Hiburan

Gegar Vaganza 11: Kedudukan Pertama Liza Aziz Belum Tercabar, Kesilapan Nai Dinamik Buatkannya Tersingkir

Share

Memasuki minggu ketiga konsert Gegar Vaganze (GV11) semalam, akhirnya penyingkiran pertama telahpun dilakukan dalam kalangan 14 peserta yang bertanding.

Dek kesilapan teknikal sehingga mengakibatnya hilang fokus dan terlupa lirik, penyanyi Nai Dinamik menjadi peserta pertama yang tersingkir semalam.

Nai atau nama sebenarnya, James Junai Juki membawakan lagu nyanyi asal kumpulan XPDC, Apa Nak Dikata dan sejak awal lagi hilang fokus selepas beliau berdepan kesilapan teknikal melibatkan earpiece.

Nai Dinamik.

Juri tetap, Datuk Ramli M.S. menghentikan persembahan tersebut dan memberikan peluang kedua untuk Nai membawakan semula lagu tersebut. Bagaimanapun dek insiden yang baru berlaku sebentar tadi, Nai terus ternganggu dan gagal menyampaikannya dengan baik.

Ramli tampil memberikan gambaran sebenar betapa sukarnya lagu Apa Nak Dikata untuk dinyanyikan dan memberikan pujian kepada Nai serta penonton yang terus-menerus memberikannya sokongan.

BACA: Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit – Remaja

“Saya cerita sejarah lagi ini sikit. Masa XPDC merakamkan lagu ini, arwah Mael pun tercungap-cungap, memang tidak mudah.

“Saya rasa agak tidak adil untuk Nai sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti ini,” katanya.

Begitupun, juri tetap Datuk Syafinaz Selamat tegas dengan pendiriannya bahawa seorang penyanyi perlu terlebih dahulu menghafal dan memahami bait lirik agar insiden kehilangan fokus sewaktu melakukan persembahan seperti ini tidak berlaku meski apa juga cabaran melanda penyanyi itu.

BACA: Nai Dinamik Tidak Menyesal Sertai Gegar Vaganza, “Rehearsal Berjalan Lancar, Malam Ini Sound Delay Pula…” – Remaja

Tiga Diva Duduki Kedudukan Teratas

Dalam pada itu, peserta Liza Aziz sekali lagi mengulangi kejayaan menduduki tempat pertama untuk minggu ketiga berturut-turut dengan pungutan markah 73.40.

Liza juga sekali lagi mengulangi strategi persembahan lagu secara medley menerusi lagu Ain’t Nobody (Chaka Khan) dan I Will Survive (Gloria Gaynor).

Liza Aziz
Ning Baizura

Tempat kedua menjadi milik Ning Baizura dengan 65.60. Menariknya, seperti Liza Aziz, Ning juga bertindak menukar lagu asal Sejati nyanyian Wings yang diberikan kepadanya kepada lagu bahasa Inggeris, Fireworks nyanyian Katy Perry.

Manakala tempat ketiga diperolehi oleh Inka Christie yang membawakan lagu sahabat karibnya, Nike Ardilla berjudul Bintang Kehidupan dalam versi rock lalu melayakkannya memperolehi 63.20 markah.

Inka Christie

13 orang peserta GV11 seterusnya akan membawakan tema Hore-Hore di konsert minggu keempat pada 15 Disember nanti.

FOTO: Astro / Azrul Rafie

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
FZ