Setelah beberapa bulan berhempas pulas menonjolkan bakat dan potensi diri, pencarian Hero Remaja 2023 akhirnya melabuhkan tirai dengan kemenangan berpihak kepada Aiman Ameer selaku Juara.
Menerusi kemenangan ini, Aiman Ameer, 23 tahun, telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Tempat kedua dimenangi oleh Fitri Farok yang membawa pulang RM7,000 beserta trofi.
Empat lagi peserta Hero yang turut bertanding pada pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 malam ini ialah Azri Safix, Evertts Gomes, Hakim Khan dan Jay Iskandar.
Berbeza daripada edisi-edisi sebelum ini, pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja telah disatukan menerusi satu edisi buat tontonan umum menerusi tayangan di Astro Ria.
Ads
Malam finale ini turut menyaksikan 12 peserta akhir harus melalui dua cabaran berbeza iaitu pertunjukan bakat dan sesi soal jawab bersama juri.
Ternyata tuah milik Aiman Ameer apabila namanya dinobatkan sebagai Juara menggantikan takhta Mierul Aiman selaku Hero Remaja 2021.
Juara Hero Remaja 2023 yang berasal dari Johor Bahru ini turut akui bahawa dirinya cukup terkejut apabila namanya diumumkan oleh Fazziq Muqris.
Ads
Turut berkesempatan berkongsi pahit manis yang dilalui selama ini bersama pihak REMAJA setelah acara melabuhkan tirai.
“Sejujurnya, saya ‘speechless’ ketika nama disebut kerana persaingan amat sengit. Semua peserta memberikan persembahan yang terbaik dan juri-juri pun banyak memberikan komen positif kepada mereka,” ujarnya.
Beliau turut dipilih sebagai Hero Inspirasi berdasarkan hasil diskusi daripada pihak Remaja dan pihak produksi di atas positiviti, usaha dan dedikasi yang diberikan sepanjang Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berlangsung.
Manakala, Hero Favorite hasil undian peminat di laman web Remaja menjadi milik Razin Qidran
Ads
***
Untuk makluman, pencarian Hero Remaja & Dewi Remaja merupakan sebuah jenama yang sudah pun mencecah usia 38 tahun sejak penganjurannya. Dewi Remaja mula dianjurkan pada tahun 1985 manakala Hero Remaja pula bermula sejak tahun 1990.
Selama 38 tahun jenama ini bertapak di Malaysia, ramai anak seni berkualiti telah dilahirkan menerusi platform ini. Misalnya, pelakon terkenal Fattah Amin, Neelofa, Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Raysha Rizrose, Shaza Bae, Meerqeen, Anna Jobling dan ramai lagi.
***
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tapi tak salah kalau nak berangan mengenai momen perkahwinan idaman kita sementara masih single lagi kan? Hehe..
Biasalah perempuan, dari usia kecil lagi dah advance memikirkan jenis baju kahwin yang nak disarungkan nanti, berapa ramai tetamu nak jemput (“I nak buat kecil-kecilan je” – ah tipu!), apa tema pelamin dah macam-macam lagilah.
REMAJA pasti perempuan pernah melihat laman web baju perkahwinan walaupun sekali je semasa usia mereka masih belasan tahun. Dari situlah timbul obsesi nak menyarung gaun kahwin ala kebaratan kerana itulah yang telah mereka ‘hadam’ sejak kecil.
Tapi, kalau REMAJA katakan yang korang akan ubah fikiran untuk memilih konsep baju tradisional selepas ini, korang percaya tak?
Haa, sempena acara fesyen The Wedding KL yang berlangsung sehingga malam ini, REMAJA berkesempatan untuk singgah sebentar melihat paparan koleksi perkahwinan pereka fesyen tempatan. Dalam lautan rekaan gaun putih yang ditampilkan, kami tertarik dengan koleksi tradisional yang dibawakan oleh Zaimi Zulkafli.
Mengangkat tema tradisi namun kekal dengan identiti jenama itu sendiri yang kontemporari, Zaimi Zulkafli mengingatkan seluruh dewan akan kehebatan potongan baju tradisi seperti kurung Riau, Pahang dan pelbagai lagi.
Cuba tengok koleksi penuh oleh pereka adik-beradik ini. #longgarituindah
Dalam nukilan kapsyen di Instagram, Zaimi Zulkafli sempat berkata, “Ramai yang selalu bertanya nak buat apa dengan baju kahwin selepas tamat majlis nanti?
”Jadi, kami membayangkan koleksi timeless seperti ini untuk dibawa ke kelas mengaji mungkin atau ke mana saja,” tulis mereka dalam nada bergurau, namun ada kebenarannya.
Koleksi ini punya daya sensual dalam kesopanannya. Pemakai pun tak kurang cantik dan seri walaupun bergaya tradisional.
Apa pendapat korang? Onz tak Onz??
Walaupun lambat lagi nak kahwin pun, REMAJA rasakan kita boleh je sarungkannya untuk ke majlis kahwin, majlis formal atau sebagai baju Raya. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiga dekad melayari alam rumah tangga bersama sang suami, Daud Leroy; pelakon dan bekas finalis pencarian Dewi Remaja 1987/88, Azah Aziz malam tadi menyambut ulang tahun perkahwinan mereka dengan dihadiri tetamu yang meraikan mereka berdua.
Tentunya, yang paling teruja melihat pasangan bahagia itu adalah tiga orang anak teruna Azah dan Daud.
Peminat sedia maklum betapa eratnya hubungan Azah dengan anak-anaknya itu memandangkan beliaulah yang menguruskan segala urusan mereka tanpa pernah mengambil khidmat pembantu rumah.
(Dari Kiri): Aaron, Justin, Azah, Daud dan Ryan.
Justeru, Aaron (25), Ryan (18) dan Justin (15) meluahkan kegembiraan apabila dapat menyaksikan hubungan ibu bapa mereka itu berkekalan selama 30 tahun.
“Saya berharap mereka akan hidup sehingga berusia 120 tahun!” seloroh Ryan. Justin turut mendoakan agar ibu bapanya dikurniakan rezeki umur yang panjang dan terus gembira di samping pasangan.
“Satu hari nanti bila mereka telah bersara, saya berharap mereka akan terus hidup dengan selesa.” kata Ryan.
Daud dan Azah ketika sesi memotong kek ulang tahun perkahwinan mereka.
Anak sulung mereka, Aaron pula mendoakan kehidupan Azah dan Daud diberkati dan hubungan mereka berkekalan hingga ke akhir hayat.
Sebelum ini, media melaporkan mengenai keutuhan hubungan Azah dan Daud meski mereka berada di negara berlainan. Sepulangnya Azah ke Kuala Lumpur bersama anak bongsunya yang bersekolah di sini, suaminya masih tinggal di Dubai bersama dua lagi anak lelaki.
Katanya, soal berjauhan tidak pernah menjadi isu dalam keluarga mereka dan masing-masing akan mencari masa untuk bertemu semula sama ada di Dubai atau di Kuala Lumpur.
Difahamkan, Nadhir bakal pulang ke kampung halaman di Kuala Kangsar, Perak bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta tahun ini.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian peminat adalah pengakuannya yang dia masih belum mempunyai teman istimewa buat masa sekarang.
Perkongsian tersebut pantas mendapat reaksi di ruangan komen apabila ramai peminat meluahkan rasa syukur dan gembira mendengar jawapan daripada aktor berusia 28 tahun itu. Malah, ada yang sempat berseloroh ingin mencuba nasib untuk menawan hati Nadhir.
“Okay! Boleh terus maju ke depan sebab dia belum ada ehem ehem,” komen seorang pengguna.
“Lega tiada lagi, kalau tak saya menangis dah kalau ada,” tambah seorang peminat.
“Rasa nak balik Kuala Kangsar lah tahun ini. Kenapa lah tak letak Kuala Kangsar itu sebelah Johor, senang sikit nanti Nadhir nak balik,” seloroh seorang lagi pengikutnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok MeriPergiBulat
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, minggu kedua Big Stage Alpha mengejutkan para penonton apabila dua peserta terpaksa akur tersingkir pada minggu kedua dari pentas saingan.Bersiaran secara langsung...