Angelina Jolie menyebarkan pesonanya di karpet merah ‘Eternals’ di Festival Filem Rom 2021 di Rom, Itali, Ahad lepas. Namun penampilannya kali ini tidak sesempurna biasa.
Tampil dalam gaun metal kelabu rekaan Atelier Versace yang bergemerlapan bagaikan bidadari, from head-to-toe dah sempurna . Namun, mata tajam peminat mendapati sesuatu yang ganjil pada rambut panjangnya.
Rupanya Sambungan Rambut Angelina Jolie Tidak Betul
Peminat tidak dapat mengalihkan pandangan mereka dari sambungan rambutnya yang berombak dan tidak sekata, yang jelas ‘lari’ dari rambut coklatnya yang sebenar.
Dek kerana rambut, Angelina Jolie viral di media sosial dan rata-rata meluahkan rasa tidak puasa hati dengan tweet ‘kecewa’ dengan penata rambut.
“Bagaimana anda membiarkan Angelina Jolie berjalan di karpet merah dengan sambungan rambutnya kelihatan seperti ini, seseorang akan dipecat,” tweet peminat.
Hmm…mungkin penata gaya ini ingin mencuba sesuatu yang baru agaknya dengan fesyen rambut berombak…hehehe
Bagaimanapun, seperti di acara sebelumnya, Angelina Jolie dilihat selesa ditemani anak-anaknya. Kali ini, bersama Zahara dan Shiloh. Zahara muncul dalam balutan gaun putih dengan aksen emas pada garis leher, sementara Shiloh memilih little black dress
yang dipadu dengan sneakers berwarna terang.Orang cantik, rambut berombak pun still cantik kan…hehe