Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu keenam baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan penyingkiran dua (2) orang peserta sekaligus iaitu Reshmonu dan Illa Sabry pada malam Ahad, semalam.
Menerusi tema Horror-Horror: Pentas Seram Penuh Misteri, Reshmonu (57.30%) membawakan lagu Getaran Jiwa sementara Illa (55.70%) dengan lagu berjudul Bunga nyanyian asal Ara Johari gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.
Dalam pada itu, Reshmonu dan Illa sempat berterima kasih kepada juri dan peminat sebelum meninggalkan pentas sejurus selepas kedua penyanyi itu diumumkan tersingkir.
“Saya sangat berterima kasih kepada juri dan semua peminat atas peluang ini. Saya gembira dan akan terus berkarya,” kata Reshmonu.
“Terima kasih kepada semua juri, penyokong dan Gegar Vaganza kerana bagi saya peluang ini,” tambah Illa.
Sementara itu, Liza Aziz dinobatkan sebagai juara bagi minggu keenam dengan markah 76.50% membawakan lagu Jauh Di Sudut Hati penyanyi asal Datuk Sudirman.
Manakala, Dyrga Dadali (71.50%) menerusi lagu Alasanmu nyanyian Exists berada di tempat kedua dan Sheila Abdull (69.50%) di tempat ketiga selepas menyampaikan lagu Fauziah Latiff iaitu Setia Ku Korbankan.
Selain itu, Fairuz Selamat pula diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi manakala Dadali Dyrga dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tinggal 17 hari saja lagi sebelum umat Islam akan menyambut kedatangan Syawal.
Sudah tentu, persiapan baju Raya masih on-the-way untuk kebanyakan remaja yang menantikan momen harga turun menjunam. Ke ada di antara korang yang dah settle beli semua baju Raya untuk tahun ini?
Iyalah, kebanyakan daripada koleksi baju Raya paling laku keras adalah koleksi yang dijual secara online seawal 2 bulan lepas. Dengan kempen dan promosi hebat oleh pengeluar koleksi baju Raya besar, tak hairanlah ramai orang termasuklah selebriti Malaysia sudahpun mendapatkan baju Raya masing-masing.
Jom tengok baju yang dipakai mereka semalam untuk acara berbuka puasa dan screening program Raya Astro.
01
Awal Ashaari & Scha Alyahya
To kick off, kita mulakan dengan pasangan pengacara semalam iaitu Awal Ashaari bersama Scha Alyahya. Awal tampil segak dalam persalinan baju Melayu biru gelap yang juga merupakan antara warna popular semalam.
Jika tahun lalu Scha menghentikan trafik dengan stail rambut pendeknya. Tahun ini, Scha melakukan kelainan, tinggalkan baju kurung moden di rumah dan menyarungkan padanan top dan seluar daripada Adila Long ini.
02
Lisa Surihani & Yusri Abdul Halim
Hold up…
Kalaulah hidup berpasangan membuatkan seseorang kelihatan secantik Scha & Lisa, penulis pun nak tamatkan zaman bujang! Cantik sangat Lisa dalam persalinan Aere yang memodenkan baju Kebaya dengan ikatan pada pinggang. Abang Yusri pula melengkapkan foto ini dengan memilih baju Melayu berwarna Champagne.
03
Wany Hasrita
Comel sungguh Wany apabila menyarungkan salah satu rekaan daripada koleksi pakaiannya bersama Starvilion. Dengan perincian bell sleeves dan pleats, korang tak memerlukan aksesori berlebihan dengan baju ini.
04
Farah Nabilah
Sama seperti Wany, Farah Nabilah juga memilih baju kurung moden ini daripada Starvilion. Bagi korang yang inginkan baju berfabrikkan brocade tetapi tak ingin lemas kepanasan, ini adalah antara pilihan yang baik.
05
Ain Edruce
Campaklah apa saja pada tubuh tinggi lampai Ain Edruce, dia tetap akan kelihatan cantik terutamanya dalam persalinan sopan daripada Wanpa ini. Ia mempunyai potongan ala geometri dan perincian kain pleats mengingatkan penulis kepada gaya origami.
06
Aiman Hakim & Zahirah Macwilson
Susah benar nak berenggang semalam (hehe), jadi kami pun samakanlah reviu mereka berdua. How sweet of them to co-ordinate, Zahirah memilih salah satu rekaan daripada koleksinya bersama Starvilion manakala Aiman menyarungkan baju Melayunya daripada koleksi kolaborasi Qierahman.
07
Nora Danish
Okay, ini merupakan satu lagi rekaan daripada selebriti itu sendiri. Okay apa, jika bukan kita yang memakai siapa lagi kan? Nora cantik dalam persalinan Own by ND yang bagi penulis amat mudah untuk digayakan oleh sesiapa saja.
08
Azira Shafinaz
Jika Azira boleh kelihatan secantik ini dalam persalinan koleksi raya Alia Bastamam, tak tahulah baju apa yang akan disarungnya pada hari pertama Aidilfitri nanti..
Special Treat
Fauziah Latif
OMG – THAT IS THAT.
Jadi, siapa yang menjadi favourite korang?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berbaki sebulan lebih sebelum memasuki bulan Ramadan, kami pasti ramai yang telah atau sedang mencari-cari baju Raya bagi tahun ini.
Dan dengan kehadiran pelbagai pertunjukan fesyen Aidilfitri yang berlangsung sepanjang bulan Mac dan April, kita mempunyai pelbagai pilihan dan idea untuk baju Raya masing-masing.
Salah satu daripada ialah jenama Behati yang menyediakan koleksi Raya PERTAMA mereka sempena pertunjukan fesyen Lebaran Daramera 2019.
The thing is, ia bukanlah baju Raya konvensional korang kerana kebanyakan daripadanya adalah bersaiz besar (oversized). Hhm, ada bran ke tak nak pakai? Jom tengok beberapa pilihan yang ada.
Potongan baju Melayu lelaki diambil sebagai konsep bahagian top ini. Dengan penambahan kolar Mandarin dan bahagian lengan baju flair, ia adalah top yang bagi kami sopan untuk korang gayakan.
Okay, ni adalah pemilihan fesyen berisiko dan memerlukan daya confident tinggi. Namun kami dapat bayangkan seseorang menyarungnya sebagai pieces berlainan. Seluar itu boleh dipadankan dengan turtleneck polos hitam / pastel. Bahagian baju itu pula bersama seluar slack dengan juntaian hijab di bahagian kiri.
Sesuai bagi korang yang mempunyai sosok pemakai yang tinggi, pemakaian outerwear terbelah ini sebenarnya adalah olahan baru pada pemakaian jubah mahupun kardigan labuh.
Wow, poncho sebagai item fesyen raya!
Walaupun look ini kelihatan agak over-the-top (ya kami faham perasaan korang bila melihat foto ini) tetapi ia sebenarnya boleh dipadankan dengan pakaian berbeza. Contohnya, top poncho bersama seluar skinny putih. Seluar 2 lapisan ini pula pasti menjadikan T-shirt putih yang dimasukkan ke dalam kelihatan chic.
Yes! Ini adalah salah satu potongan baju kurung klasik yang kelihatan cantik pada banyak jenis tubuh pemakai. Bahagian skirt potongan duyung dipadankan dengan bahagian top persis baju Melayu. Potongan baju seperti ini baik mampu membuatkan korang kelihatan lebih tinggi.
So, korang berani tak? Mungkin, tetapi bukan di hadapan nenek dan datuk pada pagi Raya kelak.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Program realiti TV nyanyian popular, Big Stage secara rasminya kembali bersiaran bagi musim 5 secara langsung semalam dan ternyata, ia tidak mengecewakan.
Sempena konsert pertamanya pada 7 Mei, tirai Big Stage dibuka dengan pelbagai kejutan yang disediakan oleh pihak produksi Astro.
Tanpa disangka, hos tetapnya iaitu Elly Mazlein yang lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom telah digandingkan dengan seorang selebriti popular yang diterbangkan jauh dari Indonesia. Ia tidak lain tidak bukan ialah pelawak, penyanyi dan pengacara, Rina Nose!
Tampil dalam penampilan berhijab ala juri tetap Gegar Vaganza iaitu Hetty Koes Endang atau ‘Bunda Hetty’, Rina nyata mudah ‘masuk’ dengan konsep program Big Stage bagi menggantikan gandingan pengacara empat musim sebelum ini iaitu Alif Satar dan Sherry Alhadad.
(Dari kiri): Rina Nose dan Elly Mazlein.
Gandingan dua wanita hebat dari negara berjiranan itu telah mendapat sambutan meriah dari penonton yang tidak kering gusi melihat ragam mereka berdua di atas pentas.
Selain itu, komposer dan penyanyi, Ajai turut diperkenalkan semula sebagai juri tetap yang akan menggalas tugas selama sepuluh minggu bersama penyanyi terkenal tanah air, Aina Abdul.
Manakala bagi dua kerusi berlainan, Big Stage telahpun menjemput ‘Mas’ Lah Ahmad untuk berkongsi serba-sedikit cara bagi para peserta memperbaiki persembahan pentas masing-masing. Manakala, pelakon jelita Nora Danish pula dilantik sebagai Presiden Netizen yang membaca komen-komen menarik dan ‘pedas’ yang dilontarkan oleh warganet di laman media sosial.
Nampaknya, Nora benar-benar faham tugasan tersebut dan tidak pula memberikan komen panjang lebar kepada peserta seperti .. okay next!
(Dari kiri): Lah Ahmad, Nora Danish dan Ajai.Juri tetap, Aina Abdul.
Sedikit kelainan yang ditampilkan oleh Big Stage musim kelima ini hanya didedahkan pada akhir program di mana ia memperkenalkan sistem Imuniti X.
Menurut pihak produksi, juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul diberikan keistimewaan untuk menyelamatkan peserta yang mempunyai markah tercorot dalam kedudukan Bottom 3 daripada penyingkiran.
Namun, keputusan itu hadir dengan harga yang cukup mahal apabila mereka berdua harus mengganti peserta tersebut dengan menyingkirkan peserta lain daripada grup Bottom 3. Kejam? Well, bak kata Ajai sendiri; ia adalah format yang adil memandangkan cara pemarkahan pada musim kelima ini juga sudah berbeza.
50 peratus diadili berdasarkan teknik nyanyian masing-masing manakala 50 peratus lagi hadir daripada kreativiti persembahan peserta.
Nasib ternyata menyebelahi peserta dari Sigapura, Farhan Shah, yang terselamat biarpun dia mencatatkan markah terendah sebanyak 37%. Ini setelah sesi penyingkiran ditiadakan pada minggu pertama ini.
Di samping itu, gandingan duo Korea Selatan iaitu Hoondoo pula merangkul anugerah Dominasi Persembahan Terbaik (hasil pemilihan juri tetap) setelah berjaya menambat hati kesemua juri dengan persembahan memukau lagu OST K-Drama terkenal, Goblin.
Berikut merupakan senarai markah penuh peserta bagi konsert minggu pertama Big Stage:
Hoondoo = 81%
COEX = 78.67%
Waode = 76.67%
Naufal Azrin = 75.67%
Aufahanie = 75.33%
Putera Muhammad = 72.33%
Nadeera Zaini = 71.33%
Dem Lepak Boyz = 66%
Firdaus Rahmat = 64%
Puteri Khareeza = 62%
Isaac Voo = 56.33%
Meer Nash = 51%
Farhan Shah = 37%
Big Stage 5 akan terus bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada setiap hari Ahad, jam 9:00 malam menerusi saluran 104 Astro Ria selama sepuluh minggu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...