Gaya Fesyen Jihan Muse Yang Menarik Perhatian Sepanjang Gegar Vaganza.

Share

Seseorang pengacara memainkan peranan penting dalam sesebuah rancangan televisyen. Lebih-lebih lagi rancangan berkala besar seperti konsert. Jihan Muse merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi sebagai seorang pengacara.

Mengacarakan rancangan Gegar Vaganza sejak dari musim pertama, menyaksikan perubahan gaya fesyennya yang semakin matang dan anggun seiring perubahan penampilan yang sudah berhijab.

Sudah lapan minggu Gegar Vaganza berlangsung dan busana yang disarungkan Jihan cukup menarik. Lapan minggu yang penuh warna dengan balutan busana rekaan pereka tempatan yang kreatif dan juga penata gaya fesyennya yang tidak putus berkarya bagi memastikan penampilan Jihan on point

saban minggu.

Jom kita imbas kembali gaya fesyen Jihan.

Menggayakan busana rekaan Zaimi Zulkafli. Gaun sarat fabrik tulle ini menyerlahkan gaya moden yang lari dari kebiasaan.

 

Gaya blazer dan skirt kembang dihiasi riben besar dileher. Paduan warna hiitam top-to-toe menyerlah penampilan. Hasil rekaan Wanpa.

 

Gaun labuh rona merah terang memnyerlahkan gaya glamor dan berani. Busana ini hasil rekaan pereka muda, Syamil Fazwan.

 

Gaun rekaan Khairi Sufi ini cukup bereksperimen dengan skirt pleats ditambah pula riben besar menutupi dada.

 

Gaun rona hijau polos ini cukup ringkas namun diserikan dengan perincian juraian yang menambah nilai agar tidak bosan. Busana rekaan Seth & Luna.

 

Busana berpeplum rekaan Teh Firdaus ini nampak mewah dengan perincian bulu pelepah menghiasi bahagian sebelah lengan baju.

 

Gaya ala trench dihiasi dengan serlahan skirt tulle bergradien warna ombre memberikan kelainan. Hasil rekaan Wan and Mary.

 

Jihan nampak regal dalam persalinan rekaan Wanpa ini. Paduan corak ala houndstooth rona merah hitam ini menjadikan tampilan keseluruhan mewah

.

Mungkin gaya fesyen yang ditampilkan Jihan ini boleh menjadi inspirasi kepada anda yang mahukan rujukan gaya glamor. Interesting and appropriate for hijabi.

Jadi apakah yang bakal beliau sarungkan untuk konsert separuh akhir dan akhir nanti? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Gambar: Instagram Jihan Muse.

Published by
Fiezreen