebagai peluang untuk mendidik orang ramai dengan mengeluarkan video jenaka di YouTube yang memberi amaran mengenai kemungkinan perangkap nasihat pelaburan yang diberikan oleh orang kaya dan terkenal.

Ads

SEC berkata Kardashian bersetuju untuk bekerjasama dengan siasatan yang sedang dijalankan, walaupun dia tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai siasatan itu.

Salah seorang peguam untuk Kardashian, Patrick Gibbs, berkata dia bekerjasama sepenuhnya dengan SEC sejak awal lagi dan bersedia untuk melakukan apa saja yang diperlukam untuk membantu SEC dalam perkara itu.

Sebelum ini, nilai mata wang kripto melonjak ketika pandemik tetapi baru-baru ini, di tengah kemerosotan pasaran keseluruhan, kebanyakan nilai kripto menjunam.

Ads

Bitcoin kehilangan lebih separuh nilainya pada tahun 2022 kepada sekitar AS$19,000 (RM88,300) semalam.

Token Ethereum Max yang dipromosikan oleh Kardashian merosot nilainya lebih daripada 90 peratus sejak kemuncaknya Mei lalu. – AP

Untuk info, matawang Kripto adalah mata wang digital yang hanya terdapat dalam rangkaian komputer yang disebut ‘blockchain’ di internet. Namun, skim pelaburan mata wang kripto yang ada di Malaysia merupakan satu skim haram dan tidak sah.

BACA : Kim Kardashian Sekali Lagi Dikaitkan Dengan Nama Marilyn Monroe

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI