Tengah-tengah kita kalut dengan politik yang melanda negara, kumpulan indie Malaysia, Bunkface tampil dengan sedikit kelainan dan kontroversi apabila meminta golongan LGBT agar ‘pergi mampus’.
Bunkface yang dianggotai oleh Sam, Youk dan Paan telah bertapak lama dalam industri muzik tanah air sejak 2006 telah mengeluarkan satu single terbaharu mereka berjudul ‘Akhir Zaman’.
Menurut Bunkface, melodi dan lirik single tersebut ditulis sendiri vokalis Sam yang berkisarkan tentang keadaan semasa di Malaysia dan dunia sekeliling hari ini.
“Kami mendengar suara peminat dan juga rakyat Malaysia dan sudah menjadi tugas kami untuk menyampaikan suara-suara
tersebut.“Jadi ini adalah cara kami menyuarakan isu yang benar dengan pendapat yang betul demi agama, demi rakyat dan negara kita Malaysia.” katanya.
Bagaimanapun, single baharu ini mendapat perhatian ramai kerana sebaris lirik berkaitan dengan LGBT yang menyebabkan trending di laman sosial Twitter.
Seperti ramai sedia maklum, LGBT merujuk status orientasi songsang, sama ada naluri seksual mereka, hak bertukar jantina, hak berkahwin sejenis dan banyak lagi. Rata-ratanya mereka yang memperjuangkan hak LGBT tidak berpuas hati dengan lirik tersebut seolah-olah mempromosi homofobia dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sehingga hari ini, isu mengenai LGBT di Malaysia hangat diperkatakan kerana majoriti di negara ini adalah Muslim dan Islam melarang para pengikutnya untuk mengiktiraf hak LGBT.
Sejak semalam netizen sudah memberikan pandangan mereka terhadap lagu terbaharu Bunkface. Namun dilihat komen yang diberikan seimbang di mana ada beberapa golongan yang mengutuk Bunkface dan ada juga yang turut memuji mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, video muzik tersebut telah pun ditonton hampir 80,000 kali.
Apa pandangan korang tentang single baharu Bunkface ini?
Sumber : Twitter/Youtube