Memasuki minggu ketiga konsert Gegar Vaganze (GV11) semalam, akhirnya penyingkiran pertama telahpun dilakukan dalam kalangan 14 peserta yang bertanding.
Dek kesilapan teknikal sehingga mengakibatnya hilang fokus dan terlupa lirik, penyanyi Nai Dinamik menjadi peserta pertama yang tersingkir semalam.
Nai atau nama sebenarnya, James Junai Juki membawakan lagu nyanyi asal kumpulan XPDC, Apa Nak Dikata dan sejak awal lagi hilang fokus selepas beliau berdepan kesilapan teknikal melibatkan earpiece.
Nai Dinamik.
Juri tetap, Datuk Ramli M.S. menghentikan persembahan tersebut dan memberikan peluang kedua untuk Nai membawakan semula lagu tersebut. Bagaimanapun dek insiden yang baru berlaku sebentar tadi, Nai terus ternganggu dan gagal menyampaikannya dengan baik.
Ramli tampil memberikan gambaran sebenar betapa sukarnya lagu Apa Nak Dikata untuk dinyanyikan dan memberikan pujian kepada Nai serta penonton yang terus-menerus memberikannya sokongan.
“Saya cerita sejarah lagi ini sikit. Masa XPDC merakamkan lagu ini, arwah Mael pun tercungap-cungap, memang tidak mudah.
“Saya rasa agak tidak adil untuk Nai sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti ini,” katanya.
Begitupun, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat tegas dengan pendiriannya bahawa seorang penyanyi perlu terlebih dahulu menghafal dan memahami bait lirik agar insiden kehilangan fokus sewaktu melakukan persembahan seperti ini tidak berlaku meski apa juga cabaran melanda penyanyi itu.
Dalam pada itu, peserta Liza Aziz sekali lagi mengulangi kejayaan menduduki tempat pertama untuk minggu ketiga berturut-turut dengan pungutan markah 73.40.
Liza juga sekali lagi mengulangi strategi persembahan lagu secara medley menerusi lagu Ain’t Nobody (Chaka Khan) dan I Will Survive (Gloria Gaynor).
Liza AzizNing Baizura
Tempat kedua menjadi milik Ning Baizura dengan 65.60. Menariknya, seperti Liza Aziz, Ning juga bertindak menukar lagu asal Sejati nyanyian Wings yang diberikan kepadanya kepada lagu bahasa Inggeris, Fireworks nyanyian Katy Perry.
Ads
Manakala tempat ketiga diperolehi oleh Inka Christie yang membawakan lagu sahabat karibnya, Nike Ardilla berjudul Bintang Kehidupan dalam versi rock lalu melayakkannya memperolehi 63.20 markah.
Inka Christie
13 orang peserta GV11 seterusnya akan membawakan tema Hore-Hore di konsert minggu keempat pada 15 Disember nanti.
FOTO: Astro / Azrul Rafie
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesiapa yang pernah melalui pengalaman sakit gigi pastinya memahami betapa ‘sengsara’nya sehinggakan nak tidur malam pun tak boleh.
Punca sakit gigi adalah disebabkan apabila pulpa (lapisan gigi paling dalam dimana terdapatnya tisu lembut yang terdiri daripada salur darah dan saraf yang sensitif) meradang.
Ada beberapa sebab utama radang pulpa yang menjadi punca sakit gigi dan antaranya dalah seperti karies gigi, gigi retak (cracked tooth), tampalan lama telah longgar, pecah atau tercabut, gigi mengecut (receding gum), nak tumbuh gigi (contohnya gigi bongsu) dan sinusitis atau resdung.
Sekiranya korang mempunyai gejala tersebut dan merasa sakit gigi, segeralah berjumpa dengan doktor. Namun begitu, kalau memang dah tak tahan sementara nak ke klinik tu, korang boleh cuba menggunakan ubat sakit gigi seperti yang dikongsi oleh Lilies Suraya ini.
Bercerita tentang pengalamannya di laman Facebook, Lili berkongsi ubat sakit gigi ini boleh digunakan untuk melegakan sakit dengan hanya mencalit ubat tersebut di tempat yang bengkak. Kesannya, sakit semakin berkurang dan bengkak pun makin surut.
Jadi, bagi sesiapa yang mengalami sakit gigi rasanya bolehlah cub acari ubat sakit gigi ini. Mana tahu mujarab untuk korang juga kan?
Jika sebelum ini kami ada menyiarkan informasi tentang kempen e-tunai rakyat yang membolehkan korang menerima RM150, sudah tiba masanya apabila mulai 1 Jun 2021 merupakan hari untuk korang menebus jumlah kredit tersebut.
Kementerian Kewangan berkata, e-Belia akan ditawarkan melalui empat penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, ShopeePay and Touch ‘n Go eWallet yang secara keseluruhan mempunyai 30 juta pengguna aktif dengan jaringan lebih 1 juta peniaga di dalam dan luar talian.
Untuk info, Program eBelia ini bertujuan menggalakkan belia untuk melakukan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia dalam negara bagi merancakkan kembali ekonomi negara yang tidak ketinggalan terjejas susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia.
Tapi kalau rupanya kalau korang menebus ebelia ini di Shopee lagi untung kerana dapat ganjaran ekstra RM500!
Ini caranya:
1. Aktifkan dan sahkan akaun ShopeePay anda.
2.Tebus eBelia dalam bulan Jun dan dapat ganjaran.
3. Sebelum memohon, ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya permohonan anda sah dan diterima:
Warganegara Malaysia
Berumur antara 18 hingga 20 tahun atau pelajar di IPT
Tidak tebus eBelia di mana-mana platform e-dompet lain.
Sahkan kad pengenalan korang. Mudah bukan?
Jika permohonan korang sudah lulus, sila gunakan sebelum 31 Julai 2021. Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web shopee.com.my.
Dah dapat RM500 jangan lupa belanja penulis tau…hiks
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Macklemore kembali diperkatakan oleh rakyat di Malaysia pada tahun 2024 setelah penyanyi rap berusia 41 tahun itu secara lantang bersuara untuk keamanan negara Palestin serta rakyatnya.
Di saat kebanyakan selebriti Barat terutamanya dari Hollywood memilih untuk berdiam diri demi menjaga periuk nasi masing-masing, Macklemore atau nama sebenarnya, Benjamin ‘Ben’ Hammond Haggerty memilih untuk menyatakan pendiriannya dan menolak kekejaman yang diperlakukan rejim Zionis terhadap rakyat Palestin sejak bulan Oktober, tahun lalu.
Rapper, Macklemore.
Malah, Macklemore brought the sentiment onto another level dan meluncurkan single berjudul Hind’s Hall pada 7 Mei 2024 sebagai tanda solidaritinya terhadap Palestin. Judul lagu tersebut merujuk kepada sebuah bangunan akademik Hamilton Hall di Universiti Columbia, Amerika Syarikat.
Lokasi tersebut menjadi saksi kepada protes besar-besaran para pelajar yang diugut oleh pihak pentadbiran universiti dengan tindakan dibuang institusi sekiranya tidak menghentikan laungan menolak kekejaman Zionis Israel.
Bangunan itu kemudiannya digelar sebagai Hind’s Hall bagi memperingati kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang dipercayai telah dibunuh oleh tentera Israel pada 29 Januari 2024.
Susulan peluncuran single Hind’s Hall tersebut, wargamaya Malaysia menyeru agar mana-mana pihak penganjur tempatan untuk membawa Macklemore menjayakan persembahan di Malaysia demi memperkuatkan lagi mesej keamanan yang dilaungkan oleh rakyat di sini.
Well, we do not have to wait much longer apabila Macklemore bakal menghangatkan Helipad Litar Antarabangsa Petronas Sepang pada 3 November ini untuk konsert After Race Fest.
Konsert anjuran HIFIVE Entertainment ini adalah bersempena penutupan perlumbaan Moto GPTM. Ia bukan sekadar acara hiburan di atas pentas sahaja khas untuk pengunjung perlumbaan tetapi turut dimeriahkan dengan persembahan dron serta bunga api.
Kongsi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Litar Antarabangsa Petronas Sepang iaitu Azhan Shafriman Hanif, perlumbaan dan penganjuran konsert pada tahun ini juga bertambah istimewa apabila ia juga selari dengan ulang tahun ke-25 pembukaan trek antarabangsa itu.
Selain Macklemore, turut serta menghiburkan pengunjung nanti adalah kumpulan rock Amerika Syarikat dari era 1990-an iaitu Smash Mouth, Feel Koplo, De Fam, Nidji dan 6ixth Sense. Lebih ramai lagi barisan penghibur yang akan diumumkan kemudian bagi mendapatkan sasaran 10,000 ke 15,000 pengunjung bagi menghadiri konsert berkenaan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...