Masih berkenaan tragedi rusuhan besar-besaran di Stadium Kanjuruhan, Indonesia semalam semasa perlawanan bola sepak di antara Arema FC dan Persebaya Surabaya yang telah mengakibatkan 129 orang maut.
Di saat jumlah mangsa maut itu dikhuatiri akan meningkat lagi selepas ini, ramai pihak yang cuba merungkai bagaimana sejarah hitam dalam sukan bola sepak ini boleh terjadi.
Tragedi ini bermula susulan penyokong Arema FC bertindak masuk ke dalam kawasan padang setelah mereka tewas 2-3 kepada pasukan lawan.
Biarpun tindakan itu sememangnya salah dan mengakibatkan rusuhan terbabit bertukar menjadi medan maut bagi mereka yang berada di dalam stadium, ada juga pihak yang mempersoalkan tindakan pihak polis Indonesia yang menembak gas pemedih mata demi meleraikan perusuh.
Menurut Nico Afinta yang merupakan Ketua Polis Jawa Timur kepada CNN Indonesia, pihaknya terpaksa menembak gas pemedih mata bagi menghalang penyokong Arema FC bertindak lebih agresif.
Ads
Bagaimanapun, disebabkan gas pemedih mata itu juga, penyokong telah bersesak di kawasan pintu keluar bersaiz kecil di stadium sewaktu melarikan diri dan mengakibatkan sebahagian daripada mereka kekurangan oksigen, lemas serta sesak nafas.
Ketika gas air mata ditembakkan ke arah tribun, maka hal inilah yang akan terjadi. mereka yang berada di tribun akan berlarian ke arah satu titik yang sama. Ya Allah nggak bisa bayangin gimana sesaknya.
Tambah mengecewakan selepas ramai mendapat tahu bahawa penggunaan gas pemedih mata sebenarnya dilarang dalam mana-mana perlawanan Liga Domestik atau perlawanan antarabangsa mengikut peraturan Badan Bola Sepak Dunia atau FIFA.
“No firearms or ‘crowd control gas’ shall be carried or used,” catat salah satu peraturanya di bawah sub topik Penjaga Tepi Padang atau Pitchside Stewards. Bukan sahaja ia tidak dibenarkan dibawa masuk malah sama sekali tidak boleh ditembak.
*
Bukan hanya nyawa melayang termasuklah mangsa dalam kalangan kanak-kanak dan anggota polis yang bertugas. Bahkan kemudahan di stadium berkenaan juga dilaporkan rosak teruk manakala ada kenderaan polis yang dubakar.
Ads
Selain 129 mangsa maut, difahamkan 180 orang individu lagi terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kecederaan apabila berlaku pertembungan di antara penyokong dan anggota polis.
Akibat daripada insiden ini, Liga Bola Sepak Indonesia kini digantung selama seminggu sementara Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menyiasat punca kejadian. Manakala pasukan Arema FC dilarang daripada menganjurkan sebarang perlawanan sepanjang musim ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika di IKEA Tebrau, Johor dahulu, kesesaka hanya berlaku di pintu masuk ke gedung tersebut.
Impak berlainan nyata terasa apabila gedung IKEA dibuka di Hyderabad India – gedung pertama jenama pengeluar perabot itu di India!
Menurut laporan media di sana, jalan raya kedua-dua hala sesak teruk pada hari pembukaannya 9 Ogos lalu sehinggakan ribuan kenderaan terperangkap selama berjam-jam.
Ada juga pelanggan yang mendakwa mereka tersangkut di dalam kesesakan jalan raya dari 5 kilometer sehingga seteruk 20 kilometer bergantung kepada waktu pada hari Khamis lepas.
Whoa, dah macam nak balik kampung masa raya.
Ia berikutan hampir 40,000 pelanggan mengunjungi gedung itu pada hari tersebut. 10,000 sebelum jam 4 petang manakala selebihnya berkunjung selepas tamat waktu kerja lalu mengakibatkan kesesakan teruk sehingga larut malam.
Satu lagi faktor yang menyumbang kepada kesesakan luar biasa ini adalah ribuan pelanggan IKEA yang menahan teksi di jalan raya besar selepas tamat membeli-belah.
Kata pengurus gedung John Achillea, “Apabila semakin ramai yang datang pada waktu malam, staf IKEA berdepan masalah untuk mengawal pintu masuk. Ada juga momen tegang apabila ada yang memotong barisan.”
Gedung IKEA Hyderabad berkeluasan 400,000 kaki persegi. Dalam tempoh 7 tahun lagi sehingga 2025, IKEA dijangka membuka sebanyak 24 lagi buah gedung seluruh India. Paling hampir adalah pembukaan gedung di Mumbai pada musim panas 2019.
Menariknya di sini, hidangan popular bebola daging IKEA digantikan dengan bebola ayam dan bebola sayuran untuk menghormati kepercayaan agama penduduk. Malah, IKEA Hyderabad juga ada menawarkan nasi briyan.
Dapnya!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam satu kejadian yang tular di media massa petang ini, tular rakaman sebuah kereta remuk di Jalan Sungai Besi apabila dihempap kepingan konkrit pada jam 5.48 petang berhampiran TBS.
Walau bagaimana pun, di sebalik kepingan konkrit itu, dimaklumkan wanita yang berada di dalam kenderaan itu terselamat .
Memetik laporan Harian Metro, tular satu rakaman video menunjukkan mangsa dibantu keluar daripada kenderaannya oleh orang ramai selepas dihempap konkrit berkenaan.
Video berdurasi 27 saat itu turut menunjukkan konkrit sebesar satu meter persegi yang menghempap bumbung kereta mangsa.
Insiden berkenaan disahkan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.
"Kepingan konkrit pembinaan lebuh raya anggaran satu meter persegi jatuh atas kereta Proton Saga FLX milik mangsa.
"Mangsa cedera di tangan dan (sudah) dibawa ke hospital untuk rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kesesakan teruk di lokasi dan satu lorong terpaksa ditutup bagi kerja mengalihkan kenderaan.
Katanya, kerja pengalihan dan pembukaan semula lorong mengambil masa selama dua jam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali ke luar negara, kita tentu mahukan kelainan dalam percutian. Bukan semua orang suka membeli belah. Ada sukakan suasana pantai, gunung, desa, melihat cara hidup masyarakat luar tak terkecuali memilih kelainan dengan memilih menaiki cruise meneroka beberapa jam di kawasan tumpuan pelancongan.
Bagi korang yang selalu berangan-angan mahu mendekati ikan lumba-lumba yang banyak ditawarkan di Australia sebelum ini, selepas ini tak perlu lagi ke luar negara untuk melihat ikan yang amat jinak ini.
Dengan hanya bayaran serendah RM170 bagi melihat ikan lumba-lumba Irrawady, korang yang teruja dengan pengalaman ini boleh menghubungi syarikat-syarikat pelancongan yang menawarkan pilihan menarik ini.
Untuk pengetahuan, bukan saja terkenal dengan Kampung Budaya yang menjadi tempat wajib kalau ke Sarawak tapi di Bako National Park ada banyak yang korang boleh terokai khususnya yang mahu melihat ikan lumba-lumba dari dekat.
Permai Rainforest adalah tempat terbaik untuk melihat ikan lumba-lumba, khususnya di Santubong, Salak dan muara sungai Buntal. Ikan lumba-lumba jenis Irrawaddy, atau lumba-lumba snubfin amat mudah ditemui dalam muara dan kawasan pantai cetek, bergantung kepada pasang surut air laut. Malah lokasi ini turut diletakkan sebagai antara detinasi pilihan boleh dikunjungi oleh Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia.
Untuk pengetahuan korang, antara sepsis ikan lumba-lumba yang banyak terdapat di sini adalah dari sepsis ikan lumba-lumba Irrawady, iaitu ikan lumba-lumba yang dilindungi. Bukan saja jinak tapi ikan lumba-lumba jenis ini amat pemalu dan elusive. Dahi bulat dan paruh yang agak pendek, ikan lumba-lumba ini kelihatan seperti beluga, akan tetapi sifat biologi sebenarnya adalah lebih mirip kepada paus pembunuh (killer whale atau orca).
Dolphin spotting dapat dijalankan di Sungai Santubong, Sungai Salak atau Pantai Damai di Kuching. Walaupun korang boleh menaiki bot untuk melihat aktiviti mengujakan ini, berkayak sebenarnya lebih menyeronokkan kerana ia dapat mengurangkan gangguan kepada haiwan liar ini.
Faham sajalahkan, saiz kayak yang kecil dan bergerak tenang tenti tidak akan menakutkan ikan lumba-lumba ini . Jika nasib lebih baik, ikan lumba-lumba mungkin berenang mendekati korang. Say hi!
Sebelum dapat melihat pemandangan berbeza ini, perjalanan ke Permai Rainforest Resort memakan masa hampir satu jam perjalanan dari pusat bandaraya dan kena naik bot ke pulau Satang.
So, korang lepas raya nie boleh la ya rancang-rancang ke Sarawak dan terokai keindahan negeri yang terkenal sebagai Bumi Kenyalang ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Personaliti media sosial, Kim Seri baru-baru ini tampil mengakui kelemahan pengurusan kewangan perniagaan melibatkan restoran miliknya di Korea Selatan yang mengalami kerugian menjadi punca...