Kecelaruan seks identiti geng-geng kunyit yang secara terang-terangan berani “berbicara” tentang anak ikan mereka yang kacak dan berusia 14 tahun di media sosial khususnya di facebook, nampaknya seakan terbantut.

Ini kerana Presiden  International Women’s Alliance for Family Institution and Quality Education (WAFIQ), Prof Madya Rafidah Hanim Mokhtar telah membuat satu laporan polis semalam selepas “Group Anak Ikan” yang memaparkan anak ikan masing-masing melibatkan geng-geng kunyit  dan pedofilia ini kantoi di media sosial.

Kata beliau di laman fbnya,

  • Beredar sekarang tentang perbuatan dan perbualan berunsur aktiviti gay/paedofilia menjadikan anak-anak kecil sebagai sasaran. Saya mohon sesiapa yang ada maklumat lanjut tentang individu2 dengan profil tersebut membuat aduan polis atau menghubungi wafiq3108@gmail.com.
  • Semua ibubapa harus cakna, dan memulakan pendidikan tentang gejala liwat kepada anak-anak. Pendidikan seksual bermula di rumah, dan bagi ibubapa Muslim, kenalkan pada anak anak apa yang halal, dan apa yang haram dalam Islam.
  • Dua minggu lepas, seorang doktor pakar perubatan keluarga menyampaikan kepada saya sudah ada kes budak lelaki berumur 12 tahun yang HIV positif.

  • Perangi paedofilia, budaya liwat dan hubungan sejenis.

Bukan saja WAFIQ yang membuat laporan polis tetapi netizen meluahkan rasa marah mereka kepada geng kunyit ini gara-gara begitu terbuka berbicara kecelaruan  seks di media sosial. Ramai yang berkata, masa depan remaja ini akan rosak, ada netizen yang lebih ekstrem di mana mereka akan melakukan lebih dahsyat jika bertembung dengan geng kunyit  ini serta bermacam-macam makian dari orang ramai yang begitu marah.

Gara-Gara “TUAI” Anak Ikan Kacak 14 Tahun, Geng Kunyit Dikecam Netizen

Kes hangat ini bermula apabila Group Anak Ikan atas nama Hakimi Captainzr Hafizi telah memuat naik satu tulisan bahawa dia perlu balik secara kecemasan ke Kuantan selepas menerima satu panggilan telefon dari “anak ikannya”. Ayatnya yang menulis dah boleh diTUAI kot ternyata menerima respon dari geng-geng “sakit mentalnya” yang menyatakan budak itu kacak, sedap atau tidak dituai dan sebagainya.

Ternyata ayat menjijik yang kononnya mahu membanggakan diri ini akhirnya mulai kantoi kerana akaun fbnya telah dinyah aktif. Malah akaun Group berkenan juga sudah tidak boleh diakses dan apa yang menakutkan, ia mempunyai keahlian sebanyak 17,000 ahli yang terdir dari latar belakang termasuk mengaku pernah belajar dari universiti-universiti awam di tanahair.

Gara-Gara “TUAI” Anak Ikan Kacak 14 Tahun, Geng Kunyit Dikecam Netizen
Dari perbualan inilah mencetuskan kemarahan netizen tentang hal TUAI yang dianggap satu perbuatan menjijikkan

 

Ads
Gara-Gara “TUAI” Anak Ikan Kacak 14 Tahun, Geng Kunyit Dikecam Netizen
Rakaman perbualan menjijiknya melihat geng2 kunyit yang mendakwa bersama anak ikan masing-masing

 

Gara-Gara “TUAI” Anak Ikan Kacak 14 Tahun, Geng Kunyit Dikecam Netizen
Selepas berita ini kecoh blog ini sudah tidak boleh diakses lagi

Di sebalik kesibukan tentang Pru, masalah ekonomi dan lain-lain hal lagi, ada juga manusia gila yang tidak pernah ambil peduli asalkan nafsu serakah mereka dapat dilayan. Bukan hanya Hakimi Captainzr Hafizi berkenaan, masa yang sama seorang pemilik akaun atas nama Amirul Hafifi  turut membuat satu post yang mendakwa dia bersama anak ikannya. Hal ini ternyata mendatangkan kecaman dari ramai netizen lelaki yang begitu berang dengan tindakannya memuat turun gambar bersama seorang kanak-kanak lelaki.

Ternyata, geng dilaknat Allah ini sangat berani memaparkan kecelaruan identiti mereka dan apa yang sangat menakutkan mangsanya adalah terdiri dari golongan remaja berusia 14 tahun yang mungkin naif dengan pemikiran geng-geng kunyit ini.

Tidak hairanlah, satu langkah segera telah diambil oleh WAFIQ dalam memastikan gejala keji ini dapat dibanteras secepat mungkin.

Ini kerana Prof Madya Rafidah Hanim turut menulis, dia sendiri terperanjat apabila ada kanak-kanak seawal usia 12 tahun dijangkiti HIV seperti dimaklumkan oleh seorang kenalan doktornya. HIV yang mudah dijangkiti akibat dari hubungan seks, seks songsang dan dadah yang dahulunya hanya dialami oleh golongan dewasa kini mula dijangkiti oleh kanak-kanak yang sangat naif tentang realiti kehidupan dunia. Tindakan berani WAFIQ membuat laporan polis sesuatu yang amat terpuji dan harus dibanggakan kerana dengan adanya laporan polis, andai benar geng kunyit ini ada terlibat dengan jenayah seksual, maka tindakan harus diambil segera.

Ads

Tidak dinafikan, golongan remaja adalah mereka yang mudah terpengaruh khususnya kepada wang kerana ketika ini keinginan mereka begitu meluap-luap untuk mendapat sesuatu yang mungkin sukar didapati dari ibu bapa.

Masa yang sama, ibu bapa, abang atau kakak-kanak kepada adik-adik ini, tolong prihatin dan ambil tahu dengan siapa anak-anak atau adik-adik anda mesej, whatsapp, berkawan dan sebagainya kerana kita tidak mahu ada yang menjadi mangsa.

HENTIKAN PERBUATAN TIDAK BERMORAL INI kerana zahirnya, lelaki jodohnya adalah untuk perempuan dan begitulah sebaliknya!

 

Ads

 

 

 

 

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI