Gara-Gara Tahan Kentut Depan Pasangan, Wanita Cantik Ini Dikejarkan Ke Hospital

Share

Yes, penulis mengaku. Kadangkala bila sebut sahaja tentang kentut memang tak boleh dibuat bincang.

Dan Sesetengah makanan juga boleh menyumbang kepada bau kentut lebih busuk seperti telur dan daging kerana ia kaya dengan sulfur.

ARTIKEL BERKAITAN : 10 Posisi Yoga Ini Mampu Buat Kulit Makin Cantik Dan Glowing. Wow!

Foto Via BBC News

Sebenarya semua orang kentut. Bagaimana ia dilaksanakan, itu perkara nombor dua. Ada yang kentut secara senyap, ada yang kentut sambil menahan nafas dan ada yang kentut dengan bangga di depan kawan-kawan rapat.

Foto Via Instagram

Namun, percaya atau tidak wanita cantik dan penyanyi di Brazil ini, dia dimasukkan ke hospital selepas mengalami sakit perut yang melampau didakwa berpunca daripada sering menahan kentut di hadapan teman lelakinya.

Penyanyi Viviane de Queiroz Pereira, lebih dikenali sebagai Pocah berkongsi pengalaman yang memalukan itu kepada 1.5 juta pengikutnya di Instagram story baru-baru ini.

Pocah mendedahkan bahawa di mengalami kesakitan yang teruk pada perut pada jam 5.30 pagi sehingga memerlukan rawatan perubatan di hospital.

Foto via iamlejen

“Saya kini sihat. Sakit itu hanya sebab tahan kentut,” ujarnya.

Kemudian penyanyi berkenaan sempat memberikan beberapa kata nasihat kepada para peminatnya supaya tidak berasa terlalu malu untuk kentut di hadapan pasangan mereka.

“Para gadis, jangan malu untuk kentut di hadapan pasangan anda.”

“Apa yang lebih memalukan adalah membiarkan teman lelaki anda tidak dapat tidur dengan aman kerana anda mengajaknya ke hospital dan selepas itu, mengetahui bahawa anda sakit kerana kentut terperangkap dalam badan anda,” katanya.

Pocah yang dilahirkan di Rio de Janeiro, adalah berketurunan Afrika dan Portugal. Dia pada asalnya tidak mengendahkan sakit perut yang dialami kerana menerima nasihat di TikTok.

Tetapi selepas kesukaran itu, dia berkata akan melepaskan kentut dengan bebas. Menurut beberapa pakar perubatan, perbuatan menahan kentut boleh menjadi berbahaya dan membawa kepada gejala yang menyakitkan.

Untuk info, pada era Roman dan purba Jepun, buang angin di tempat awam merupakan amalan normal dan biasa.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : Daily Star

Published by
Nana