
Demam tarian Kill This Love dari Blackpink nampaknya masih belum reda dan adik-beradik Niana Guerrero turut tidak ketinggalan untuk membuat cover lagu ini, tetapi dilakukan lebih santai di dalam kereta.
Lebih menarik lagi, adiknya Natalia yang baru berusia lingkungan 5 tahun sudah pandai meniru aksi Blackpink. Serious comel gila family ni.
Rata-rata peminat mereka memuji kecomelan Natalia dan menyifatkan ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Abangnya Ranz Kyle juga selalu bersama Niana dalam membuat video tarian bersama. Dah nampak adiknya, Natalia juga bakal mengikut jejak langkah abang dan kakaknya itu.
Walaupun baru berusia 5 tahun, Natalia sudah pandai menari. Ramai yang memuji kecomelan telatah kanak-kanak ini.
Setelah 3 hari di upload di laman Facebook mereka, video ini telah mendapat lebih daripada 200 ribu shares dan 14 juta tontonan.
Congrats gais!
‘Young Lisa’, Anak Perempuan Aishwarya Rai Disamakan Dengan Lisa Blackpink

Mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan.
Itu lah pepatah yang boleh disamakan dengan Aishwarya Rai dan anak perempuannya. Walaupun baru berusia lapan tahun namun Aaradhya 100% copycat kecantikan ibunya itu
Ibu-anak ini memang langsung tak boleh berpisah, sampaikan ada gelaran ‘cutest mother-daughter duo’ hanya untuk mereka berdua saja.
Tidak dinafikan penangan duo ini sentiasa mencuri tumpuan lensa kamera. Sama ada menghadiri majlis di India atau hanya di jalanan, Aishwarya dan Aaradhya dilihat sentiasa bergambar dengan cantik dan tenang sekali.
.
Aaradhya Macam Blackpink Lisa
Tapi ada juga peminat khususnya peminat K-Pop mengatakan si comel ini iras Blackpink Lisa. Hal ini kerana Aradhya Bachchan mempunyai rupa paras mirip anggota kumpulan K-Pop terkemuka Blackpink, Lisa.
Sampaikan ada netizen menggelar anak gadis yang berumur lapan tahun itu sebagai ‘Young Lisa’.
ok guys I’ve found Lisa’s doppelganger and it’s none other than Aaradhya Bachchan, daughter of the one and only Aishwarya Rai! pic.twitter.com/N7bE23jINm
— akira (@desicheshire) December 12, 2018
Ahli kumpulan Blackpink ini pernah meraih undian tertinggi daripada peminat yang melayakkannya menduduki tempat pertama senarai “Wajah Wanita Tercantik Di Asia 2019″
Is it only me or Aishwarya rai’s daughter look like Lisa pic.twitter.com/QRIZpGuCFG
— heavenly (@StanStrayKids00) January 23, 2019
Haah la ada iras kan? Mungkin pada senyuman, rambut bangs, mata dan pipi montel mereka. Untung la jadi anak miss world kecik-kecik dah cantik kan.
Gegar Vaganza 11: The Lima Cipta Kejutan Mula Tunjuk Taring Raih Kedudukan Pertama, Perjalanan Arrora Salwa Terhenti Di Minggu Ke-8

Konsert Gegar Vaganza (GV11) minggu kelapan baru-baru ini penuh kejutan apabila menyaksikan kumpulan The Lima mula menunjukkan taring dengan meraih markah tertinggi buat pertama kali pada malam Ahad, semalam.
Menerusi tema Kengkawan, The Lima (74.40%) membawakan lagu Aku Bukan Untukmu nyanyian Datuk Sri Rossa sementara Liza Aziz meraih kedudukan kedua dengan markah sebanyak 74.00 peratus dengan lagu berjudul Masing-Masing nyanyian asal Ernie Zakri dan Ade Govinda.


Dalam pada itu, pentas GV11 turut menyaksikan penyingkiran Arrora Salwa yang mempersembahkan lagu nyanyian Siti Nordiana iaitu ‘Cinta Hanya Sandaran’ gagal menambat hati juri dan berada di kedudukan markah tercorot.
“Alhamdulilah, akhirnya sampai juga saya di minggu yang kelapan dan saya lega sebenarnya chapter saya dalam Gegar Vaganza sudah habis”
“Saya nak ucap terima kasih banyak-banyak dan kepada para peminat saya, para juri, pihak Astro dan juga Gegar Vaganza sebab sudah beri peluang ini,” ucap Arrora sebelum meninggalkan pentas sejurus beliau diumumkan tersingkir.

Sementara itu, Ning Baizura (73.60%) menerusi lagu Keabadian Cinta nyanyian Anuar Zain berada di tempat ketiga dan Sheila Abdull (68.70%) di tempat keempat selepas menyampaikan dua buah lagu Misha Omar iaitu Dedebu Cinta dan Bunga-Bunga Cinta.
Gegar Vaganza 11 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu, setiap Ahad, 9 malam.
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
14 Pencalonan Anugerah Emmy 2022 Buatkan Produksi Squid Game Terkejut

Selain Squid Game, Selena Gomez juga telah mencipta sejarah pada Anugerah Emmy bagi tahun ini.
Keunggulan drama bersiri Korea terbitan Netflix, Squid Game berterusan hingga ke tahun ini apabila ia menerima 14 pencalonan bagi Anugerah Emmy 2022 sekaligus memecahkan rekod mana-mana naskah bukan berbahasa Inggeris yang pernah tercalon di acara berprestij itu.
Pengumuman pencalonan pada awal pagi tadi itu menyaksikan Squid Game meneruskan penguasaan di dunia hiburan Barat terutamanya di Hollywood setelah ia memberikan saingan sengit kepada drama popular lain seperti Stranger Things, Euphoria, Succession, Ozark, Severance, Better Call Saul dan Yellow Jackets menerusi kategori Drama Bersiri Cemerlang. Squid Game sekaligus menjadi siri bukan berbahasa Inggeris pertama untuk dicalonkan dalam kategori tersebut dalam sejarah penganjuran Anugerah Emmy.
Tambah membanggakan apabila lima pelakon drama tular itu turut dicalonkan menerusi kategori lakonan; justeru menjadikan mereka sebagai para pelakon warganegara Korea Selatan pertama dalam sejarah untuk diiktiraf dengan pencalonan dalam kategori masing-masing.
Ini termasuklah Lee Jung jae (Seong Gi-hun) untuk kategori Pelakon Lelaki Utama dalam Drama Bersiri, Jung Ho yeon (Kang Sae-byeok) untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita dalam Drama Bersiri, Park Hae Soo (Cho Sang-woo) dan Oh Young Soo (Oh Il-nam) masing-masing untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki dalam Drama Bersiri dan Lee Yoo mi (Ji-yeong) untuk kategori Pelakon Jemputann Wanita dalam Drama Bersiri.
Selain itu, Squid Game turut menerima pencalonan bagi pengarahnya, Hwang Dong Hyuk yang menjadi warganegara Korea Selatan pertama untuk memperoleh pencalonan Emmy untuk kategori pengarahan dan penulisan.
Lain-lain kategori pencalonan melibatkan Squid Game terdiri daripada Reka Bentuk Produksi Cemerlang untuk Program Kontemporari Naratif (Satu Jam atau Lebih), Sinematografi Cemerlang untuk Siri Single-Camera (Satu Jam), Suntingan Gambar Single-Camera Cemerlang untuk Drama Bersiri, Muzik Tema Original Cemerlang, Kesan Visual Cemerlang untuk Satu Episod dan Persembahan Aksi Cemerlang.
ARTIKEL BERKAITAN : Senarai Calon Akhir Anugerah Baeksang Ke-58, Squid Game Terima Pencalonan Terbanyak – REMAJA
Turut mencipta sejarah ialah penyanyi dan pelakon, Selena Gomez yang menjadi wanita berbangsa Latin kedua untuk dicalonkan sebagai seorang penerbit dalam kategori drama bersiri komedi. Begitupun, Selena terlepas pencalonan bagi kategori pelakon wanita untuk naskah Only Murders in the Building.
BACA LAGI : Peminat Squid Game Teruja ‘Teaser’ Musim Kedua Muncul, Watak Gong Yoo Kembali? – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.