“FOMO: Fear Of Missing Out”
Itulah frasa ayat yang sering disebut oleh generasi muda zaman sekarang yang enggan ketinggalan dari rakan lain. Mungkin disebabkan itulah lambakan konsert dan acara hiburan sering diadakan di pusat bandar negara ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Senarai Produk Mekap Wajib Beli Jika Nak Selfie Sakan Pagi Raya!
Generasi muda yang enggan ketinggalan dari berseronok pasti akan berlumba-lumba membeli tiket konsert penyanyi kegemaran mereka.
Namun dalam sibuk menari dan menyanyi, anda baru perasan bahawa solekan di muka sudahpun cair dan sememeh. Alo…..spoil habis macam ini!
Usah risau dan khawatir kerana hari ini Remaja akan berkongsi bersama anda beberapa tips penting agar solekan anda tahan lama sehingga hujung konsert!
- Prime, prime & prime!
Jangan sekali-kali memandang rendah kepentingan primer dalam memastikan solekan anda tahan lama! Menggunakan primer yang betul dan sesuai dengan jenis kulit anda boleh menentukan sama ada solekan tersebut akan bertahan hingga hujung acara atau auto cair sejurus matahari terpacak di atas kepala.
- Gunakan foundation yang tahan lama!
Jika anda mempunyai foundation yang anda tahu tidak akan berganjak, jadikan produk itu sebagai kawan baik anda. Elakkan dari menggunakan foundation yang berminyak atau glowy finishing. Sebaliknya pilih foundation yang jelas tertulis perkataan matte di atasnya, kerana jenis foundation sebegini akan memberikan ketahanan yang lebih lama serta kalis dari peluh di muka.
- Mascara kalis air adalah satu kemestian!
Jika anda seperti saya, yang mudah beremosi dan menangis ketika di konsert, maka ada kemungkinan besar untuk anda berakhir dengan bekas air mata yang mengalir di pipi yang kemudiannya menghancurkan solekan di muka. Oleh itu maskara kalis air adalah pilihan wajib dan selamat bagi anda yang ingin ‘selfie sakan’ ketika berada di lokasi konsert tersebut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: The Star, Pixel, Sasa