Hiburan

Gayatri Su-Lin Jadikan Ibu Zul Ariffin Sebagai Tempat Menumpang Kasih -“Saya Sangat Sayangkan Dia”

Share

Penerbit terkenal tanah air, Gayatri Su-Lin tampil mengulas mengenai hubungan baiknya dengan ibu Zul Ariffin, Allahyarham Robiah Nasir.

Berkata kepada Remaja, sejak kehilangan kedua orang tuanya, Gayatri yang lebih disapa Gaya menjadikan ibu aktor filem Sheriff: Narko Integriti itu sebagai tempat menumpang kasih.

“Jujurnya, saya dengan arwah ibu Zul sangat rapat. Saya sangat sayangkannya. Bila ibu dan ayah meninggal dunia, saya kadangkala terasa mahukan kehadiran sosok atau figura seorang ibu dalam hidup ini.

“la tidak bermaksud kita nak kongsi apa-apa pun. Tetapi kerana kita rindukan belaian dan kasih sayang daripada seorang ibu. Sebenarnya, saya ini anak manja. Masa ayah meninggal dunid, agak lama juga saya nak ‘pulih’ kerana dunia saya bagaikan tiba-tiba jadi gelap.

“Ada orang, dia senang melupakan, tetapi tidak bagi saya. Jadi, kepada ibu Zul lah saya jadikan tempat mengadu dan menumpang kasih,” katanya ketika ditemui pada majlis tayangan drama Restu di platform Iqiyi, semalam.

Selain itu, Gayatri turut menjawab status hubungannya bersama Zul, apabila menjadi tanda tanya ramai pihak.

Ujarnya, dia lebih selesa untuk tidak mengumumkan apa-apa dan berpegang kepada prinsip itu sejak dari awal mengenali pelakon berkenaan.

“Saya sudah biasa, dari dulu akan cakap perkara serupa. Kalau ada jodoh, ada. Kalau tiada, maka tidak ada. Saya ini seorang penerbit, bukannya bahan yang menarik untuk netizen bercerita.

“Mungkin mereka nak tahu hal ini dari Zul sebenarnya. Namun daripada saya sendiri, saya tak tidak akan komen,” tuturnya lagi.

Pada 1 Syawal lalu, Gayatri telah mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen apabila memuat naik foto dirinya beraya dengan Zul serta dua kakaknya.

Hal itu menyebabkan ramai berspekulasi bahawa Gayatri seolah-olah memberi bayangan bahawa dia dan Zul bakal bersatu sebagai pasangan suami isteri tidak lama lagi.

Kata Zul, arwah ibunya sudah menganggap Gayatri sebagai anak kandungnya sendiri dan sangat menyayanginya.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Gayatri

Published by
Fath