Luar Negara

Gara-Gara Tolak Lamaran Kahwin, Pelakon India Malvi Malhotra Pernah Cedera Ditikam, Lega Pengarah Kena Penjara!

Share

Selepas empat (4) tahun mengalami trauma dengan mimpi ngeri yang dialaminya, pelakon wanita yang popular menerusi  naskhah Malayalam, Telugu dan Hindu, Malvi Malhotra (27) kini boleh menarik nafas lega.

Menurut laporan Indian Express, ia susulan seorang pengarah lelaki yang didakwa telah menikamnya diperintahkan oleh mahkamah menjalani hukuman penjara selama tiga (3) tahun akibat jenayah yang dilakukan.

Menerusi kronologi kes, Malvi ditikam sebanyak tiga kali pada malam 26 Oktober 2020 berhampiran kediamannya oleh lelaki yang mendakwa dirinya seorang pengarah yang bernama Yogesh Mahipal Singh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kamal Adli Cedera Diserang Dengan Cota, Terpaksa Ditidurkan

Kredit: Malvi Malhotra
Kredit: Malvi Malhotra

Pelakon wanita itu didapati tercedera pada bahagian tangan dan perut selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu berkahwin dengannya.

“Saya berdepan dengan trauma yang teruk selepas kejadian itu. Ia lebih daripada kecederaan atau kesan tikaman tetapi memberi impak yang besar terhadap mental saya”

Kredit: Malvi Malhotra
Kredit: Malvi Malhotra
Kredit: Malvi Malhotra

Menerusi akaun media sosial Malvi turut meluahkan rasa syukur, “Terima kasih pihak berkuasa kerana telah memberi saya keadilan. Kesabaran saya berbaloi. Setiap perbuatan ada balasan dan keadilan selalu berpihak kepada yang benar.”

Sebelum ini, pelakon filem ‘Hotel Milan’ dan ‘Abhyooham’ itu memberitahu menerima Yogesh sebagai kenalan selepas lelaki itu mahu menjalin hubungan persahabatan dengannya menerusi aplikasi Facebook.

ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Sean Lee Tidak Munculkan Diri, Rupanya Tercedera Sampai Tolak Tawaran Filem

Mereka kemudian berkawan dan pernah keluar bersama sebelum Malvi menjauhkan diri selepas menolak lamaran Yogesh yang mahu mengahwininya. Sejak dari itu Yogesh mengintip pergerakan Malvi sehingga berlakunya insiden tikaman empat tahun lalu. 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE