Perbuatan parking secara ‘back in’ ataupun reverse parking memang bagus tapi tak bagusnya bila sepatutnya hal ini hanya melibatkan pusingan 3-poin tetapi kemudiannya menjadi 83-poin kerana pemandu tidak cekap dan sebagai akibat, hal itu menyusahkan pula orang lain yang terpaksa menunggu dan kemudian, menyebabkan kesesakan.
Penulis selalu nampak masalahnya ini selalunya berlaku di parking pusat membeli belah .
Ads
Tapi korang tahu tak, parkir secara back-in di sesetengah kawasan Amerika Syarikat boleh menyebabkan pemandu disaman oleh pihak berkuasa?
Ya, inilah yang akan berlaku di Sarasota, Florida. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ross Creation telah disaman pihak berkuasa kerana meletakkan kenderaannya secara back-in.
Ads
Beliau kemudiannya telah melakukan sesuatu yang ‘mencabar’ undang-undang tersebut dengan melakukan modifikasi pada kenderaannya, iaitu bahagian belakang kereta dibuang dan digantikan dengan bahagian hadapan.
Ross kemudiannya memakir semula kereta baharunya di kawasan tersebut dan bersembunyi untuk merakam reaksi pegawai penguatkuasa tersebut selepas melihat inovasi yang dilakukannya.
Ads
Untuk pengetahuan anda, peraturan ini dibuat adalah dengan tujuan keselamatan dan kecekapan operasi pihak penguat kuasa bagi memastikan kenderaan yang diletakkan di kawasan lot parkir bandar, jalan dan sebagainya mempunyai lesen yang sah.
Jika anda belum pernah atau merasakan susah untuk memasuki parkir secara mengundur, apa kata anda cuba dahulu selepas ini dan bandingkan. Kami berpendapat cara ini lebih selamat. Anda pula bagaimana, ada pandangan yang berbeza?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isu capaian internet yang masih lemah di negeri Malaysia Timur seperti Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bukan lagi satu berita baharu. Biarpun negara telah memasuki tahun 2022, masih ramai penduduk di sana terutamanya para pelajar yang bergantung harap kepada perhubungan internet yang terpaksa akur perlu bersusah-payah demi mencapainya.
Jika dahulu sekitar tahun 2020; kisah mahasiswi Sabah, Veveona Mubin telah mendapat perhatian umum setelah terpaksa memanjat pokok dengan mendapat capaian internet, kini kisah seorang remaja lelaki berusia 19 tahun dari Sarawak dengan isu yang sama pula berjaya menerima perhatian menteri.
Media melaporkan Frank Steward Panting Sa dari Pakan, Sarawak terpaksa mendaki Bukit Kelingkang selama dua jam sebelum akhirnya berjaya mendapatkan kelajuan internet memadai bagi menghadiri temu duga bersama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Perak secara atas talian.
Pondok di mana remaja berusia 19 tahun ini mengikuti temu duganya. Sumber Foto : FacebookJarak jauh terpaksa dilalui oleh Frank demi mencapai cita-citanya. Sumber Foto : Facebook
Frank dilaporkan menetap di penempatan rumah panjang Rumah Suing di Teberu, Ulu Kemalih. Kawasan tersebut telah dilengkapi kemudahan WiFi Sarawak Linking Urbang, Rural & Nation (Saluran). Bagaimanapun, masalah kelajuan internet tetap berlaku.
Kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa menerusi hantaran di Twitter setelah laporan tersebut tular, beliau telah mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk berhubung dengan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN) bagi menangani masalah tersebut.
Catat beliau, “Saya amat bersimpati dengan apa yang dia harus lalui namun kagum dengan ketabahannya. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan SRBN.”
Saya amat bersimpati dengan apa yang beliau harus lalui, namun kagum dengan ketabahan beliau. Rangkaian internet tersebut adalah di bawah seliaan Sarawak Rural Broadband Network (SRBN). Saya telah mengarahkan MCMC untuk berhubung dengan SRBN supaya masalah ini dapat ditangani. https://t.co/GtyxFZRfDV
Terdahulu, video kiriman abang Frank, Mario Sa menerusi Facebook menjadi tular.
Ia memaparkan adiknya sedang duduk bersila di atas tikar bemban dekat sebuah pondok yang dibina oleh ayah mereka, Sa Ujom demi menghadiri temuduga.
Frank yang bercita-cita untuk menjadi seorang guru satu hari nanti sanggup merantau jauh sehingga kakinya digigit pacat demi menghadiri temu duga itu.
REMAJA berharap temu duga Frank ini berakhir dengan kejayaan apabila dia dijangka menerima keputusannya dalam tempoh dua minggu lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas hampir tiga bulan sekolah diarah ditutup berikutan penularan pandemik Covid-19, semua sekolah di seluruh negara akan mula dibuka secara berperingkat bermula 15 Julai.
Mesti para pelajar teruja nak ke sekolah berjumpa kawan-kawan, setelah lama berkurung di rumah.
Namun perlu diingatkan, semua sekolah di seluruh negara yang dibuka semula perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta mengamalkan normal baharu.
Berikut kami kongsikan 13 perkara penting yang anda perlu tahu sepertimana yang dimaklumkan dalam sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr. Radzi Jidin pada Rabu.
1. Murid sekolah rendah Tahun Lima dan Enam, Tingkatan Satu hingga Empat, kelas peralihan dan Tingkatan Enam Semester 1 akan kembali ke sekolah bermula 15 Julai 2020.
2. Pelajar sekolah rendah Tahun Satu hingga Empat pula akan kembali ke sekolah bermula 22 Julai 2020.
3. Pembukaan semula sekolah hanya terhad kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebarang aktiviti kokurikulum adalah tidak dibenarkan.
4. Tiga model pengoperasian yang dikenal pasti oleh KPM adalah Model Satu Sesi, Model Dua Sesi dan Model Penggiliran.
5. Maklumat senarai sekolah mengikut model yang telah ditetapkan akan dimaklumkan oleh KPM selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka semula sepenuhnya.
6. Model Satu Sesi ialah untuk sekolah yang mempunyai bilik darjah atau ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dalam satu sesi setelah mengambil kira penjarakan sosial.
7. Model Dua Sesi ialah untuk sekolah sedia ada yang telah beroperasi secara dua sesi ataupun sekolah satu sesi yang kini perlu beroperasi secara dua sesi kerana tidak mempunyai ruang yang mencukupi bagi menempatkan semua murid dengan mengambil kira penjarakan sosial.
8. Model Penggiliran ialah untuk sekolah yang tidak mempunyai ruang mencukupi bagi menempatkan semua murid walaupun dengan melaksanakan model dua sesi.
9. Bagi Model Penggiliran, kaedah pembelajaran murid adalah secara hibrid iaitu secara bersemuka di sekolah semasa hari persekolahan dan secara Home-Based Learning di rumah untuk hari-hari yang mereka tidak dijadualkan berada di sekolah.
10. Pembukaan semula sekolah berasrama akan dilaksanakan mengikut kapasiti asrama sekolah masing-masing. Bagi asrama yang menggunakan katil dua tingkat, semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari selepas 24 Jun 2020.
11. Semua institusi pendidikan swasta di bawah kategori pusat berdaftar dengan KPM boleh dibuka semula pada 15 Julai 2020. Ini termasuklah pusat tuisyen, pusat bahasa dan pusat perkembangan.
12. Kantin sekolah boleh beroperasi namun waktu rehat pelajar perlu dijalankan secara berperingkat dan makanan perlu dibungkus terlebih dahulu. Pelajar digalakkan membawa makanan sendiri.
13. Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, mereka disarankan untuk mematuhi tarikh cadangan pembukaan semula oleh KPM dengan mematuhi semua SOP yang sudah ditetapkan.
*
Welcome back guys!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sweet betul mendengar kisah cinta atlet badminton China ini.
Inilah yang terjadi kepada Huang Yaqiong, pemain badminton wanita dari China. Yaqiong bersama pasangannya, Zheng Siwei, berjaya memenangi pingat emas dalam acara badminton beregu campuran di Olimpik Paris 2024, mengalahkan Kim Wonho dan Jeong Naeun dari Korea Selatan.
Selepas upacara pingat, rakan sepasukan Yaqiong, Liu Yuchen, membuat kejutan besar! Yuchen, yang memenangi pingat perak dalam beregu lelaki di Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan akan beraksi lagi di Paris, tiba-tiba mengeluarkan cincin, berlutut, dan melamar dia di hadapan semua orang.
Dengan bunga di tangannya dari upacara pingat, Yaqiong tidak dapat menahan air mata kegembiraannya dan terus berkata ya.
Lamaran itu dipaparkan di Arena Porte de la Chapelle di Paris, dan orang ramai bersorak meraikan detik manis mereka bersama-sama.
Sweet kan pasangan ini, moga terus kecapi bahagia sampai bila-bila!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bayangkan berjalan masuk ke bilik temu duga, dan sebelum sempat ucap “selamat pagi”, panel penemuduga sudah tersenyum lebar. Kenapa? Mungkin sebab kamu kelihatan “presentable”...