Gaun petang menjadi satu elemen utama dalam pertandingan Miss Universe. Setiap perwakilan dari seluruh dunia pasti akan hadir dengan rekaan busana yang memukau untuk menarik perhatian. Semestinya setiap busana menerima sentuhan hebat dari pereka fesyen terkenal.
Seperti Miss Universe Malaysia, saban tahun pasti menampilkan gaun petang yang direka oleh pereka fesyen tempatan terkenal. Masing-masing memiliki idea dan juga garapan tersendiri dalam kreativiti yang dicurah untuk dikayakan oleh sang ratu. Jom kita imbas rekaan-rekaan gaun petang Miss Universe Malaysia. Mana satu yang ons mana satu yang ops?
Deborah Henry, Miss Universe Malaysia 2011 menggayakan gaun petang rekaan mendiang Sonny San.
Kimberley Legget, Miss Universe Malaysia 2012 menggayakan gaun petang rekaan Jovian Mandagie.
Carey Ng, Miss Universe Malaysia 2013 menggayakan gaun petang rekaan Alia Bastamam.
Ads
Sabrina Bennet, Miss Universe Malaysia 2014, menggayakan busana gaun petang rekaan Fizi Woo
Vanessa Thevi Kumares, Miss Universe Malaysia 2015 menggayakan rekaan Jovian Mandagie.
Kiran Jassal, Miss Universe Malaysia 2016 menggayakan gaun petang hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Ads
Samantha Katie James, Miss Universe Malaysia 2017 tampil mempesona dalam busana rekaan Brian Khoo.
Jane Teoh, Miss Universe Malaysia 2018 menggayakan gaun petang rona kuning terang rekaan Amaze.
Francisca Luhong James, Miss Universe Malaysia 2020 menggayakan busana rekaan Rizman Ruzaini.
Terbaharu, Hatta Dolmat telah dipilih sebagai pereka untuk Lesley Cheam,Miss Universe Malaysia 2022 gayakan di pertandingan Miss Universe 2022 nanti. Berinspirasikan NEBULA, gaun rekaannya ini menampilkan ribuan butiran batuan swarovski berkilau.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama streetwear yang berasal dari Anaheim California, Vault by Vans boleh dikategorikan sebagai jenama fesyen dan aksesori yang sangat versatil dan bersifat timeless. Mungkin kerana itu ramai menggemarinya baik perempuan mahupun lelaki – you can never go wrong with Vans.
Sepanjang beberapa tahun kebelakangan ini, Vans kerap melancarkan koleksi kolaborasi bersama nama-nama besar yang bukan saja mempunyai rekaan menarik. Malahan ia juga mempunyai nilai sentimental dan nilai jualan semula (resell) yang agak baik.
Terbaru, Vans kembali berkerjasama dengan jenama dari Amsterdam, Patta untuk koleksi ‘Mean Eyed Cats’ dalam koleksi sneakers terbaru. Kali terakhir Vans dan Patta mengeluarkan koleksi ini adalah pada 2015 dan 2017.
Bezanya untuk versi 2021 ini, ia menggunakan siluet klasik daripada Vans namun dipelbagaikan dalam beberapa warna menarik; jadi pembeli mempunyai lebih banyak pilihan citarasa.
Reka bentuk model Old Skool dan Sk8-Hi lebih segar dengan logo signature Patta. Ia menyerlahkan jiwa keremajaan si pemakai yang memilih warna upper seperti hitam, putih, Frost Grey, High Risk Red, Silver Pink, Salute dan Almond Buff. Banyak betul pilihan!
Pada bahagian midsole-nya pula menampakkan teks Mean Eyed Cats. Manakala, tali kasut yang diberikan juga menerbitkan kelainan apabila ia mempunyai logo Patta.
Bagi siluet SK8-Hi, ia dijual pada harga RM459 manakala siluet Old Skool pula pada harga RM399.
Selain itu, Vans dan Patta ini juga menawarkan 3 rekaan baju-T grafik dan stokin kaki khas bagi pelancaran kali ini.
Koleksi Mean Eyed Cats ini boleh mula didapati di pasaran Malaysia pada 23 Julai 2021 menerusi platform Crossover Online.
Tanpa sedar, jenama Vault by Vans sudah berada dalam dunia streetwear selama 45 tahun sejak dilancarkan tahun 1976. Daripada identiti sebagai pengeluar rekaan kasut berfesyen untuk peluncur-peluncur papan luncur mahsyur, ia kini turut menjadi rekaan staple bagi fesyenista.
Pengumuman ‘rahsia’ pernikahan di antara pasangan selebriti, Kamal Adli dan Uqasha Senrose semalam telah menggegarkan dunia hiburan. Ribuan ucapan tahniah telah mereka berdua terima menerusi akaun media sosial masing-masing.
Tentunya selain pasangan bahagia itu, antara insan paling gembira apabila mendapat tahu berita ijab kabul tersebut ialah ahli keluarga mereka sendiri yang turut terlibat dalam acara yang terpaksa dirahsiakan demi kontrak penggambaran secara eksklusif oleh penyiar rasmi.
Bercakap kepada adik Uqasha Senrose iaitu Raysha Rizrose, pelakon drama Terlerai Noktah itu berkata dia tidaklah terlalu terkejut apabila Uqasha dan Kamal memutuskan untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini juga.
Ini kerana persediaan daripada momen lamaran di pentas Anugerah MeleTOP Era sehingga ke majlis akad nikah sebenarnya telah memakan masa yang lama.
Sebagai adik; besar harapan Raysha agar segala persediaan majlis akad nikah itu tidak akan terganggu dengan perubahan prosedur operasi standard (SOP) yang kerap berubah pada tahun ini.
“Kami sekeluarga okay saja apabila perlu ‘merahsiakan’ ijab kabul Kamal dan Uqasha. Cuma susah untuk kami tahan keterujaan dan berkongsi berita gembira ini dengan semua orang,” katanya sewaktu dihubungi oleh REMAJA.
Di majlis sidang media pengumuman tergempar semalam, Uqasha ada menyebut nama Nelydia, Raysha, Aprena dan Oktovia yang ada bersama-sama dengannya pada malam sebelum majlis akad nikah. Kata Qasha, mereka berada di biliknya untuk memastikan dia kekal tenang dan mudah tidur pada malam tersebut.
Penulis mendapatkan penjelasan daripada Raysha mengenai momen itu. Katanya, adik-beradik mereka seboleh mungkin enggan membuatkan Uqasha terlalu memikirkan hari akad nikah yang mendatang agar pelakon jelita itu tidak ‘overthinking’ dan mendapatkan waktu rehat secukupnya.
“The fact that she was getting married, kami tidak mahu pun sebut tentangnya. Kami enggan bersedih dan terlalu melayan perasaan. Malam itu sewaktu dia merasa cemas sedikit, kami menenteramkannya. Just relax and enjoy tomorrow. Kami beritahu dia bakal menjadi pengantin tercantik pada keesokan harinya,” kongsi Raysha.
“Tak Pernah Saya Menangis Macam Itu..”
Beberapa keping foto daripada majlis akad nikah Kamal Adli dan Uqasha Senrose pada 5 November lalu mula dikongsikan oleh ahli keluarga Senrose dan Rizrose di media sosial sejak semalam.
Tinjauan REMAJA terhadap foto (dan video) yang menampilkan Raysha memperlihatkan dirinya sering mengelap air mata sewaktu majlis dilangsungkan.
“Sejak Uqasha berjalan ke arah pelamin lagi, saya tidak tahulah mengapa saya terlalu beremosi. Mungkin kerana Uqasha amat ambil berat mengenai keluarganya mengalahkan ayah dan ibu kami. She is the anchor of our family.
“Uqashalah yang memastikan semua orang okay dan dialah insan yang paling tidak mementingkan diri yang pernah saya kenali dalam hidup. Dia akan sentiasa meletakkan ahli keluarga ke hadapan mendahului dirinya sendiri.”
“Apabila mengenangkan memori kami bersama, kesusahannya dan jasanya; saya pun mudah menjadi sebak lalu menitiskan air mata. Tidak pernah lagi saya menangis sebegitu rupa selama ini.”
“Bukan mudah untuk Uqasha mencari insan yang tepat bagi dirinya. Saya tahu dia selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik. Alhamdulillah, Allah perkenankan doa tersebut,” jelas Raysha yang cantik mengenakan gaun merah rekaan Ezuwan Ismail sewaktu majlis tersebut.
Kalau korang masih ingat, Kamal Adli merupakan hos yang bertanggungjawab mengumumkan nama Raysha selaku juara Dewi Remaja 2014/2015. Siapa sangka, tujuh tahun kemudian takdir Allah tertulis rapi dan menyaksikan Kamal bergelar abang iparnya. “Begitulah hebatnya perancangan Allah, kan.”
Buat masa ini, masih terdapat dua buah majlis yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi. Kedua-dua majlis itu akan menjadi sebahagian daripada siri tiga episod perkahwinan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sepanjang bulan Disember ini.
Bagi pihak keluarga Uqasha, mereka kini sedang rancak melakukan persediaan bagi malam berinai dan resepsi perkahwinan. Malah, Raysha pun terlibat menjalani latihan menari untuk malam berinai tau! Tak sabarnya nak tonton.
Satu-persatu adik-beradik Senrose dan Rizrose nampaknya telah menamatkan zaman bujang. Tentulah ramai yang ingin melihat Dewi Remaja ini pula menjadi gadis seterusnya yang menemui kebahagian bersama jejaka pilihan.
(Dari kiri) : Majlis akad nikah Uqasha Senrose dan Nelydia Senrose
Tergelak sebentar apabila diajukan pertanyaan sekiranya Raysha sudah bersedia menamatkan zaman bujang, Raysha ringkas menjawab, “Buat masa ini, (berkahwin) belum lagi menjadi keutamaan saya. Saya pun tidaklah tergesa-gesa (untuk berkahwin). Kalau ada, adalah,” simpulnya.
Raysha bersama pasangannya yang juga merupakan pelumba profesional, Nabil Jefri. Sumber Foto : Instagram @nabiljefriofficial
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan sedikit jumlah stok yang terjual, 25,000 unit weh!
Satu mesej yang jelas untuk kesemua para usahawan yang sedang membangunkan perniagaan masing-masing, teruskan berusaha dengan gigih dan kreatif. Nescaya, tiada impian yang mustahil untuk direalisasikan.
Begitulah yang dibuktikan oleh cef selebriti dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming bersempena kempen 11.11 yang hangat berlangsung pada minggu ini.
Sekali lagi, Khairul Aming menerusi produk jualan popularnya ‘Sambal Nyet’ terus menyengat apabila kesemua 25,000 unit habis terjual sebelum jam 12 tengah malam lagi!
Produk Sambal Nyet memang tak perlu dibilang lagi popularitinya, setiap kali jualan dibukan tentunya ia akan menjadi rebutan ramai.
Hasil sokongan orang ramai menerusi platform Shopee inilah yang membuatkan Khairul Aming terharu dan bersemangatt untuk menyiapkan proses pengeposan pada hari ini (Ahad).
“25,000 botol Sambal Nyet sold out hari ini bersempena dengan 11.11. Terima kasih guyss,” catatnya. Hasil jualan itu juga membawa keuntungan bernilai RM375,779.58 dalam masa seharian sahaja.
Ternyata, di mana ada kemahuan di situlah ada jalan. Syabas diucapkan kepada Khairul Aming dan pasukannya yang berjaya mengembangkan perniagaan secara konsisten seterusnya menjadi inspirasi kepada orang ramai yang setia mengikut perjalanan perniagaan serta kata-kata motivasinya.
Siapa sangka daripada latar belakangnya sebagai seorang jurutera bidang minyak dan galian, Khairul Aming berjaya membuka lembaran 180 darjah dalam bidang perniagaan serta masakan pula.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena bulan Ramadan yang hampir ke penghujungnya, kumpulan hip hop, 53 Universe baru-baru ini memberi sedikit perbezaan dalam karya mereka apabila melancarkan album EP...