Isu tersalah buat pindahan wang di bank bukan lagi sesuatu yang mustahil kerana dengan kecuaian sendiri, pastinya masalah ini boleh berlaku.
Hal ini telah pun terjadi pada seorang rakan Nor Zabetha yang diceritakan dalam perkongsiannya di laman Facebook.
Rakannya ingin membuat pindahan wang dari akaun banknya kepada akaun banknya yang lain. Malangnya, sewaktu melakukan transaksi tersebut, dia telah cuai memasukkan nombor akaun bank. Hanya satu digit saja yang silap dan dia tak perasan. Akibatnya wang sebanyak RM5,000 telah dipindahkan ke akaun lain tanpa dia sedar.
Bila mula tersedar, dia segera menghubungi kedua-dua bank dan buat laporan polis. Menurut pihak bank, mereka akan cuba menghubungi individu yang menerima wang tersebut untuk memulangkannya semula.
Pihak bank berjaya menghubungi si penerima dan dia bersetuju untuk memulangkan semula wang tersebut. Cuma dia memberi alasan akan berlaku sedikit kelewatan kerana faktor umur.
Ads
Namun, selepas beberapa hari wang tersebut masih gagal dipulangkan. Pihak bank cuba menghubungi penerima wang tersebut semula tetapi panggilan bank tidak dijawab. Cubaan berkali-kali yang dilakukan oleh pihak bank masih gagal.
Jadi, pihak bank memaklumkan kepada rakannya, tiada tindakan lanjut yang boleh mereka ambil. Mangsa meminta agar pihak bank mendedahkan nama serta butiran kad pengenalan penerima supaya boleh menuntut di mahkamah.
Walau bagaimanapun, pihak bank tidak boleh mendedahkan segala butiran penerima memandangkan bank telah terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Maklumat tersebut hanya boleh diberikan dengan Perintah Mahkamah. Malangnya, untuk memperoleh Perintah ini akan memerlukan kos yang lebih tinggi. Tidak berbaloi.
Ads
Menurut Zabetha juga, jika kesilapan datang dari pihak bank, kita memang boleh tuntut sebab itu adalah kecuaian bank itu sendiri. Tapi, jika kesilapan datang daripada diri sendiri, terpaksalah kita terima akibatnya.
Walaupun hanya tersalah satu digit saja, kesannya mungkin boleh menyebabkan korang menyesal seumur hidup.
Jadi, berhati-hati sewaktu membuat pindahan wang. Korang boleh mengambil langkah berjaga-jaga seperti berikut:
Ads
1. Semak nombor akaun sebelum klik transfer. Semak nombor akaun beberapa kali dan penama akaun.
2. Sekiranya pindahan tidak mustahak, buat pindahan secara Interbank Giro (IBG) transfer kerana jumlah ini tidak terus dipindahkan dan mengambil masa selama 3 hari sebelum pindahan. Jadi, sekiranya korang tersalah buat pindahan wang, korang masih sempat menghubungi pihak bank bagi tujuan pembatalan.
3. Kalau kita sentiasa buat pindahan ke akaun sendiri tetapi ke bank yang berbeza, disarankan untuk pilih akaun yang selalu dipindahkan sebagai akaun 'favorite' supaya data memang sudah ada. Jadi korang tidak perlulah memasukkan berulang kali dan tidak bimbang isu tercuai masukkan nombor akaun.
Jangan terburu-buru dalam membuat pindahan wang sebabnya nanti korang juga yang menyesal jika tersalah transfer. Jadikan kisah ini sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati di masa akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apabila hidup dalam masyarakat berbilang kaum, sensitiviti haruslah dijaga agar boleh hidup harmoni. Walaupun ramai yang sangat cakna mengenai hal ini, terdapat juga sesetengah golongan yang tidak sensitif.
Kejadian yang berlaku di Flat Bukit Batok, Singapura ini menjadi satu contoh. Menurut perkongsian Bob Tan di dalam grup Facebook Singapore Complaint, jiran di atas rumahnya telah menggantung daging bahagian perut babi di ampaian dan mengotorkan baju yang sudah dibasuhnya.
“Jiran saya menggantung perut babi di luar tingkap dapur flat dan telah mengotorkan semua baju yang saya baru basuh dengan lelehan kicap,” tulisnya.
Menurut perkongsian Coconuts Singapore, Bob telahpun melaporkan kejadian tersebut kepada Majlis Perbandaran.
Dia juga mengakui bahawa ini kali pertama kejadian seperti itu berlaku. Dia tidak berjumpa berhadapan dengan jirannya untuk berbincang masalah itu apabila jiran tersebut tidak lagi menggantung babi selepas wartawan datang untuk menemubual mereka.
Hantarannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang mana rata-rata tidak berpuas hati dan mengecam tindakan jiran Bob yang menggantung perut babi di bahagian amapain baju.
Sehingga kini hantaran tersebut telah menerima lebih 1.8 ribu tanda suka dengan 2.1 ribu perkongsian.
“Pergi cakap dengan orang tu..Mungkin mereka tak sedar budaya dan sensitiviti Singapura,” tulis Anwar Aziz.
Manakala Andre Poh pula memberi reaksi, “Tidak asas dalam menghormati jiran lain dan tidak sensitif kepada agama dan kepercayaan lain.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang tak pelik kalau lelaki memilih pasangan yang lebih berusia untuk dijadikan teman hidup. Dah nama jodoh kan, tak kenal siapa. Lihat saja selebriti Malaysia yang bahagia bersama isteri tercinta walaupun jarak umur mereka berbeza. Umur tu hanya angka semata-mata. Asalkan matang dan pandai jaga hal rumah tangga, why not kan?
Jom kita lihat beberapa selebriti yang mempunyai jodoh dengan suami yang lebih muda, namun tetap serasi dan sweet.
1. Linda Onn (40 tahun) & Ungku Azhar (38 tahun)
2. Datuk Sheila Majid (52 tahun) & Acis (46 tahun)
3. Rozita Che Wan (44 tahun) & Zain Saidin (33 tahun)
4. Yatt Hamzah (37 tahun) & Muhammad Zulfadzli (27 tahun)
5. Awin Nurin (35 tahun) & Izzue Islam (27 tahun)
6. Ella (51 tahun) & Azhar Ghazali (35 tahun)
7. Linda Jasmin (45 tahun) & Que Haidar (38 tahun)
8. Didie Alias (45 tahun) & Norisham Ismail (42 tahun)
Tahniah juga kami ucapkan buat pasangan pengantin baru of the year ini, Priyanka Chopra dan Nick Jonas.
Walaupun pasangan lebih berusia atau jauh lebih muda, kalau dah sayang dan namanya jodoh, ke jinjang pelamin juga pasti bertemu. Kami doakan semoga rumah tangga yang dibina kekal hingga ke syurga.
Untuk korang yang belum bertemu jodoh tu, tenang saja. Mungkin jodoh korang belum habis belajar lagi. Ok gurau je. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam video, dapat dilihat bahawa pemandu sebuah kenderaan ulititi, Honda CRV, memandu di lorong paling kanan, sekali gus menghalang ambulans di belakangnya.
Walaupun telah membunyikan siren dan hon kereta itu tetap enggan memberi laluan kepada ambulans di belakang. Pada saat terakhir video berkenaan, pemandu ambulans dilihat terpaksa memotong melalui laluan kiri.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut membuat ciapan di akaun Twitternya meluahkan rasa kecewa dengan sifat pemandu yang pentingkan diri dan denggan memberi laluan kepada ambulans.
Astaghfirullah masih ada pemandu yg pentingkan diri sendiri sampai sengaja tidak memberikan laluan kepada pihak Ambulan walaupun siren ambulan sudah lama dibunyikan di belakang kereta Ini. https://t.co/qrRJyd1Yr1
Malah, netizen juga tidak kurang mengecam tindakan pemandu tersebut.
Rupa-rupanya, bukan dengan sengaja pemandu tersebut bertindak sedemikian dan tidak mahu memberi laluan kepada ambulans.
Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Polis Daerah Kampar iaitu Superintenden Mohamad Nazri Daud berkata pemandu dan pemilik kenderaan utiliti sukan (SUV) itu telah diarahkan untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar untuk siasatan lanjut.
Nazri turut menjelaskan hasil siasatan mendapati pemandu kereta berkenaan mengalami masalah pendengaran Tinnitus-Acoustic Neuroma sejak tiga tahun lalu.
“Lelaki itu juga masih menerima rawatan lanjut daripada pakar berkaitan penyakit Tinnitus-Acoustic Neuroma di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Siasatan lanjut kes itu sedang dijalankan dan tindakan sewajarnya akan diambil ke atas pemandu kenderaan tersebut,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nazri turut berkata pihaknya akan terus mempertingkatkan operasi dan penguatkuasaan trafik bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya di daerah Kampar, Perak.
Buat anda yang masih keliru, satu rakaman video berdurasi 37 saat tular di media sosial apabila ia memaparkan sebuah kereta Honda CR-V tidak mahu memberi laluan kepada ambulans sehingga kenderaan berkenaan terpaksa ‘beralah’ dan beralih ke lorong kiri.
Kesimpulannya disini, jangan cepat menghukum sebelum mengetahui hal yang sebenar, takut nanti dapat dosa je.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber : Utusan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...