Miss Universe Malaysia telah mencuri tumpuan ramai mata yang memandang.
Walaupun 2019 menyaksikan ramai wakil Asia yang kuat bertanding sesama mereka. Dan salah satu faktor yang menyebabkan wakil Malaysia menyerlah adalah kerana gaun yang disarungnya.
AMAZÉ Atelier merupakan pereka fesyen yang semakin meningkat naik semenjak dua tahun kebelakangan ini. Bukan saja kerana idea dan kreativiti yang tidak pernah kering dalam rekaan mereka, malah kami juga menggemari hasil kerja tangan dan detailing kemas terperinci oleh team pereka tersebut.
Maka, tidak hairanlah apabila Miss Universe Malaysia Organization telah memilih AMAZÉ Atelier sebagai pereka fesyen gaun petang yang disarungkan kepada Miss Universe Malaysia 2018, Jane Teoh.
Selalunya, team pereka AMAZÉ Atelier menyiapkan sendiri setiap sulaman pada bahagian bodice dan bawah gaun. Malah, kami juga terdengar yang proses beading pada panel di hadapan bagi gaun ini saja sudah mengambil masa selama sebulan!
Dengan potongan sweet heart neckline dan warna kuning canary, Jane nyata telah mencuri banyak tumpuan di kalangan penonton dan peminat dunia pageantry
. Pemilihan warna tersebut membuatkannya menonjol berbanding kebanyakan gaun berwarna perak, rose gold dan keemasan.Jane juga dilihat bijak membawa diri serta ekspresi wajah di peringkat pemilihan (preliminary round) kelmarin. Congrats Jane! You did us proud.
Selain daripada Jane, tidak ramai peserta lain yang memilih kuning sebagai warna gaun mereka kecuali tiga orang wanita cantik ini. Jom tengok siapa yang menyerlah.
BACA: Ilham Gaun Miss Malaysia Daripada Jambatan Putrajaya, Kostum Pula Daripada Perahu
Marisela De Montecristo
H’Hen Niê
Athena McNinch
Kami harapkan Jane telah enjoy segala pengalaman yang dikutipnya sepanjang beberapa minggu di Bangkok Thailand. Persediaan pada kali ini nyata semakin baik berbanding tahun-tahun lalu.