Hero dan heroin drama Korea ‘Crash Landing On You’ akhirnya bersatu di dunia nyata!
Hyun Bin dan Son Ye Jin selamat bergelar suami isteri semalam dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di Aston House, Sheraton Wakerhill Seoul. Dilaporkan, majlis tersebut hanya dihadiri oleh pasangan pengantin, keluarga dan rakan rapat seramai 200 orang sahaja.
ARTIKEL BERKAITAN
: Hyun Bin & Son Ye Jin Kongsi Gambar Perkahwinan, Kini Bergelar Pasangan Suami IsteriWalaupun pihak agensi masih tidak berkongsi foto perkahwinan mereka dengan banyak, netizen tetap terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan Son Ye Jin dibaluti busana perkahwinan indah. Memang cantik dan sepadan, bak kata orang ‘match made in heaven‘!
Untuk korang yang masih berteka-teki siapakah gerangan pereka busana perkahwinan ini Son Ye Jin, pereka pilihan aktres itu tidak lain tidak bukan ialah Vera Wang. Rekaan gaun daripada koleksi perkahwinan Vera Wang musim bunga 2020 itu sememangnya kelihatan romantik dan kena dengan diri Ye Jin yang berdiri pada ketinggian 165cm.
Gaunnya kelihatan unik dengan perincian asymmetrical
berfabrikkan tulle pada bahagian lengannya untuk memberikan keselesaan kepada pengantin dengan rekaan off-shoulder sebegini. Pada bahagian bodice-nya pula menggunakan fabrik lace yang dilapisi dengan tulle bagi memberikan volume kepada gaun tersebut. Cantik kan!*
Untuk persalinan kedua pula, Son Ye Jin mengenakan busana pengantin rekaan Elie Saab yang diambil daripada koleksi musim bunga 2022.
Ringkas dengan garis leher geometrik berbentuk empat sama, gaun ini diperincikan potongan skirt A-line dengan sulaman bunga pada bahagian dada dan badan. Dipadankan pula dengan solekan minimal dan sanggul rendah, Son Ye Jin kelihatan seperti bidadari yang hatinya dimiliki oleh Hyun Bin.
Selamat pengantin baru pasangan #BinJin!
BACA LAGI : Kalahkan Lisa Blackpink, Heroin ‘Crash Landing On You‘ Dinobat Wanita Tercantik 2020
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)