Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kelapan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan kumpulan The Lima mula menunjukkan taring dengan meraih markah tertinggi buat pertama kali pada malam Ahad, semalam.

Menerusi tema Kengkawan, The Lima (74.40%) membawakan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian Datuk Sri Rossa sementara Liza Aziz meraih kedudukan kedua dengan markah sebanyak 74.00 peratus dengan lagu berjudul Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri dan Ade Govinda.

BACA: Gegar Vaganza 11: Reshmonu & Illa Sabry Tersingkir Minggu Keenam, Nyanyian Tanpa Muzik Liza Aziz Raih Markah Tertinggi

Gegar Vaganza 11: The Lima Cipta Kejutan Mula Tunjuk Taring Raih Kedudukan Pertama, Perjalanan Arrora Salwa Terhenti Di Minggu Ke-8
The Lima yang mencipta kejutan dengan meraih tempat pertama pada minggu ke-8
Gegar Vaganza 11: The Lima Cipta Kejutan Mula Tunjuk Taring Raih Kedudukan Pertama, Perjalanan Arrora Salwa Terhenti Di Minggu Ke-8
Arrora Salwa tersingkir pada minggu ke-8

Dalam pada itu, pentas GV11 turut menyaksikan penyingkiran Arrora Salwa yang mempersembahkan lagu nyanyian Siti Nordiana iaitu ‘Cinta Hanya Sandaran’ gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.

“Alhamdulilah, akhirnya sampai juga saya di minggu yang kelapan dan saya lega sebenarnya chapter saya dalam Gegar Vaganza sudah habis”

Ads

“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dan kepada para peminat saya, para juri, pihak Astro dan juga Gegar Vaganza sebab sudah beri peluang ini,” ucap Arrora sebelum meninggalkan pentas sejurus beliau diumumkan tersingkir.

BACA: Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Kekal Selesa Di Tempat Pertama, Ning Baizura & The Lima Kongsi Markah Seri Pada Minggu Kedua

BACA: Gegar Vaganza 11: Liza Aziz Raih Markah Tertinggi, Fairuz Selamat & Ning Baizura Seri Pada Minggu Pertama

Ads
Gegar Vaganza 11: The Lima Cipta Kejutan Mula Tunjuk Taring Raih Kedudukan Pertama, Perjalanan Arrora Salwa Terhenti Di Minggu Ke-8
Liza Aziz di tempat ke-2, manakala Ning Baizura di tempat ke-3

Gegar Vaganza 11: The Lima Cipta Kejutan Mula Tunjuk Taring Raih Kedudukan Pertama, Perjalanan Arrora Salwa Terhenti Di Minggu Ke-8

Sementara itu, Ning Baizura (73.60%) menerusi lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain berada di tempat ketiga dan Sheila Abdull (68.70%) di tempat keempat selepas menyampaikan dua buah lagu Misha Omar iaitu Dedebu Cinta dan Bunga-Bunga Cinta.

Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.

Ads

Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.

BACA: Nai Dinamik Tidak Menyesal Sertai Gegar Vaganza, “Rehearsal Berjalan Lancar, Malam Ini Sound Delay Pula…”

BACA: Datuk Ramli M.S. Anggap Sesetengah Peserta Gegar Vaganza “Nafsu Besar, Kudrat Tiada”, Salah Pilih Lagu Hit

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI