
Menjadi buah mulut ramai pada 1 Syawal lalu, aktor terkenal Zul Ariffin memaklumkan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin adalah perkara biasa setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.
Berkata kepada Remaja, keluarga terutama arwah ibunda tercintanya, Allahyarham Robiah Nasir juga sudah menganggap Gayatri seperti darah dagingnya sendiri.
“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.
“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.
“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, semalam.
BACA LAGI: “Merindui Panas Di Arafah” -Zul Ariffin Titip Kerinduan Dengan Cuaca Panas Di Arafah
Selain itu, bagi meleraikan persoalan ramai yang mendakwa Gayatri merupakan bakal isterinya, Zul memberitahu ‘hari bersejarah’ yang pernah dinyatakan sebelum ini, dianggap masih belum berjaya direalisasikannya sehingga ke hari ini.
Pada masa sama, pelakon filem hit Sangkar itu hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.
Zul bagaimanapun memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang sememangnya dinanti-nantikan ramai sehingga kini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Macam Guna Filter! Solekan Naim Daniel Hasil Kreativiti Sejam 10 Minit

Berakhirnya acara Anugerah Juara Lagu 34 semalam dengan kemenangan lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel telah menerima respon positif oleh ramai penonton.
Walaupun masing-masing mempunyai lagu kegemaran, namun sukar untuk kita menafikan kekuatan Sumpah yang dikategorikan sebagai ‘lagu berhantu’ pada tahun 2019.
Menariknya, bulan komposisi lagu itu saja yang diperkatakan tetapi juga solekan pada wajah, rambut, leher dan tapak tangan Naim Daniel.
Konsep utama yang ingin dipertaruhkan adalah untuk mengadaptasi semula video muzik Sumpah yang mempunyai elemen anime.
Lantas ramai yang tertanya-tanya siapakah jurusolek dan jurudandan yang diberikan tanggungjawab untuk merealisasikan konsep tersebut.
Ia adalah hasil kreativiti dua jejaka bernama Daniel Syazwan dan Eva Shahrul.
Menurut perkongsian oleh @DanielSyazwan di akaun Twitter-nya, beliau pada asalnya melakukan eksperimen terhadap muka sendiri sambil dinilai oleh rakannya yang juga merupakan guru pendidikan seni.
Dari situlah, Daniel memperbaiki lagi skil solekan ala anime ini ke atas rakannya sendiri sehingga dia berjaya menjadikan se-realistik mungkin.
Dari tempoh sejam 20 minit, mereka berjaya merealisasikan solekan pada Naim Daniel semalam agar siap dalam tempoh sejam 10 minit.
*
Untuk menjadikan keseluruhan look Naim Daniel semalam sempurna, pakaian yang disarungkan oleh penyanyi itu direka oleh Hatta Dolmat.
Menurut Hatta, “Macam selalu, saya akan melayan lagu penyanyi dulu. Saya terkejut juga dengan konsepnya kerana saya tak pernah buat hand painting di atas pakaian.
“Ini benda baru pada Hatta. Tahniah pada Naim kerana beri cabaran minda buat abang berkarya dan mahirkan tangan abang yang memang dah lama tak pegang berus,” tulisnya dalam perkongsian seperti di bawah semalam.
Congrats Naim Daniel dan keseluruhan glam squad-nya!
Memang superb.
Lisa BLACKPINK Dinobatkan Sebagai Wanita Tercantik Di Dunia 2021

TC Candler baru-baru ini mengumumkan dan mengeluarkan senarai tahunan “100 Most Beautiful Faces in 2021” atau wanita dengan wajah tercantik di dunia. Malah, tidak mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK berjaya menduduki tangga teratas.
ARTIKEL BERKAITAN : Jarang ‘Expose’ Di Media Sosial, Ini Wajah Ibu Lisa BLACKPINK Yang Tinggal Di Thailand
Untuk info, TC Candler merupakan sebuah laman web pengkritik filem, telah menganjurkan senarai tahunan individu dengan rupa paras menarik dunia sejak tahun 1990.
Malah, Lisa juga mengalahkan Gal Gadot, Dilraba Dilmurat dan Twice Tzuyu.
Jika tahun lalu, Lisa menjadi wanita Asia dengan kedudukan tertinggi dengan menduduki tempat kedua. Tahun ini, Lisa dinobatkan sebagai wanita paling cantik di dunia oleh TC Candler. Kecantikan dan keanggunannya menjadikan Lisa ikon yang sering menjadi bualan netizen. Jadi, memang wajar lah dia berada di tempat pertama.
Bertuah betul anak kelahiran Thailand ini. Pada 14 Disember yang lepas, Lisa baru sahaja mencipta sejarah Billboard sebagai artis solo. Billboard mengumumkan bahawa Lisa telah menjaringkan penyertaan pertamanya sebagai artis solo pada carta Pop Airplay Billboard.

Untuk minggu yang berakhir pada 18 Disember lepas, lagu solo B-side Lisa “MONEY” memasuki carta di nombor 40.
Dengan pencapaian baharu ini, Lisa menjadi satu-satunya artis solo K-pop wanita dalam sejarah yang debut di carta Pop Airplay. Hanya dua artis solo K-pop je yang pernah memasuki carta ini iaitu, PSY dan Suga BTS (Bangtan Boys).
BACA LAGI : Lisa Blackpink Dinobat Individu Paling Popular 2019
Daebak Lisa…!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
7 Foto Khadija Omar Di Pentas Miss World 2021, Peserta Pertama Berhijab!

Bertempat di Puerto Rico, Khadija dan Somalia berani untuk memecahkan tembok diversiti dalam kalangan peserta dunia ratu cantik.
ARTIKEL BERKAITAN : Carla Yules, Penerus Legasi Kecemerlangan Indonesia Di Pertandingan Miss World
Walaupun berlitup dengan hijab, Khadija Omar tetap memukau di pentas Miss World 2021. Miss Somalia 2021 menjadi wanita berhijab pertama yang menjadi peserta dalam acara kecantikan dunia.
Malah, Khadija berjaya mencuri perhatian juri dan terbukti berada dalam Top 13 Miss World 2021. Congrats girls!
Inilah penampilan Khadija Omar di Miss World 2021. Jom lihat beberapa lagi foto Khadija Omar yang menawan ini, jangan pula korang merasa insecure dengan kemulusan kulit sawo matangnya! Hehe.
Khadija bergambar dengan seorang lagi peserta, Olivia Yace. Wanita berhijab ini kelihatan menawan dengan gaun perak berkilauan, digabungkan dengan tudung kelabunya. Dengan solekan glamornya yang padan dengan anting-antingnya. Dia juga memakai selempang yang tertera nama negaranya.
Ketika berlepas ke Puerto Rico dari Somalia, Khadija dilihat memakai pakaian dengan baju biru yang dipadankan dengan warna bendera Somalia dengan beg pakaiannya.
Dia menggabungkan bahagian atas dengan skirt labuh berwarna putih yang senada dengan warna tudungnya. Dengan solekan yang membuatkan dia nampak glowing, padan dengan kulit dia.
Gadis berusia 20 tahun ini merupakan seorang mahasiswi dalam jurusan Psikologi dan juga berkongsi minat yang sama dalam bidang peragaan kerana merasakan kurangnya model berhijab di peringkat antarabangsa. Malah, Khadija turut menjadikan Halima sebagai sumber inspirasinya. Kelihatan Khadija memakai gaun panjang berwarna biru bermotifkan bunga mawar merah jambu. yag cukup menawan!
Wanita yang dibesarkan sebagai pelarian di kem ini kelihatan feminin dalam gaun maxi bunga merah. Dia menggabungkannya dengan tudung hitam dan anting-anting perak yang menambah penampilannya
Mix and match baju putih dengan selempang Miss Worldnya, Khadija juga berkerjasama dengan Somali Youth Action dan UNHCR (badan yang banyak menyokong Halima selama ini), Khadija ingin mencipta program bagi mengajar wanita dan kanak-kanak di Somalia mengenai Pendidikan Iklim.
Khadija juga tidak hanya fokus pada pertandingan Miss World. Malahan dia juga telah berkecimpung dalam cabang solekan sebagai jurusolek apabila menghasilkan rangkaian Makeup by Khadija Omar (@makeupbykhadija.omarr) serta akaun YouTube berasaskan solekan, Iamkhadija.
All the best Khadija, wakililah golongan gadis berhijab sebaik mungkin di pentas Miss World 2021.
ARTIKEL BERKAITAN :Teruk Dikritik Feminis : Miss World Kembalikan Segmen Pakaian Mandi Selepas 7 Tahun? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.