Gaun Emas Kate Middleton Di ‘Premiere’ James Bond Asalnya Untuk ‘Bond Girl’?

Share

 

Agak malang nasib yang dihadapi produksi filem aksi, James Bond.

Bukan sekali, bukan dua kali tetapi filem ini telah ditangguhkan tayangannya beberapa kali disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak 2020.

ARTIKEL BERKAITAN : Tayangan Filem No Time To Die Ditangguh Ke November Gara-Gara Wabak COVID-19 – REMAJA

BACA LAGI : Siapa Lebih Helok, Daniel Craig Atau Rami Malek? Tonton Trailer Pertama James Bond – REMAJA

Akhirnya pada minggu ini, peminat francais James Bond boleh menarik nafas lega dan merasa teruja apabila filem terbarunya berjudul No Time To Die telah selamat ditayangkan secara rasminya.

Bertempat di London, ia telah meraikan ulang tahun James Bond ke-60. Bukan hanya para pelakonnya seperti Daniel Craig dan Rami Malek yang meraikan tayangan perdana itu.

Mereka bertuah apabila majlis tersebut menyaksikan pasangan diraja Britain iaitu Putera Charles, Camilla Parker-Bowle, Putera William dan Kate Middleton mencemar duli untuk sama-sama memeriahkan acara yang cukup penting bagi dunia seni di bumi Inggeris itu.

Sebagai tetamu yang diraikan, tumpuan jelas terarah kepada Kate Middleton dan semua tidak sabar menantikan pemilihan gaun bagaimanakah yang akan disarungkan beliau. Ini kerana Kate jarang sekali mengecewakan peminat diraja Britain setiap kali beliau berjalan di karpet merah (which is rare).

Sekali lagi, Kate berjaya mencuri tumpuan apabila beliau tampil dalam persalinan gaun sekuin serba keemasan yang direka khas oleh pereka fesyen Inggeris, Jenny Packham dengan potongan cape dramatik.

Kate Middleton bertemu pemain utama No Time To Die, Daniel Craig. Dengan cerita, Daniel menyebut, “Jolly good”.
Kate Middleton berjabat tangan dengan penyanyi lagu tema filem No Time To Die, Billie Eillish sambil diperhatikan oleh abang Billie, Finneas.

BACA LAGI

: Billie Eilish Jadi Penyanyi Termuda Dalam Sejarah Nyanyikan Lagu Tema JAMES BOND – REMAJA

Fun Fact! Gaun ini rupa-rupanya MEMANG merupakan gaun yang direka Jenny untuk disarungkan oleh seorang ‘Bond Girl’.

Kongsi Jenny, gaun ini adalah sebahagian daripada koleksi kapsul kolaboratif dengan EON Production sempena kemunculan filem James Bond kali ini.

Koleksi kapsul ini terdiri daripada lapan gaun khas oleh Jenny Packham sebagai ‘penghormatan’ atau ‘tribute’ kepada lapan karakter wanita yang pernah mewarnai francais filem James Bond.

Cumanya, demi mematuhi kod pemakaian Kate, gaun asal yang mempunyai potongan yang lebih seksi pada bahagian dada telah dinaikkan sedikit menjadi potongan ‘V-neck’.

Selain gaun Kate Middlton, gaun lain termasuklah persalinan:

Gaun sutera jingga

‘Wrap dress’ mengilau

dan gaun hitam dengan perincian lengan telus pandang (transparent
).

Dalam pada itu, ramai juga beranggapan Kate melakukan ‘tribute’ kepada mendiang Puteri Diana yang pernah menyarungkan gaun metalik dengan potongan bahu ‘statement’ dan bahagian bodice yang kelihatan seakan sama.

Untuk pengetahuan, Diana memakainya untuk tayangan perdana filem James Bond A View to a Kill pada tahun 1985.

Pendapat ini sebenarnya boleh diterima kerana Kate kerap juga menjadikan Diana sebagai inspirasi fesyennya dan selalu mencuri peluang untuk melakukan ‘tribute’ kepada mendiang ibu mertuanya itu.

BACA LAGI : 10 Fesyen OOTD Puteri Diana Jadi Ikutan Selebriti Popular, Siapa Paling Wow? – REMAJA

Sumber : (1) (2)

Published by
FZ