Ini seperti tidak boleh diterima akal. Dan jelas satu “penipuan” terhadap kesihatan manusia. Selama ini kita tidak sedar pun bahawa garam yang kita gunakan sebagai penyedap makanan rupanya mengandungi bahan berbahaya pada kesihatan tubuh.
Pendedahan mengenai garam yang kita makan sehari-hari, mengandungi bahan microplastic telah pun dimuatkan dalam Jurnal Environmental Science and Techology selepas kajian dilakukan oleh sekumpulan penyelidik Korea Selatan dan mereka telah berkerjasama dengan Persatuan Greenpeace Asia Tenggara.
Hasilnya, 90 peratus garam yang dijual di pasaran mengandungi microplastic yang menjadi salah satu penyebab kanser ovari.
Baca perkongsian manfaat dari Dr Latif Saad yang juga pengasas kepada page The Diagnosa dan Root The Science mengenai isu ini.
Sudah menjadi kebiasaan kita untuk memasukkan garam ke dalam makanan bagi memberikan makanan yang kita masak rasa lebih sedap dan enak. Bahkan negara kita terkenal dengan ikan kering, sotong kering dan berbagai lagi makanan kering dimana makanan tersebut akan direndam dalam air garam terlebih dahulu sebelum dijemur di tengah panas.
Tapi tahukah anda bahawa pengambilan garam akan meningkatkan kuantiti anda makan plastik?
Ads
Lebih daripada 90% daripada garam dapur yang dijual di pasaran mengandungi ‘Microplastic’.
Microplastic adalah plastik kecil yang terhasil daripada penguraian plastik yang besar. Microplastic wujud sehingga mana kita tidak tahu kewujudannya di dalam air kerana ia tidak mempunyai rasa dan bau dalam kuantiti sedikit.
Microplastic ini juga wujud dalam bentuk ‘Microbeads’ dalam produk kesihatan, kecantikan dan juga produk pencuci. Pernah tak rasa macam biji-biji ketika mencuci muka menggunakan pencuci muka. Itulah microbeads. Apabila air yang mengandungi microbeads dibuang, ia akan masuk ke dalam sistem kumbahan, diproses semula dan sebagainya sehinggalah ia digunakan semula oleh manusia.
Ads
Untuk mengetahui bagaimana tahapan microplastic dalam garam yang digunakan dalam masakan harian, pengkaji di Korea Selatan telah berkerjasama dengan Persatuan Greenpeace Asia Tenggara. Kajian tersebut membandingkan kandungan microplastic di dalam air laut bersama dengan tahap pencemaran plastik di kawasan tersebut.
Daripada 39 jenama garam laut yang berasal daripada Eropah, Afrika, Asia dan Amerika, kesemuanya mengandungi plastik kecuali 3 jenama sahaja. Kandungan microplastic dalam garam tersebut adalah berbeza bergantung kepada Jenama. Pengkaji tersebut tidak menyenaraikan jenama yang terlibat. Akan tetapi mereka dapat melihat bahawa kandungan microplastic dalam garam yang tertinggi adalah berasal daripada kawasan Asia.
“Penemuan ini menunjukkan bahawa pengambilan microplastic melalui sumber laut adalah sangat tinggi terutamanya dikawasan yang terlibat (Asia)”
Takpe. Kita ambil garam bukit je lah
Ads
Kajian yang sama juga mendapati garam bukit juga mengandungi Microplastic. Cuma kandungannya kurang lagi daripada garam laut. Ini mengambar betapa teruknya bumi ini sudah tercemar sehingga mana garam di bahagian bukit juga mengandungi bahan yang sama
Microplastic penyebab kanser dan penyakit?
Terdapat pelbagai kajian yang menyatakan plastik boleh menjadi salah satu punca kepada kanser kerana ia mengandungi kompaun BPA(Bisphenol A). Kompaun ini dikatakan boleh mengganggu hormon dalam badan dan mendedahkan seseorang itu kepada penyakit seperti kanser ovari dan sebagainya. Akan tetapi ia masih lagi di tahap yang makmal dan belum lagi boleh dipukul rata untuk semua populasi.
Tetapi cukuplah kita tahu bahawasanya microplastic mungkin akan mendatangkan kesan buruk kepada kesihatan kita dan masyarakat kena sedar bahawasanya bumi ini sudah tercemar dengan teruknya.
Jadi, kurangkanlah penggunaan plastik supaya alam ini tidak tercemar. Jangan lupa, berhenti merokok juga, sebab dalam putung rokok juga mengandungi plastik.
Jerawat. Ia memang sangat menyebal dan memalukan jika muka dipenuhi jerawat. Lebih teruk jika ia sentiasa berulang dan berulang mesti semua produk pembersihan sudah kita cuba. Tangan pula sentiasa ‘melekat’untuk memicit jerawat yang tumbuh.
Kalau dah penat mencuba pelbagai jenis produk pencuci muka, apa kata korang elakkan enam jenis makanan ini, insya Allah masalah jerawat akan selesai.
Produk susu
Perkara pertama harus dijauhi ialah produk susu. Selain susu, jauhi juga yogurt, keju dan produk susu lain yang mengandungi testosterone sebaiknya dihidari. Testosteron meransang kelanjar minyak di kulit yang mana seperti kita tahu, kulit yang terlalu berminyak boleh mengakibatkan wajah break out.Ada banyak makanan lain untuk menggantikan sumber kalsium dan Vitamin D ini jika ingin mengurangkan pengambilan susu.
Ambil terlalu banyak coklat
Kurangkan pengambilan coklat jika untuk mengurangkan masalah jerawat di muka. Coklat memang tiada kaitan langsung dengan jerawat tapi kandungan gula dan lemak yang tinggi yang ada di dalam coklatlah menjadi punca jerawat berulang kembali. Atur pola makanan dengan baik dan jauh lebih baik jika dapat kurangkan pengambilan makanan lemak dan gula yang tinggi.
Kurangkan makanan pedas
Buat masa ini memang tiada bukti ilmiah bahawa makanan pedas memberi kesan pada tumbuhnya jerawat. Tapi kebanyakan orang terutama mereka yang berkulit sensitif mengakui kulit mereka mula tumbuh jerawat jika banyak makan makanan pedas. Untuk dapatkan kulit licin, amalkan makanan tidak pedas.
Kacang
Sekali lagi kacang antara makanan perlu dijauhi. Jika makan terlalu banyak, muka akan habis ditumbuhi jerawat selain berat badan juga akan semakin naik.
Karbohidrat
Apa persamaan antara roti, nasi dan pasta? Kesemuanya kaya karbohidrat. Ketika karbohidrat memasuki tubuh dalam jumlah yang tidak terkawal dan mula banyak, karbohidrat berubah menjadi gula. Sebagaimana kita tahu, makanan yang mengandungi gula tidak baik untuk kesihatan. Gula diterjemahkan menjadi insulin dalam darah dan terlalu banyak insulin akan mengakibatkan jerawat.
Junk food
Junk food ibarat bom jangka dalam tubuh. Ia mengandungi trans-lemak yang tidak sihat untuk tubuh badan. Kulit kita berkait rapat dengan petunjuk kesihatan. Jika tubuh penuh dengan sampah kerana junk food, kulit akan mula bermasalah. Jadi berhentilah makan junk food dan pilih makanan sihat serta minumlah air putih yang banyak agar dapat mengelak jerawat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramadan sentiasa menjadi bulan yang dinantikan. Selama lebih 30 hari ini semua berlumba-lumba mahu menjadi lebih baik dan melakukan lebih banyak perkara positif demi memahami nilai yang ada di sebalik bulan suci ini.
Pastinya semua segi diambil kira termasuklah gaya berpakaian. Jika sebelum ini bagi yang tidak berhijab selesa memilih gaya yang berani, mungkin di bulan Ramadan mahu beralih kepada gaya yang lebih sopan di mata namun masih mahu tampil bergaya.
Gaya menarik tidak semestinya terdedah, ini yang sesuai diibaratkan dengan tampilan koleksi khas jenama Monki khusus untuk bulan Ramadan. Koleksi kapsul edisi terhad ini dihasilkan khusus untuk mereka yang mahu meraikan gaya konvensional yang disuntik elemen moden dan sentuhan peribadi.
Jenama asal Sweeden ini mempamerkan warna-warna berani dan cetakan abstrak dan pilihan fabrik yang beralun. Koleksi ini turut mempersembahkan rekaan yang memiliki penegasan yang menjadikan setiap rekaan adalah item mesti ada untuk perayaan.
Warna yang difokuskan untuk koleksi ini ialah kuning dan merah jambu berserta dengan dua corak abstrak dalam warna pelengkap dan corak pokok palma. Setiap helaian direka bentuk untuk dipadankan dengan seluar berpinggang tinggi dan pakaian untuk penampilan bersama yang lebih santai.
Selain itu, untuk idea lebih praktikal anda juga boleh memilih jumpsuit lengan pendek yang dilapis dengan pakaian dalam turtleneck jersi yang menarik. Gaya yang extra fashionable tidak semestinya terdedah, betul tak?
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa yang korang selalu cari apabila ingin memiliki sepasang kasut? Rekaan yang cantik? Kualiti? Keselesaan?
Ya..semua faktor tersebut penting bagi memastikan pemakainya tidak menyesal dengan pembelian kasut baharunya. Sebab itulah, pemakai kasut-kasut keluaran jenama Hush Puppies tidak pernah berpaling arah kepada jenama lain.
Ini kerana ia memiliki semua perkara yang dicari di atas. Hush Puppies bukanlah jenama kecil yang baru berada di pasaran Malaysia, bahkan ia telahpun berusia melebihi lima dekad lamanya!
Cuma, tidak semua orang tahu lima fakta ini mengenainya.
01
Hush Puppies merupakan jenama dari Amerika Syarikat yang telah menggunakan inovasi platform Teknologi Lantunan sejak awal ia diperkenalkan sehingga ke hari ini. Patutlah bila pakai je sepasang kasut Hush Puppies, korang terus dapat merasai keselesaannya.
02
Ramai beranggapan Hush Puppies hanya menawarkan kasut kulit untuk acara formal dan bekerja. Namun hakikatnya, ia juga memiliki sneakers yang sesuai untuk pemakaian harian serta kasut kasual yang memastikan kaki korang tidak berdepan masalah kaki melecet atau sakit selepas beberapa jam memakainya.
03
Percaya atau tidak, ramai yang selalu bertanyakan sekiranya kasut-kasut atau beg keluaran Hush Puppies ini diperbuat daripada kulit anjing ataupun tidak! Ia gara-gara perkataan ‘Puppies’ pada namanya.
No guys, kasut dan beg yang dipasarkan oleh Hush Puppies Malaysia hanya menggunakan kulit kambing biri-biri ataupun kulit lembu sahaja. Jadi, korang boleh memakainya tanpa rasa was-was.
Imej anjing yang selalu tertera pada bahagian kotak kasut Hush Puppies juga mempunyai nama!
Ia merupakan maskot jenama tersebut yang dikenali sebagai Jason. Dari situlah wujudkan koleksi Hush Puppies yang dikenali sebagai Super-J.
Koleksi Super-J Hush Puppies mempunyai pelbagai rekaan yang bergaya dan selesa. Terbaru, ia baru sahaja melancarkan koleksi edisi terhad bernama Betsy khusus untuk pemakai perempuan. Kasut serba putih ini telahpun mendapat sambutan luar biasa kerana gaya klasiknya, harga yang berpatutan dan rekaan tidak sepadan.
Ini bermaksud, bahagian kasut kanan korang tidak sama dengan sebelah kiri. Sebelah akan mempunyai tali manakala sebelah lagi tanpa tali.
Ia juga mempunyai logo Hush Puppies berwarna emas dan putih serta perkataan Super-J yang dicetak menggunakan tulisan tangan.
*
Comel kan rekaan koleksi Betsy ini. Ia sudahpun dijual di stor Hush Puppies di seluruh negara sejak 27 Oktober lalu dan juga secara dalam talian.
Disebabkan ia merupakan koleksi terhad, korang kenalah dapatkannya dengan segera. Koleksi Betsy ini dijual pada harga RM269 sepasang dan didatangkan dengan sekaki payung edisi terhad yang mempunyai rekaan grafik sama seperti pada kasut tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...