Hiburan

Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Kekal Selesa Di Tempat Pertama, Ning Baizura & The Lima Kongsi Markah Seri Pada Minggu Kedua

Share

Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kedua baru-baru ini sekali lagi menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.

Menerusi tema ‘Sama-Sama Naik’, bintang GV, Liza Aziz sekali lagi berjaya menduduki tangga pertama menerusi lagu ‘Wajah Siapa Dihatimu’ nyanyian asal oleh Azlina Aziz.

Selain itu, Dyrga Dadali turut kekal mendapat tempat kedua menerusi lagu Aishiteru dengan markah sebanyak 69.10%, sementara Sheila Abdull naik ke tangga ketiga (66.30%) selepas membawakan lagu nyanyian asal Mila Jirin ‘Persis Mutiara’.

Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu The Lima dan Ning Baizura berkongsi markah 64.90% dan berjaya mendapat kedudukan di tempat keempat dan kelima dalam persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.

Bagi penyanyi Ronnie Hussein (48.40%) dan Arrora Salwa (46.00%) melalui saat mendebarkan hampir tersingkir apabila berada di tangga dua terbawah.

Sementara itu, untuk minggu ketiga, para peserta mendapat cabaran menerusi tema ‘Ceritera’ dimana mereka harus menyanyikan lagu yang berkait rapat dengan kisah perjalanan hidup mereka.

Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE