Budaya buli di sekolah seakan dipandang remeh dan dianggap perkara biasa, lebih-lebih lagi bagi pelajar yang tinggal di asrama. Walau banyak didedahkan di media sosial tetapi rasa takut pada pembuli tidak pernah habis.
Terbaru, tiga pelajar lelaki mendakwa menjadi mangsa buli dan pukul oleh sekumpulan senior di sebuah sekolah menengah kebangsaan berasrama di Bandar Kemaman, Terengganu pada 23 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, ketiga-tiga pelajar terbabit membuat laporan polis pada 27 Ogos iaitu empat hari selepas kejadian itu berlaku. Menurutnya lagi, laporan pertama dibuat oleh pelajar berusia 14 tahun yang mendakwa dipukul sekumpulan pelajar senior sehingga menyebabkan gegendang telinga sebelah kanan pecah serta lebam di badan.
Akibat rasa tidak puas hati dilapor hisap vape pada guru
Gambar hiasan
Menurutnya lagi, kejadian tersebut dipercayai berlaku akibat rasa ketidakpuasan hati pelajar senior terbabit selepas mangsa dikatakan mengadu kepada guru kegiatan menghisap vape.
“Sehingga jam 3.30 petang ini, seramai 11 pelajar berusia antara 13 hingga 16 tahun yang tinggal di sekitar Bandar Chukai ditahan.
Ads
Ditahan serta disiasat mengikut Seksyen 147 KK dan Seksyen 325 KK
Susulan kejadian itu, beliau berkata kesemua mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah.
Gambar Hiasan Via Pexels
Tambahnya, beliau berharap agar pihak pengurusan sekolah dapat memantai dan mengawasi kejadian seumpama itu supaya tidak akan berlaku lagi.
“Kita juga berharap pihak sekolah segera melaporkan kepada polis sebaik berlaku sesuatu kejadian buli sebegini,” katanya.
Ads
Hmmm, benda boleh bincang kenapalah sampai nak pukul-pukul ni.Huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berita baik buat korang yang ingin pulang ke kampung, sebanyak 30 lebuh raya di seluruh negara bakal menawarkan tol percuma dan diskaun sempena Aidilfitri yang disambut pada 3 Mei depan.
Menurut Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri berkata tol percuma dan diskaun itu melibatkan sejumlah RM77.11 juta yang akan ditanggung bersama oleh kerajaan dan syarikat konsesi. Pemberian tol percuma melibatkan lebuh raya milik Kumpulan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) yang menghubungkan jaringan lebuh raya utara – selatan dan Anih Berhad (ANIH) yang menghubungkan lebuh raya pantai timur (LPT).
Tawaran ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam pada 30 April 2022 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam pada 1 Mei 2022 (Ahad) kepada semua kelas kenderaan.
Tol percuma juga diberika kepada pengguna Plus dan LPT yang pulang semula ke kediaman masing-masing bermula 12 tengah malam 7 Mei (Sabtu) hingga 11.59 malam 8 Mei (Ahad) untuk semua kelas kenderaan. Tawaran diskaun tol antara 30% hingga 50% akan diberikan kepada lebuh raya lain pada tarikh dan masa sama bagi semua kelas kenderaan.
Keputusan yang dibuat ini diambil kira daripada impak pandemik kepada sumber pendapatan sebahagian besar Keluarga Malaysia sebelum ini dan bagi mengurangkan bebanan pengguna lebuh raya, terutamanya golongan berpendapatan rendah.
Kerajaan juga berharap dengan pemberian tol percuma dan diskaun tol sempena lebaran tahun ini akan memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri bersama orang tersayang.
Semoga dengan inisiatif ini sedikit sebanyak meringankan beban pengguna jalan raya yang ingin pulang ke kampung. Rancang perjalanan dengan bijak dan berhati-hatilah ketika memandu.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
27 Mei lalu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengeluarkan satu kenyataan yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) di semua kampus Institut Pengajian Tinggi (IPT) perlu dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember ini.
Terbaru, Universiti Teknologi MARA (UiTM) merupakan IPT pertama yang umum akan memulangkan yuran kolej kediaman dikenakan terhadap pelajar sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mulai 18 Mac lalu.
Naib Canselornya, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azraai Kassim, berkata pemulangan yuran kolej kediaman itu akan dibuat menerusi kaedah pemindahan baki ke semester seterusnya.
Bagaimanapun, katanya, yuran pelajaran tidak akan dipulangkan berikutan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) masih diteruskan secara dalam talian.
“Pelajar mungkin perlu memohon (untuk mendapatkan pemulangan yuran kolej kediaman) dan permohonan akan dibuka selepas kita memuktamadkan perkara ini.
“Setakat ini itulah pendirian kami walaupun ada pelajar tidak menggunakan kemudahan di universiti seperti makmal dan sebagainya kerana caj dikenakan secara keseluruhan perkhidmatan dan bukannya secara berasingan.
“Bagaimanapun, kita tunggu pendirian kerajaan dan UiTM akur dengan setiap keputusan berkaitan perkara ini, walaupun kadar ditetapkan UiTM adalah terendah berbanding institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain,” lapor BH
Dengan pelaksanaan PdP, ramai daripada pelajar IPT memohon agar yuran pengajian diturunkan kerana kemudahan di universiti tidak digunakan secara sepenuhnya termasuklah asrama, fasiliti sukan, makmal, internet dan bilik kuliah.
Sebelum ini, Bekas Menteri Sukan dan Belia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut mendesak agar yuran pengajian dikurangkan memandangkan kebanyak kelas terpaksa dihentikan ketika PKP berlangsung.
So apa pendapat korang tentang isu pemulangan yuran IPT ini?
Sumber : Berita Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Secara umum, ‘nasi bajet atau menu bajet’ merujuk kepada hidangan lengkap dan dijual dengan harga murah. Biasanya, ia selalu dikaitkan dengan para pelajar di kampus.
Keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini juga banyak mendorong orang ramai memilih nasi bajet kerana ia jauh lebih menjimatkan.
Tapi jangan tak percaya, ada berita baik buat peminat makanan kedai ‘Mamak’. Ada satu menu bajet akan diperkenalkan di lebih 10,000 restoran mamak di seluruh negara. Hal ini bagi meringankan beban rakyat terutamanya golongan B40 di kawasan bandar yang berdepan dengan kenaikan kos sara hidup.
Foto Via Utusan Malaysia
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, inisiatif tersebut akan dibincangkan di antara pihaknya dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dalam tempoh terdekat.
Setakat ini, harga menu berkenaan belum lagi dapat didedahkan, namun ianya dikatakan akan diselaraskan bersesuaian dengan jenis makanan dan tempoh waktu tertentu.
“Sajian pada harga mampu milik atau bajet itu akan selaras di semua restoran mamak sama ada pada waktu siang atau malam.
“Namun, ia mungkin bergantung kepada tempoh waktu tertentu dan harganya akan ditetapkan nanti selepas perbincangan dengan kementerian berkaitan,” katanya yang dipetik oleh wartawan Iskandar Shah Mohamed dari Utusan Malaysia.
Menurutnya lagi, inisiatif itu juga kelak akan dipantau sepenuhnya oleh kementerian bertanggungjawab bersama dengan pihaknya. Pihaknya menjangkakan menu bajet itu akan dilaksanakan pada awal tahun 2023.
Alhamdulillah, ada juga berita gembira di zaman semua barang mahal ini. Happy tak peminat ‘makanan mamak’?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebanyak 17 jalan utama di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya akan ditutup atau dilencongkan secara sementara bermula 15 hingga 17 April ini bagi memberi...