Hiburan

Zul Ariffin Akui Ibu Sayang Gayatri Su-Lin – “Dah Biasa Raya Bersama.”

Share

Menjadi buah mulut ramai pada 1 Syawal lalu, aktor terkenal Zul Ariffin memaklumkan kehadiran penerbit, Gayatri Su-Lin adalah perkara biasa setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri.

Berkata kepada Remaja, keluarga terutama arwah ibunda tercintanya, Allahyarham Robiah Nasir juga sudah menganggap Gayatri seperti darah dagingnya sendiri.

“Dia setiap tahun akan beraya bersama keluarga saya, sudah menjadi sebahagian daripada kami.

“Sejak dulu memang mak saya sayang dia walau macam mana sekalipun. Sudah anggap seperti anaknya sendiri.

“Sebenarnya setiap tahun ada (foto raya bersama),” katanya selepas tayangan perdana filem Sheriff, semalam.

BACA LAGI: “Merindui Panas Di Arafah” -Zul Ariffin Titip Kerinduan Dengan Cuaca Panas Di Arafah

Selain itu, bagi meleraikan persoalan ramai yang mendakwa Gayatri merupakan bakal isterinya, Zul memberitahu ‘hari bersejarah’ yang pernah dinyatakan sebelum ini, dianggap masih belum berjaya direalisasikannya sehingga ke hari ini.

Pada masa sama, pelakon filem hit Sangkar itu hanya meminta orang ramai memberinya ruang untuk kehidupan peribadinya.

Zul bagaimanapun memberi jaminan akan berkongsi tentang hari bahagianya yang sememangnya dinanti-nantikan ramai sehingga kini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
Fath