Gempar! Remaja 16 Tahun Dipercayai Campak Bayi Masih Bertali Pusat Dari Tingkap Rumah

Share

Gempar di media sosial apabila seorang bayi lelaki dijumpai diatas bumbung rumah dan masih bertali pusat. Allahu…..

Seorang bayi lelaki yang masih bernyawa dan bertali pusat dipercayai baru dilahirkan ditemukan berlumuran darah di bumbung sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Seri Dermawan, Bercham, Ipoh.

“Seorang saksi yang juga jiran suspek mendengar bunyi kuat yang terjatuh di bahagian bumbung rumahnya dan kemudian menemukan bayi berkenaan sebelum bertindak menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi malam tadi.

Menurutnya, pemeriksaan di bilik suspek yang masih belum ke sekolah kerana baru sebulan berpindah ke rumah berkenaan dari Batu Caves, Selangor mendapati terdapat kesan tompokan darah pada gerigi tingkap serta cadar biliknya.

Bayi malang itu kini berada dalam keadaan kritikal dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.

“Suspek telah dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan lanjut…keterangan lanjut masih belum diterima kerana remaja itu dalam keadaan lemah akibat mengalami pendarahan selepas melahirkan bayi berkenaan,” katanya.

Soal siasat ke atas ibu dan dua adik suspek mendapati mereka tidak mengetahui tentang kehamilan remaja itu, malah semasa kejadian dia tidak menunjukkan sebarang petanda mahu melahirkan anak sebaliknya hanya memberitahu baru sahaja datang haid.

Kepada warganet, berita ini bukan untuk dikecam, bacalah dengan mata hati kerana kita hanya mahu mencari penyelesaian mengenai keterbukaan isu ini. Memang bukan berlaku pada ahli keluarga kita tapi keluarga lain tapi lebih baik kita doa baik-baik.

So apa nak buat jika mengandung?

Untuk remaja yang dah tersilap dan rasa takut untuk beritahu ahli keluarga, mintalah bantuan kawan atau masuklah ke rumah perlindungan. Kalau masih takut dan memilih untuk mengurus diri sendiri dan bila tiba saat bersalin nanti, janganlah dibuang bayi tersebut.

Ini kerana ada 12 tempat baby hatch yang boleh kita letakakan bayi dan anak itu akan dijaga dan diberi kepada keluarga yang memerlukannya.

Boleh letak saja tanpa rasa takut ditangkap. Tiada siapa akan tanya atau tangkap korang. Tak ada soal jawap pun masa korang letak tu. Paling penting letaklah bayi tak berdosa itu baik-baik kerana ada orang akan menjaganya nanti.

Ingat, jangan buang bayi dalam mangkuk tandas, dalam kotak depan surau dan sebagainya. Letak saja di baby hatch seperti dalam senarai di bawah ini. Paling penting, selepas sekali korang buat silap , jangan terus ulangi kesilapan lagi.

Sumber : Bernama , Facebook , Sin Chew Daily

Published by
Ruziana Zainal