Angelina Jolie menyebarkan pesonanya di karpet merah ‘Eternals’ di Festival Filem Rom 2021 di Rom, Itali, Ahad lepas. Namun penampilannya kali ini tidak sesempurna biasa.
Tampil dalam gaun metal kelabu rekaan Atelier Versace yang bergemerlapan bagaikan bidadari, from head-to-toe dah sempurna . Namun, mata tajam peminat mendapati sesuatu yang ganjil pada rambut panjangnya.
Rupanya Sambungan Rambut Angelina Jolie Tidak Betul
Peminat tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dari sambungan rambutnya yang berombak dan tidak sekata, yang jelas ‘lari’ dari rambut coklatnya yang sebenar.
Dek kerana rambut, Angelina Jolie viral di media sosial dan rata-rata meluahkan rasa tidak puasa hati dengan tweet ‘kecewa’ dengan penata rambut.
“Bagaimana anda membiarkan Angelina Jolie berjalan di karpet merah dengan sambungan rambutnya kelihatan seperti ini, seseorang akan dipecat,” tweet peminat.
Hmm…mungkin penata gaya ini ingin mencuba sesuatu yang baru agaknya dengan fesyen rambut berombak…hehehe
Bagaimanapun, seperti di acara sebelumnya, Angelina Jolie dilihat selesa ditemani anak-anaknya. Kali ini, bersama Zahara dan Shiloh. Zahara muncul dalam balutan gaun putih dengan aksen emas pada garis leher, sementara Shiloh memilih little black dress yang dipadu dengan sneakers berwarna terang.
Orang cantik, rambut berombak pun still cantik kan…hehe
Pelancong Lebih Suka Menetap di Airbnb Malaysia Pada Tahun 2017, Korang Bagaimana?
Zaman nyata telah berubah. Dari hotel ke Airbnb.
Jika dahulu, hotel dan chalet lima bintang menjadi tempat menginap kegemaran pelancong sekiranya sedang bercuti di Malaysia. Namun sekarang, rangkaian Airbnb pula yang menjadi pilihan mereka.
Menurut laporan pengarah urusan Airbnb di Asia Tenggara iaitu Mich Goh, tahun 2017 telah menyaksikan peningkatan 137% pada jumlah pengunjung yang menggunakan perkhidmatan tersebut semasa melancong di Malaysia.
Ia bermakna, sepanjang tahun lepas saja, platform tersebut telah menerima sebanyak 1.5 juta pengunjung dari dalam dan luar negara. Weh, luar biasa!
Bukan saja peningkatan tersebut membawa keuntungan kepada Airbnb Malaysia, malah pengusaha tempatan yang menawarkan servis Airbnb rumah mereka kepada pengunjung juga berpeluang untuk memperoleh hasil setinggi RM5,200 sebulan jika dikira secara purata.
Patutlah ramai pemilik rumah terutamanya di kawasan tumpuan pelancong tidak berfikir dua kali untuk membiarkan orang asing tinggal di rumah mereka buat seketika.
Malah, komuniti Airbnb Malaysia juga dikatakan semakin meluas dengan adanya 31,900 kediaman berdaftar dengan platform itu, setakat ini. Antara jenis kediaman yang selalu ditawarkan adalah rumah teres, vila dan apartmen.
Mungkin disebabkan kondisi rumah di Malaysia yang selesa dan lengkap dengan perabot dan keperluan asas lain, lalu membuatkan pelancong tidak teragak-agak untuk berulang kali memilih penginapan jenis Airbnb setiap kali bercuti di sini.
Korang pula macam mana? Masih sukakan konsep hotel atau lebih gemar tinggal di rumah orang?
Bukan Setakat Wefie, Pastikan Korang Buat 8 Perkara Ini Di Pameran SANRIO KL
Isi Kandungan
Toggle
Childhood memory sangat!
Okay, dengar sini peminat Hello Kitty dan seangkatan dengannya.
Bukan senang untuk kita pergi ke mana-mana pameran Sanrio yang bertempat di Jepun. Iyalah, dengan duit tiket penerbangannya, hotel, makanan, pengangkutan and the list goes on.
Jadi apabila Sanrio terutamanya watak popular Hello Kitty sendiri yang akan ada di Kuala Lumpur bermula hujung minggu ini hingga awal Januari depan, penulis sendiri merasakan kita semua tak patut melepaskan peluang berharga ni!
Berjudul Our Sanrio Times in Kuala Lumpur, jom tengok 8 benda menarik di dalam pameran ini. Sediakan checklist korang..
01
Korang perlu mengambil foto banyak-banyak di Sanrio Village. ‘Kampung’ ni dibuat berdasarkan Gift Gate di Hotanda, Tokyo. Di sini, mereka turut menempatkan kereta api mainan Sanrio yang popular sejak dulu lagi.
02
Lihat bagaimana pelukis Sanrio dari Jepun yang akan berada di pameran ini untuk melakarkan 9 watak Sanrio terkenal (seperti Hello Kitty) secara live! Kawan Otaku korang guarantee suka.
03
Bukan je boleh tengok secara live, korang pun berpeluang untuk belajar cara melukis watak kegemaran secara mudah oleh mereka. Duduk dan lihat tutorial step by step yang akan ditunjukkan oleh pelukis ini.
04
Weh, korang wajib ambil wefie bersama Hello Kitty gergasi berketinggian 3.5 meter.
05
Ada juga 2,000 boneka watak Sanrio yang ditempatkan di dalam terowong ‘Sanio Time Tunnel’. Dah macam dalam komik pula bila memasuki kawasan ini kerana mereka memaparkan imbasan throwback watak-watak lama Sanrio sehinggalah watak terbaru mereka.
06
Haa, kalau untuk perempuan yang dulu obses dengan permainan anak patung, mesti korang akan sukakan bahagian ‘Paper Doll Fun’.
07
Peminat stationery seperti penulis (hehe!) akan suakakn bahagian Vintage Stationary House yang menempatkan macam-macam jenis alat tulis Sanrio. Teringat pula zaman sekolah rendah dulu.
08
Dah sampai ke penghujung tu, mestilah nak beli souvenir untuk dibawa pulang kan? Korang boleh dapatkannya di Sanrio Gift Gate, mengikut bajet masing-masing.
Jadi, kalau korang tak ada planning apa-apa dari 24 November (Sabtu ini) sehingga 6 Januari 2019, korang bolehlah ke pameran Our Sanrio Times di Dewan 5, Tingkat 5 Quill City Mall, Kuala Lumpur. Ia dibuka dari jam 11 pagi hingga 9 malam pada setiap hari.
Tak sabar nak jumpa karakter ni semua!
10 Perkara Yang Dinanti Sepanjang 2020, Mana Satu Paling Korang Excited?
2019 sudah lebih kurang dua bulan melabuhkan tirainya. Agaknya apa yang menarik sepanjang tahun baru ini? Remaja kupaskan antara 1 item terhangat yang pasti membuatkan masyarakat Malaysia teruja untuk menantikannya.
Fast & Furious 9
Merupakan naskhah kesembilan daripada francais “Fast & Furious” dan khabarnya ia adalah kesinambungan dari filem kelapan yang ditayangkan kira-kira dua tahun lalu. Fast & Furious 9 antara yang ditunggu-tunggu oleh pengikut tegar filem Hollywood dan kali ini korang bakal menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
Olimpik 2020
Juga dikenali sebagai Tokyo 2020, sukan antarabangsa ini dijadualkan akan bermula pada 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020. Ia juga merupakan kali kedua Jepun menjadi tuan rumah bagi sukan Olimpiik. Disebabkan penganjuran acara terbesar ini, Haneda International Airport kini sedang direnovasi menjadi dua kali ganda lebih besar dan dijangka bakal siap pada Mac ini. Remaja mengucapkan selamat maju jaya buat kontinjen Malaysia yang bakal beraksi di Sukan Olimpik nanti.
BTS datang Malaysia?
Tahun lepas kecoh bila nama kumpulan popular Kpop, BTS disebut-sebut untuk mengadakan konsert di Malaysia. Berita ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman yang giat berusaha untuk membawa masuk BTS ke negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Usaha ini dilakukan bertujuan sebagai satu pelaburan yang mampu menguntungkan negara. Sama-sama kita nantikan sama ada impian ARMY ini menjadi kenyataan atau tidak.
Samsung Galaxy S11
Ura-ura mengenai Galaxy S11 sudah mula diperkatakan sejak beberapa bulan lalu selepas Samsung Galaxy Note 10 dilancarkan. Khabarnya, Galaxy S11 akan dilengkapi sistem kamera utama sebesar 108-Megapixel lengkap dengan kemampuan zoom optikal 5X menggunakan sistem periskop. Video konsep sistem periskop ini telah pun diperlihatkan oleh Samsung sebelum ini, tetapi kemampuan sebenarnya di dunia sebenar masih lagi belum diuji.
Ip Man 4: The Finale
Filem blockbuster kantonis ini menyaksikan Donnie Yen kembali menghidupkan wataknya sebagai Ip Man. Kali ini Mahaguru Wing Chun ini mengembara ke San Francisco, USA, di mana pelajarnya telah membuka sekolah Wing Chun tetapi ini membuatkan komuniti seni mempertahankan diri di sana tidak menyukainya.
Tahun Melawat Sepang 2020
Majlis Perbandaran Sepang menyasarkan lima juta pelancong dengan hasil pendapatan sebanyak RM5 billion untuk berkunjung ke daerah Sepang sempena Tahun Melawat Sepang 2020. Jumlah tersebut disasarkan melibatkam 80 peratus pelancong tempatan dan 20 peratus pelancong antarabangsa. dengan tema “Sepang Gerbang Negara”, Tahun Melawat Sepang 2020 dilihat menepati matlamat hala tuju Kerajaan Selangor yang mahukan sektor pelancongan menjadi penyumbang kepada pendapatan negeri.
House of The Dragon
Beberapa bulan lepas, HBO telah mengumumkan bahawa produksi mereka akan memulakan penggambaran spin-off dari Game of Thrones, House of the Dragon. Siri ini berdasarkan buku George R.R. Martin, Fire and Blood (2019) yang mengupas sejarah House Targaryen (ancestors Daenerys), 300 tahun sebelum Game of Thrones. House of The Dragon dijangka akan ditayangkan di HBO Max pada Mei 2020.
iPhone SE2
IPhone SE generasi kedua ini khabarnya menggunakan rekaan seperti iPhone 8 yang berukuran saiz 4.7 inci. Spesifikasinya pula dilengkapi dengan cip pemprosesan yang sama seperti iPhone 11 Pro iaitu Apple A13 Bionic dan masih mengekalkan fungsi Touch ID. Menurut Mac Rumors, iPhone SE2 ini akan dijual pada harga USD399 (RM1670.01) untuk storan 64GB dan bakal dilancarkan pada awal Mac nanti.
Neon Make-up
Gaya solekan rona Neon dijangka mendominasi pilihan remaja pada tahun ini. Jangan terkejut jika kamu melihat ada yang menggayakan gincu bibir berwarna ungu dan memakai maskara rona hijau. Calitan solekan rona terang menonjolkan sisi sebenar sikap berani si pemakai. Kalau nak cantik perlulah ada sifat yakin diri. Gincu, eye liner dan pembayang mata rona neon antara koleksi barangan mekap yang perlu kamu miliki!
Mulan
FIlem `live action` ini adalah adapatasi dari cerita lagenda mengenai pahlawan wanita Hua Mulan. Dia telah menyamar sebagai lelaki supaya dia dapat mengambil alih tempat bapanya dalam tentera. Dilakonkan oleh Crystal Liu Yifei, Donnie Yen, Jason Scott Lee, Yoson An, filem arahan Niki Caro ini dijangka akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 26 Mac 2020.