Wabak pendemik COVID-19 yang melanda dunia semakin menyukar keadaan ekonomi. Di samping ramai mengetatkan jumlah perbelanjaan masa yang sama 90,000 orang hilang kerja dari Januari ke Oktober tahun ini dari data dikeluarkan oleh Sosco. Masa yang sama, dari data DOSM pula seramai 741,600 orang tidak bekerja setakat Ogos 2020. Lebih menakutkan sebanyak 51,000 kedai pelbagai jenis perniagaan (retail) dijangka ditutup dalam masa 4-5 bulan akan datang (data Retail Group Malaysia).
Terkini, gedung beli belah terkemuka, Robinson Co. (Malaya) Sdn Bhd akan menutup dua gedung beli-belah di negara ini dan memulakan proses pembubaran berikutan ketidakmampuannya untuk meneruskan operasi kerana permintaan yang lemah.
Robinsons, antara pengusaha gedung serbaneka di seluruh dunia, terus mengalami kesan pandemik COVID-19, terutamanya dari segi jualan gedung berbanding jualan dalam talian.
Di peringkat global, corak belian runcit menyaksikan peralihan signifikan daripada perbelanjaan di luar talian ke perbelanjaan dalam talian dengan laporan Edagang Global 2020 menunjukkan Asia Pasifik akan menghasilkan hampir 63 peratus daripada semua jualan digital tahun ini.
Ads
Pengurus Besar Kanan Robinsons Danny Lim berkata perubahan landskap pengguna menyukarkan syarikat untuk berjaya dalam tempoh jangka panjang dan ditambah pula dengan pandemik yang memburukkan lagi keadaan.
Pengusaha gedung beli-belah itu mengakui permintaan untuk konsep gedung serbaneka telah menyusut dengan ketara dengan laporan menunjukkan kemerosotan dalam jualan runcit, mencatatkan kadar pertumbuhan negatif 8.5 peratus di Malaysia untuk suku pertama 2020 berbanding tempoh yang sama setahun lepas.
Ads
Pada masa sama, gedung Robinsons di Singapura turut mengalami proses pembubaran yang serupa dengan pelantikan Cameron Duncan dan David Kim dari KordaMentha sebagai penyelesai sementara.
Mengambil contoh kajian mengenai trend runcit, Robinsons berkata peserta nama besar seluruh dunia telahpun keluar daripada industri dan lebih separuh gedung serbaneka di pusat beli-belah akan ditutup dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ads
"Begitu juga di Malaysia, industri runcit mencatatkan kadar pertumbuhan terburuk dalam tempoh 33 tahun dengan prospeknya kekal negatif untuk baki bulan tahun ini kerana pengguna dijangka mengetatkan lagi perbelanjaan masing-masing," katanya.
Dua gedung beli-belah itu terletak di The Gardens Mall dan The Shoppes di Four Seasons Place.
Sementara itu, tertakluk kepada pengesahan, penyelesai yang dilantik berharap gedung-gedung ini akan tetap dibuka pada minggu-minggu mendatang bagi memudahkan penjualan akhir sebelum ditutup. Sumber : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sungai merupakan sumber bekalan air yang utama kepada manusia dan haiwan. Sungai juga adalah sumber kepada kelestarian kehidupan manusia sejak berzaman lagi.
Sedihnya pelbagai kerosakan dilakukan oleh manusia terhadap sumber utama kita ini. Antaranya isu pembuangan sampah yang tidak terkawal ke dalam sungai dan memberi kesan buruk terhadap kestabilan ekosistem. Sampah-sarap ini juga menyebabkan aliran air tersumbat dan punca berlakunya banjir.
Sedar dengan hal ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan anak muda atau pemuda gigih membersihkan sungai telah mencuri tumpuan.
Menerusi perkongsian video di TikTok, dapat dilihat sekumpulan anak muda sedang mempersiapkan diri dengan memakai glove dan kasut getah untuk masuk ke dalam sungai. Lebih mengagumkan lagi adalah mereka semua dilihat tidak geli dan seronok mengurangkan sampah sarap yang ada dalam sungai.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, Lebih 200K tanda suka dan 13K komen di TikTok, rata-rata netizen memuji tindakan mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Apa-apapun, REMAJA ucapkan tahniah kepada pemuda-pemuda ini. Moga terus melakukan kebaikan kepada bumi ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seorang pelajar berusia 17 tahun dari Batu Berendam, Melaka telah dilaporkan menerima kompaun bernilai RM10,000 kerana tidak menggunakan aplikasi MySejahtera untuk mengimbas atau menulis maklumat peribadi ketika mengunjungi sebuah kedai runcit.
Pelajar Tingkatan lima yang merahsiakan namanya itu memberitahu dia dikompaun pada hari Ahad (14 Mac) ketika bergeras ke kedai runcit berhampiran rumahnya untuk membeli ubat buat ibu.
“Saya hanya bertanya sama ada terdapat jenama paracetamol tertentu di kedai runcit tersebut dan ketika keluar dari kedai, polis yang berpakaian biasa melihatnya dan mengeluarkan kompaun,”
Tambah pelajar itu lagi, dia tidak diberikan kesempatan untuk menjelaskan situasi dan kompaun tetap dikeluarkan sejurus selepas itu. Namun katanya, dia tetap memahami polis itu sedang menjalankan tugas mereka.
Menurut laporan The Star, pelajar itu mempunyai adik perempuan yang masih bersekolah dan menjelaskan bahawa gaji ayahnya tidak mencukupi untuk membayar kompaun tersebut. Manakala ibunya hanya seorang suri rumah.
Remaja itu juga meluahkan hasratnya agar dia dapat membuat rayuan terhadap kompaun itu dan mencari wang untuk menyelesaikannya tanpa membebankan ibu dan ayah.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad menjelaskan bahawa pelajar tersebut boleh membuat rayuan meminta pegawai kesihatan daerah Melaka Tengah untuk mengurangkan denda tersebut.
Sementara itu, ADUN Kota Laksamana Low Chee Leong mencadangkan agar perkara yang berkaitan dengan prosedur operasi standard (SOP) semasa perintah kawalan pergerakan pemulihan dan kompaun diletakkan di bawah Pejabat Ketua Menteri (CMO).
Ini kerana ramai yang keliru, termasuk pemilik restoran yang menyatakan kekecewaan mereka terhadap pelaksanaan SOP yang tidak jelas semasa PKP.
Hm, makin banyak pula kes kita dengar tentang individu yang disaman RM10,000 disebabkan tidak mengikut SOP. Jadi guys, selepas ini walaupun nak masuk kedai sebentar sahaja, scan terus MySejahtera sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku selepas itu.
Orang kata, lebih baik sediakan payung sebelum hujan.
Sememangnya malang tidak berbau. Lebih mengecewakan lagi apabila kita sebenarnya boleh mengelakkan diri daripada berdepan dengan kemalangan tersebut sekira kita lebih berhati-hati dengan melakukan research secukupnya sebelum ia berlaku.
Berikutan insiden yang menimpa seorang wanita yang mencuba aktiviti sukan ekstrem ‘rope swing’ di Kuala Kubu Bharu, Selangor pada akhir September lalu, pihak Majlis Bandaraya Hulu Selangor (MBHS) telah mengesahkan bahawa pihak penganjur tidak mempunyai kebenaran dan permit untuk mengadakan aktiviti tersebut sejak tahun 2017.
Memetik laporan daripada portal Selangor Kini, EXCO Sukan Mohd Khairuddin Othman juga berkata bahawa pihak penganjur turut pernah mendapat arahan daripada polis untuk menghentikan operasi namun gagal menurut arahan.
“(Mereka) meneruskan aktiviti berkenaan sehingga berlakunya kejadian tidak diingini.
“MDHS (Majlis Daerah Hulu Selangor) telah mengeluarkan notis untuk menghentikan aktiviti berkenaan serta mengosongkan kawasan terbabit,” katanya sambil mendoakan agar mangsa kembali sembuh daripada kecederaan yang dialami.
Mangsa, Siti Halijah Abd Rahim telah berdepan dengan insiden kabel aktiviti rope swing di Kuala Kubu Bharu pada 27 September lalu sehingga menyebabkannya terjatuh dan terhempas ke dalam sungai.
Implikasi daripada insiden tersebut, Siti Halijah terpaksa menjalani pembedahan memasang lapan skru di bahagian tulang belakangnya.
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...