Sejak 6 Februari lalu, peminat sukan sedunia telah sama-sama mengikuti perkembangan kejohanan Sukan Olimpik musim sejuk yang sedang berlangsung di Beijing, China.
Kejohanan empat tahun sekali ini tetap diteruskan meskipun warga antarabangsa sedang dalam keadaan berjaga-jaga berdepan varian Omicron Covid-19 yang semakin menular.
Kali ini, bukan soal wabak yang ingin penulis kupaskan tetapi membabitkan ahli kumpulan BTS, Kim Nam-joon atau lebih dikenali sebagai RM yang terpaksa berdepan cercaan pengguna media sosial dari China.
Ia gara-gara satu hantaran di Instagram Story milik RM demi memberikan sokongan kepada pasukan ‘speed skating’ Korea Selatan yang sedang bertarung dengan pasukan tuan rumah, China.
RM didapati memuat naik klip pendek yang menunjukkan detik di mana atlet Korea Selatan bernama Hwang Dae-heon berjaya memintas dua orang atlet China.
RM telah menggunakan emoji ‘thumbs-up’ dan emoji ‘tangan bertepuk’ demi menyatakan rasa bangganya terhadap prestasi Hwang Dae-heon. Iyalah, bukan senang untuk mana-mana atlet mengatasi pasukan China; lebih-lebih lagi apabila mereka bergelar tuan rumah.
Lantas, warganet China tidak mengambil masa lama untuk mencerca RM dengan membanjiri ruangan komen Instagram BTS menggunakan emoji berbentuk ‘muntah’ dan ‘jari tengah’.
Lapor Korea Times pula, ada sesetengah komen edas dan berbaur gertakan turut diberikan seperti, “Mereka (atlet Korea Selatan) tidak mempu memberikan saingan,” dan “Kalau berani, (BTS) masuklah pasaran China.”
ARTIKEL BERKAITAN : Terima 1 Je Pencalonan, ARMY Label Grammy ‘Pengambil Kesempatan Populariti BTS’? – REMAJA
Tapi, apa sebenarnya yang membuatkan sokongan RM ini berkontroversi sedangkan perbuatan menyokong atlet tempatan adalah perkara biasa?
Rupa-rupanya sewaktu acara speed skating separuh akhir itu berlangsung, dua atlet Korea Selatan iaitu Hwang Dae-heon dan Lee June-seo telah hilang kelayakan apabila mereka didakwa berlaga dengan seorang peluncur lain. Disebabkan tindakan tersebut, dua atlet China bernama Ren Ziwei dan Li Wenlong yang asalnya menduduki tempat kedua dan ketiga di belakang atlet Korea Selatan tadi telah ditabalkan sebagai pemenang pingat emas dan pingat perak.
Justeru, rakyat Korea Selatan mempersoalkan tindakan pengadil dan berpendapat keputusan ini dibuat demi menaikkan peluang China memenangi lebih banyak pingat emas.
Tiba-tiba, REMAJA teringat pula dengan kes yang melanda atlet Paralimpik lontar peluru F20, Muhammad Ziyad Zolkefli apabila pingat emasnya dirampas atas kesalahan lewat tiba di lokasi pendaftaran dalam stadium.
ARTIKEL BERKAITAN : Sukan Paralimpik : Salah Siapa Ziyad Zolkefli Lewat Tiga Minit? – REMAJA
BACA LAGI : “Kenapa Tidak Bantah Sebelum Acara Bermula?” Warganet Bantah Isu Teknikal Ziyad Zolkefli – REMAJA
Sumber : (1)