Gaun Marilyn Monroe Dikhabarkan Rosak Selepas Dipakai Kim Kardashian

Share

Sebelum ini usahawan dan selebriti, Kim Kardashian mencuri tumpuan ramai di acara Met Gala 2022 kerana tampil dengan persalinan busana milik legenda Marilyn Monroe.

Untuk memakai gaun yang berharga RM18.2 juta itu, Kim sanggup menurunkan berat badannya kerana pada mulanya dia tidak muat menyarungkan busana tersebut. Malah, pereka gaun itu juga sebenarnya tidak suka jika Kim menggayakannya kerana menganggap itu tidak patut dilihat berada di badan orang lain selain Marilyn Monroe.

BACA: Kim Kardashian Sanggup Turunkan Berat Lebih 7 Kg Untuk Muat Gaun Marilyn Monroe

Foto: People

“Saya rasa ia kesilapan yang sangat besar. Tiada mampu merakam gambar sepertinya. Dan gaun itu dibuat khas untuknya saja. Orang lain tidak patut dilihat memakai gaun berkenaan,” katanya.

Gaun itu direka khas untuk Monroe sewaktu majlis hari jadi bekas presiden Amerika Syarikat, John F. Kennedy pada 19 Mei 1962.

Namun khabarnya, gaun ikonik Marilyn Monroe yang dipakai oleh Kim itu telah rosak kerana terdapat beberapa carikan yang menipis dibahagian belakang dan dikatakan beberapa kristal pada gaun sequin ini juga hilang.

Instagram: @marilynmonroecollection
Instagram: @marilynmonroecollection

Perbezaan kondisi gaun tersebut dapat dilihat daripada foto yang telah dimuat naik oleh instagram @marilynmonroecollection, iaitu gambar sebelum dan selepas digayakan oleh Kim Kardashian.

Foto tersebut telah menerima pelbagai respon warganet yang rata-ratanya meluahkan rasa kesal melihat gaun yang telah rosak itu.

Hm, orang dah bagi pinjam jagalah elok-elok kan? Hiks! Apa-apa pun kita tunggu jika ada kenyataan rasmi daripada pihak yang terbabit.

Sumber: (1)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Noor Ain Norman