Muzik

Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Raih Markah Tertinggi, Fairuz Selamat & Ning Baizura Seri Pada Minggu Pertama

Share

Baru-baru ini, konsert minggu pertama Gegar Vaganza (GV11) menyaksikan tiada penyingkiran dilakukan dan kesemua peserta layak ke minggu seterusnya.

Menerusi tema ‘Kembali Menyengat’, penyanyi Liza Aziz berjaya mengungguli kedudukan pertama menerusi lagu ‘Bermula Cerita’.

Selain itu, Dyrga Dadali mendapat tempat kedua menerusi lagu Di Saat Aku Mencintaimu dengan markah sebanyak 67.50%. Juri, Datuk Syafinaz Selamat juga turut memberikan nasihat kepada penyanyi itu agar sentiasa berjaga-jaga dengan nada rendah.

Dalam pada itu, dua peserta GV11 iaitu Fairuz Selamat dan Ning Baizura berkongsi markah 67.00% dan berjaya berkongsi kedudukan di tempat ketiga persembahan yang berlangsung di Auditorium MBSA, pada malam Ahad.

Bagi penyanyi Reshmonu, Illa Sabry dan Aurora Salwa pula kurang bernasib baik apabila berada di tangga tiga terbawah.

Sementara itu, untuk minggu kedua, para peserta mendapat cabaran dengan tema ‘Sama-sama Naik’ dimana mereka perlu menyanyikan lagu rakan-rakan industri pada zaman mereka.

Gegar Vaganza 11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad.

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk

Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
ZOE