Apabila lihat raut wajah figura jelita seorang ini, ia seperti tidak dimamah usia walau usia sudah mencapai tiga dekad lebih.
Siapa tidak kenal dengan pelakon dan pengarah, Liyana Jasmay ini, walaupun sudah mempunyai dua cahaya mata, namun dia kekal kelihatan awet muda.
Terbaharu, pelakon berusia 35 tahun itu meraih perhatian warganet apabila berkongsi gaya rambut terbaharunya.
ARTIKEL BERKAITAN: Genap Usia 41 Tahun Ini! Heroin Filem AADC, Dian Sastrowardoyo Masih Anggun Persis ‘Anak Dara’
Menerusi satu perkongsian di TikTok miliknya, pelakon filem popular Papadom itu tampil berkongsi videonya yang menukar gaya rambut dari panjang ke pendek.
“New hair, new vibe,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Pemerhatian Remaja mendapati, ruangan komen hantaran tersebut dibanjiri pelbagai reaksi warganet berkenaan penampilan rambut baharunya itu.
Rata-rata pengguna memuji rambut baharunya yang dilihat lebih kemas dan terurus selain nampak segar dan sudah tentunya kelihatan awet muda.
“Wah, look fresh and younger with short hair,” komen seorang pengguna.
“Tak makan di usia eh orang cakap?” komen pengguna lain.
“Awak cantik rambut pendek macam ini babe,” tulis pengguna lain.
“Baru sesuai. Nampak terurus sikit,” komen lagi peminatnya.
Bukan itu sahaja, terdapat juga komen yang merindui untuk melihat pelakon filem seram Nyiang Rapik itu untuk kembali mewarnai layar skrin penonton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Tiktok Liyana Jasmay