Satu gempa bumi dengan kekuatan 6.2 magnitud melanda Sumatera Barat, Indonesia kira-kira pada jam 9.39 pagi ini, waktu di Malaysia.
Menurut laporan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia di laman web, gempa terjadi pada kedalaman 10 kilometer, di timur laut Pasaman Barat – Sumbar.
Biarpun tiada amaran Tsunami yang dikeluarkan, namun rakyat di Malaysia tetap dilanda rasa takut setelah gegaran yang berlaku pagi ini dapat dirasai oleh penduduk di sekitar Semenanjung Malaysia.
Team REMAJA yang berada di Shah Alam, Selangor jelas merasai gegaran selama beberapa saat dan ia telah mencetuskan rasa panik dalam kalangan penduduk di kawasan sekitar.
Di media sosial juga, warganet berkongsi pengalaman berdepan situasi tersebut. Selain Shah Alam, kawasan lain seperti di Johor, Melaka, Cyberjaya dan Wilayah Persekutuan Putrajaya juga melaporkan merasai gegaran sama.
Indonesia terletak di Lingkaran Api Pasifik dan sering dilanda pergerakan aktif seismik dan aktiviti gunung berapi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.