Lain maciem punya rasa gembira.
Hanya pencinta kucing saja yang faham perasaan begini. Sebab itulah saat kucing sakit atau mati, pemilik juga akan menangis beriya-iya saat kehilangan haiwan tersebut. Dengan sifat manjanya hingga mampu mencairkan hati pemiliknya, memelihara kucing terutama baka jenis mahal bukanlah murah. Ia memerlukan wang yang banyak bertemu doktor haiwan jika kucing sakit atau perlu di vaksinkan.
Di negara seberang, viral kisah seorang pemilik kucing yang membelanja penduduk kampung makan termasuk menabur duit selepas kucingnya melahirkan lima ekor anak.
Dalam satu perkongsian di Instagram @ndorobeii, jelas di dalam video itu jelas tertera kegembiraan di wajah warga desa termasuk kanak-kanak saat mengutip duit dilemparkan pemilik kucing itu hingga mengundang ketawa netizen melihatnya.
Sejak di muat turun, lebih 11 ribu pengguna melihatnya dan memberikan tanda suka. Walau tidak dinyatakan secara jelas lokasi kejadian di daerah mana, ia dilihat satu tanda kesyukuran pemiliknya dan dia berbesar hati berkongsi dengan warga desa selepas kucingnya melahirkan 5 ekor anak.
Dalam pada itu, di kotak makanan tertera kata-kata lucu iaitu Chinta dan Chikko atas kelahiran anak lima. Semoga menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua dan majikan, tulis akaun tersebut.
Hal ini terus mengundang rasa lucu netizen kerana rata-rata pemilik kucing mengakui mereka memang sanggup berbuat apa saja untuk haiwan peliharaan itu.
Hurm..untunglah orang kampung. Dah macam hiburan pulakkan.