Suami kepada pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, Dr. Sew Jim Ding meraih perhatian pengguna media sosial apabila bersungguh mempromosi filem lakonan terbaharu isteri tercintanya yang berjudul filem Sheriff: Narko Integriti.
Menerusi satu klip video di TikTok, Dr. Siew yang merupakan seorang doktor perubatan dilihat sedang mempromosikan lakonan Elizabeth yang lebih disapa Lizzy ini kepada beberapa orang jururawat di sebuah hospital di ibu negara.
ARTIKEL BERKAITAN: Turun Berat 6KG Demi Watak Hanna, Elizabeth Tan Teruja Dapat Berlakon Dalam Drama Adaptasi Korea
“Filem ini memang best, Syafiq Yusof memang best. Elizabeth Tan dia watak yang keempat,” reaksinya ringkas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat Dr. Siew di tempat kerja selain memujinya kerana menyokong penuh kerjaya isterinya sebagai seorang anak seni.
“Watak keempat pun boleh lah doktor…” seloroh seorang pengguna.
“Suami dia tidak ada sangat slang Chinese. Pertama kali dengar suami dia cakap bahasa Melayu,” komen pengguna yang lain.
“Very supportive husband” tulis ringkas.
Filem Sheriff merupakan hasil karya terbaharu pengarah terkenal Syafiq Yusof yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Syafiq Kyle, Datuk Aaron Aziz dan Azira Shafinaz.
Sekadar info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan rapat kerana mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 ketika itu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok missviraltv