Gaya Mewah Bintang Tenis Emma Raducanu, Turun Padang Dengan Aksesori ‘Bling-Bling’

Share

Kejayaan pemain tenis remaja yang mewakili Great Britain, Emma Raducanu yang muncul juara kejohanan Tenis Terbuka Amerika Syarikat (US Open) sebelum ini menjadi perbualan hangat dunia sukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Siapa Bintang Tenis 18 Tahun, EMMA RADUCANU Yang Bakal Jadi Jutawan?

Baru berusia 19 tahun, pemain muda Inggeris ini terus bersinar pada peringkat awal Wimbledon 2022. Bukan sahaja aksi persembahannya di atas padang, tetapi juga pelbagai aksesori yang melengkapkan pakaian tenisnya.

Emma Raducanu dilihat berjaya melepasi halangan pertama di Grand Slam selepas mengalahkan pemain Belgium Alison van Uytvanck pada Isnin (27/6/2022) lepas. Pemain tenis tuan rumah menang 6-4 6-4 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 40 minit.

Namun, yang menjadi perhatian ramai ialah sentuhan bling-bling daripada perhiasan mewah yang dikenakan dengan pakaian serba putih Emma. Mengikut peraturan Wimbledon, Emma Raducanu dan semua pemain yang mengambil bahagian hanya dibenarkan memakai pakaian dan kasut tenis serba putih semasa bertanding.

Telinganya dihiasi dengan sepasang anting-anting mutiara yang dihiasi dengan berlian. Menurut laporan Daily Mail, nilai anting-anting koleksi Tiffany Victoria itu mencecah 7,575 pound sterling, Fuh!

Bukan itu sahaja, rasa mewah turut terpancar dari pergelangan tangannya. Dipasangkan dengan jalur pergelangan tangan putihnya, gelang Tiffany klasik yang diperbuat daripada emas putih dengan berlian mengelilinginya. Untuk info, harga gelang itu dianggarkan sekitar 18,900 pound sterling ye guys!

Bagi yang belum tahu, Emma Raducanu ini merupakan duta jenama syarikat barangan kemas, Tiffany & co., patutlah dia menyempurnakan gayanya di padang dengan aksesori mahal ini.

Emma Raducanu menjadi sebagai duta untuk Tiffany & co. sejak September tahun lepas. Pada bulan yang sama, dia memenangi Terbuka AS 2021 dan mencipta sejarah sebagai wanita Britain pertama memenangi Grand Slam sejak Virginia Wade di Wimbledon 1977.

BACA LAGI : Bintang Tenis Remaja, Naomi Osaka Dipilih Sebagai Wajah Baru Louis Vuitton

Sumber : 1

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana