Gara-Gara Terlampau Cantik Umpama Bidadari, Gadis Diuji Muka Berdarah Saat Pandang Kaabah

Share

Apa jua Allah mengkehendaki, maka akan terjadi. Gara-gara memakai susuk untuk kelihatan cantik, seorang gadis terpana apabila kedatangannya mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah diuji dengan mukanya tiba-tiba mengeluarkan darah tatkala melihat Kaabah di hadapan mata.

Tiada niat untuk menakutkan tetapi sekadar memberi pengajaran, seorang mutawif Mohd Mujaheed Openg dari al-aafiyah Travel & Tours Sdn Bhd berkongsi kisah dari Tanah Haram untuk dijadikan pengajaran bersama.
**media[59913]**
Memulakan kerjaya Mutawif pada usia 19 tahun, Mujaheed yang kini berusia 29 tahun yang juga pemilik bersama syarikat travel tersebut berkata, sepanjang pengalamannya sebagai mutawif, dia banyak menyaksikan peristiwa baik dan boleh dijadikan pengajaran kepada orang lain.

Kisah yang saya ingin kongsikan ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat semua.

“Ia mengenai seorang gadis yang sangat cantik. Kalau pandang kali pertama boleh dikatakan umpama bidadari. Terlalu cantik dan kalau lelaki memandangnya pasti jatuh hati. Kedatangan gadis ini ke tanah suci Makkah bersama keluarganya dan sayalah yang menguruskan urusan mereka sepanjang di Makkah dan Madinah.

“Ketika berada di Madinah, tiada masalah yang timbul. Semuanya nampak baik sahaja. Tapi bila memasuki Tanah Haram iaitu Makkah Al Mukaramah, sebaik melihat Kaabah untuk melakukan ibadah tawaf, ketika itulah mukanya secara tiba-tiba mengeluarkan darah.
**media[59914]**
**media[59912]**

“Darah itu keluar meleleh-leleh dengan banyak. Tapi dari tiga penjuru saja iaitu dahi, pipi kiri dan kanan. Dia agak panik dan saya pula tak sangka dapat menyaksikan kejadian begini di depan mata,” katanya sambil menambah biar darah sudah di lap berkali-kali namun darah tetap mengalir-ngalir dengan banyak.
Tambah Mujaheed lagi, ibadah tawaf tidak dapat dilaksanakan andainya muka berdarah-darah begitu.

“Saya suruh dia lap tapi darah tetap keluar. Orang ramai asyik memandangnya sehingga dia naik malu. Gadis itu bertanya saya, apa yang harus dia lakukan dalam hal ini kerana dia juga tidak menyangka terjadi perkara sebegini.

Walau tidak mahu bertanya kenapa mukanya tiba-tiba berdarah, tapi saya ada bertanya perkara ini kepada beberapa orang Ustaz yang mungkin lebih mahir dalam hal begini.

“Kata mereka biasanya angkara susuk. Ramai tidak menyedari risiko pakai susuk kerana mahu nampak cantik di dunia ini untuk tujuan menawan hati lelaki dan tujuan lain. Tambahan pula darah keluar dari tiga penjuru iaitu dahi, pipi kiri dan kanan iaitu sebagai penyeri wajah.

“Untuk mengelak salah faham orang keliling yang memandangnya, saya menyuruhnya memakai purdah menutup mukanya dan kemudian dia meneruskan ibadah tawaf dalam keadaan muka masih berdarah-darah,” katanya.

Bukan bertujuan untuk membuka aib, kata Mujaheed, tujuan dia berkongsi cerita ini adalah untuk memberi pengajaran agar tidak melakukan perkara-perkara khurafat dan syirik di dunia kerana setiap ujian Allah adalah untuk memberi pengajaran kepada orang lain.

Published by
Almaswa Haji Che Ros