Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda Sumatera Barat, Indonesia kira-kira pada jam 9.39 pagi ini, waktu di Malaysia.
Menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia di laman web, gempa terjadi pada kedalaman 10 kilometer, di timur laut Pasaman Barat – Sumbar.
Biarpun tiada amaran Tsunami yang dikeluarkan, namun rakyat di Malaysia tetap dilanda rasa takut setelah gegaran yang berlaku pagi ini dapat dirasai oleh penduduk di sekitar Semenanjung Malaysia.
Team REMAJA yang berada di Shah Alam, Selangor jelas merasai gegaran selama beberapa saat dan ia telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.
Di media sosial juga, warganet berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut. Selain Shah Alam, kawasan lain seperti di Johor, Melaka, Cyberjaya dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga melaporkan merasai gegaran sama.
Was it just me or did an earthquake just happened ? A minor one
— AM (@Amir_Masdi) February 25, 2022
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan sering dilanda pergerakan aktif seismik dan aktiviti gunung berapi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tolak Islamofobia, Parkir IKEA Di Jerman Diubah Menjadi Ruang Solat Aidilfitri
Jika ada kemahuan, di situ ada jalan.
Tatkala umat Islam di seluruh dunia terpaksa menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah kerana masjid serta surau rata-rata tidak mempunyai kapasiti ruang yang cukup untuk membenarkan solat secara penjarakan sosial, lain pula ceritanya dengan di Jerman.
Foto yang dimuat naik oleh seorang wartawan di BBC UK memaparkan bagaimana ruang letak kereta tanpa bumbung di IKEA cawangan Wetzlar (berdekatan Frankfurt) itu bertukar wajah menjadi ruang solat mega.
Tweet yang dimuatnaik oleh @AbdirahimS itu mendapat perhatian apabila ramai kagum dengan usaha IKEA Jerman yang bersifat terbuka kepada umat Islam di sana.
Ia bagi memenuhi tuntutan sunat muakad penduduk Islam di sana yang ingin menunaikan solat sunat Aidilfitri.
Setiap jemaah bagaimanapun tetap mempraktikkan penjarakan sosial apabila kain sejadah masing-masing diasingkan dengan jarak 1 meter.
Menurut Abdi Rahim, disebabkan perlu mengikut arahan penjarakan sosial itu, penduduk Islam di sana meminta kebenaran daripada pihak IKEA untuk menggunakan ruang luas tersebut dan pihak pengurusan tidak mempunyai sebarang masalah untuk membenarkannya!
Semasa solat dan khutbah ditunaikan, pihak polis turut didapati dalam keadaan bersedia bagi melindungi jemaah.
Perkembangan tersebut mendapat reaksi positif daripada ribuan pengguna Twitter. Ia sekaligus membuktikan bahawa penduduk di Wetzlar Jerman menolak sebarang bentuk ‘peperangan’ Islamofobia yang sering kedengaran di sekitar benua Eropah.
Malah pihak penganjur dan masjid turut berterima kasih kepada IKEA dan semua yang terlibat kerana telah menjayakan acara tersebut.
Nampaknya, keprihatinan masyarakat masih wujud dalam dunia ini.
NEXT READ : IKEA UK Ajar Resepi Swedish Meatball
Tersenyum Lebar, Bekas Pemain Bola Tampar Wanita Disahkan Sebagai Lelaki
Sepanjang kariernya sebagai pemain bola tampar profesonal wanita Indonesia, Aprilia Manganang, 28 telah mengecapi pelbagai kejayaan membanggakan.
Ini termasuklah membantu kelab bola tamparnya bergelar juara nasional sebanyak empat kali dan menggapai pingat gangsa di Sukan SEA 2017.
Namun, lalu pula ceritanya berkenaan kehidupan peribadi Aprilia apabila jantinanya seringkali disalah erti oleh orang ramai.
Pada tahun 2020, Aprilia mengambil keputusan untuk ‘menggantung jersinya’ demi menyertai pasukan ketenteraan Indonesia.
Keputusan tersebut meraih perhatian rakyat Indonesia kerana kontroversi jantina Aprilia. Ramai yang tidak pasti sama ada dia ialah seorang wanita ataupun lelaki.
Aprilia dilahirkan dengan kondisi yang dinamakan sebagai hypospadias atau rupa organ reproduksi berbeza.
Menurut laporan media Indonesia, bahagian pembukaan uretra yang selalu berada pada bahagian hujung alat kelamin lelaki terletak pada bahagian bawah alat kelaminnya.
Lalu semasa kelahiran Aprilia, dia dikenal pasti sebaagi bayi perempuan berdasarkan tanggapan pakar pada waktu itu. Di dalam sijil kelahiran dan kad pengenalannya juga mencatatkan jantina perempuan.
Implikasi daripada kondisi alat kelamain ini, Aprilia terpaksa melalui fasa ketidakpastian identiti kerana masalah kewangan keluarga untuk melalui pemeriksaan dan rawatan perubatan.
Akhirnya Disahkan Sebagai Lelaki
Setelah 28 tahun berlalu, akhirnya Aprilia berjaya melalui pembedahan pembetulan alat kelamin.
Berita tersebut disahkan dalam satu sidang media secara langsung dari Hospital Tentera Gatot Subrato dekat Jakarta, Indonesia. Aprilia kelihatan cukup ceria dan tersenyum lebar setelah dia akhirnya disahkan sebagai seorang lelaki.
Ini semua berhasil apabila pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) membantu Aprilia merealisasikan impiannya. Malah, pihak tentera juga bersetuju melakukan perubahan pada dokumen peribadi Aprilia bagi menukar info nama serta jenis kelaminnya.
“Ini adalah momen yang saya nanti-nantikan, saya amat gembira. Saya bersyukur kepada semua doktor yang telah membantu saya.”
Lebih membanggakan apabila kebanyakan warganet Indonesia menyokong perubahan pada Aprilia ini dan tidak terkesan dengan jantinanya.
“Lelaki atau perempuan, saya masih merupakan peminat Aprilia Manganang. Dia selalu memakai jersi Indonesia dengan penuh bangga,” kata pengguna Twitter bernama @aan__.
@kharismanism pula merasa pasti bahawa Aprilia akan menjadi seorang jejaka budiman.
Kekacakan wajah Aprilia juga menjadi sebutan warganet Indonesia!.
Ini barulah dinamakan sebagai pembedahan perubahan jantina yang diharuskan.
Bukannya seperti beberapa personaliti di Malaysia yang melalui pembedahan mengubah jantina disebabkan kecelaruan identiti. Oops!
Artikel Berkaitan : Bercinta Di Media Sosial, Jantina “Isteri Jadian” Terbongkar Di Malam Pertama – REMAJA
Sumber (1)
Pernah Alami Masalah Ruam, Ratu Cantik Cipta Tuala Wanita Biodegradasi
Jika bercerita tentang kecantikan memang tiada rahsia. Produk mana yang bagus dan sebagainya tapi kalau nak buka topik fasal tuala wanita ramai yang tutup mulut. Bukan apa, masing-masing segan nak berkongsi pendapat tentang jenama tuala wanita yang selesa.
ARTIKEL BERKAITAN : 20 Tempat Di Luar Negara Yang Menyediakan Produk Haid Secara Percuma
Sebab ada yang berpendapat itukan soal peribadi namun bagi penulis tidak ada salahnya pun kalau hendak membuat ulasan dan berkongsi.
Mengambil serius perkara ini, Ratu Bumi Malaysia 2020/2021 dan juga Doktor perubatan di Hospital Putrajaya iaitu Dr Nisha Thayananthan akan mengeluarkan tuala wanita biodegradasi atau mudah urai jenama sendiri.
Bagi menjayakan impiannya ini beliau bekerjasama dengan sebuah badan bukan kerajaan, Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) bagi mempromosikan hasratnya melindungi alam sekitar daripada sisa plastik.
REMAJA sempat menghubungi dan bertanyakan lebit lanjut mengenai tuala wanita biodegradasi ini.
1. Bagaimana tercetusnya idea tuala wanita biodegradasi?
Semasa saya mengambil jurusan perubatan di Sarawak saya nampak ramai wanita yang susah. Kunjungan ke rumah panjang masa “community posting”, saya ternampak wanita gunakan kain biasa untuk menjadikan tuala wanita, masa tu tercetusnya idea untuk tolong mereka. Apatah lagi kita sedang berdepan dengan masalah alam sekitar seperti pencemaran plastik. Jadi tercetuslah idea mencipta pad biodegrasi yang dapat membantu wanita dan alam sekitar.
2. Pengalaman sendiri yang tidak menarik mengenai tuala wanita sedia ada di pasaran?
Sebelum ini, saya pernah mengunakan tuala wanita biasa saya sering mengalami masalah ruam kerana geseran bahagian plastik tuala wanita di kulit saya. Selepas saya mengunakan tuala wanita biodegradisi saya, masalah itu tidak berulang lagi.
Tambahan lagi ketika berkhidmat sebagai doktor di bahagian sakit puan sebelum ni, saya dapat nampak ramai wanita berdepan dengan masalah kesihatan : pad rash/ abnormal vaginal discharge
So I created this to help them overcome health issues.
3. Perbezaan tuala wanita biasa dengan tuala wanita biodegradasi?
Tuala wanita biodegradasi tidak akan menambah masalah pencemaran plastik kerana kelebihannya untuk biodegradasi. Tuala wanita ini akan berdegrasi di dalam 216 jam.
Selanjutnya, masalah ruam akibat geseran plastik telah hilang selepas saya menukar kepada tuala wanita biodegradasi. Ia juga tidak mempunyai bahan sintetik kerana bahan yang digunakan untuk membuat tuala wanita ini adalah bahan semulajadi.
Tuala wanita ini tidak mengandungi bahan chemical “ Dioxin”, di mana dalam kajian terbaru dioxin boleh mengundang kanser rahim dan cervix.
- Tuala wanita biodegradable (ecopad)
- No chemical
- Completely degradable in 216 h
- No health issue
- No plastic – saves environment
3. Harapan untuk tuala wanita biodegradasi?
Saya berharap tuala wanita ini dapat di pakai oleh wanita Malaysia supaya masalah pencemaran plastik dapat di atasi. Selanjutnya, saya berharap dana daripada pembelian tuala wanita ini dapat membantu mengatasi kemelut kemiskinan haid dalam kalangan wanita yang tidak berkemampuan untuk membeli tuala wanita.
4. Pendorong
Pendorong utama saya adalah ibu saya. Beliau menguruskan tempat perlindungan haiwan dan sebuah rumah orang tua. iltizam ibu saya untuk membantu orang ramai menjadi inspirasi untuk saya melakukan projek ini.
Untuk korang yang ingin mendapatkan tuala wanita biodegradasi ini, boleh mendapatkannya di melalui :
Instagram: @ecopadmalaysia
Facebook: Ecopad by Dr Nisha
Website : https://www.ecopadbydrnisha.com/
Sebahagian daripada jualan akan disalurkan kepada orang kurang mampu, dan organisasi alam sekitar. Malah, semua wanita boleh membeli tuala wanita biodegradasi ini. Tiada halangan. Kerana sexual untuk semua.
BACA: “Sanggup Hamil Demi Elak Period”, Isu Kemiskinan Haid Benar-Benar Berlaku Di Negara Kita
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.