Genap tujuh hari kelahiran cahaya mata kedua, pelakon jelita, Farah Nabilah tampil berkongsi nama bayi comelnya itu yang selamat dilahirkan, pada tanggal 26 Julai lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon naskhah popular Titian Cinta itu menerusi sebuah hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya sebentar tadi.
ARTIKEL BERKAITAN : Isteri Selamat Melahirkan Bayi Sulung, Remy Ishak Kini Bergelar Bapa
Menerusi kapsyen tersebut, Farah Nabilah dan suami tercintanya Mohammed Amirul Yunus, memilih nama Yusuf Gibran buat bayi keduanya yang baru dilahirkan itu.
“Assalamualaikum. Today is his 7th day. Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,” coretnya ringkas.
Pada masa sama, dia sempat menitipkan doa agar Yusuf Gibran bakal menjadi seorang anak yang soleh dan mempunyai adab dan akhlak seperti Nabi Muhammad SAW.
“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab & akhlak seperti Rasullullah SAW & dilindungi dari segala kejahatan. Amin YRA,” katanya lagi.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis menumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik buat bayi mereka tersebut.
Sekadar informasi, Farah Nabilah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya yang juga seorang juruterbang, Mohammed Amirul Yunus, pada 20 Disember 2019.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Farah Nabilah