Siapa tidak kenal dengan aktres jelita negara seberang ini. Apabila bercerita mengenai filem hit, Ada Apa Dengan Cinta yang pernah ‘menggegarkan’ industri perfileman pada tahun 2002, pastinya sudah terbayangkan figura pelakon ini.
Dian Sastrowardoyo atau nama sebenarnya Diandra Paramitha Sastrowardoyo yang berjaya membawa watak sebagai Cinta menerusi karya tersebut, sekali gus nama baiknya menjadi bualan para pencinta filem sehingga ke hari ini.
Lahir pada tanggal 16 Mac tahun 1982 di ibu negara Indonesia, Jakarta, pelakon berkaliber itu baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 tahun, baru-baru ini. Walau sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, tidak dinafikan pelakon dan penerbit ini masih kelihatan anggun dan bergaya.
Ads
Sempat Remaja menjengah di platform Twitter, para peminatnya juga tidak melepaskan peluang mendedikasikan ucapan teristimewa sempena ulang tahun bintang kesayangan mereka itu.
Beauty with brains. Memiliki wajah dan tubuh persis ‘anak dara’ dan berpendidikan tinggi. Bukan bergiat aktif dalam lakonan sahaja, Dian yang mempunyai kelulusan Sarjana Pengurusan Universiti Indonesia ini juga mempunyai sebuah yayasan sendiri yang diberi nama Yayasan Dian Sastrowardoyo bagi memfokus kepada memperkasa wanita dalam bidang kebudayaan dan pendidikan.
Ads
Pelakon itu juga sangat cintakan bidang lakonan. Mula menjejakkan kaki di persada seni Indonesia pada tahun 1996, kini lebih 15 filem penglibatannya sepanjang kerjaya dalam industri hiburan tanah air.
Ads
Antara filem yang pernah dilakonkan wanita itu seperti Ada Apa dengan Cinta? 2, Arisan! dan Kartini. Sekadar informasi, Dian mendirikan rumah tangga bersama suami tercintanya yang juga usahawan, Maulana Indraguna Sutowo pada tahun 2010.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Nama pelakon Tan Sri Michelle Yeoh sudah tidak asing dalam industri hiburan dunia kerana figura hebat ini sudah pun membintangi beberapa filem di luar negara. Baru-baru ini, beliau telah tersenarai sebagai 100 Individu Paling Berpengaruh Majalah TIME 2022.
Selebriti berusia 59 tahun ini mempunyai banyak projek lakonan untuk tayangan filem dan rancangan televisyen dalam beberapa tahun lalu, maka tidak hairanlah jika majalah Time mengiktiraf beliau sebagai salah seorang daripada 100 individu paling berpengaruh 2022.
“Ringkasnya, itulah yang Michelle Yeoh lakukan selama beberapa dekad. Anak kelahiran Malaysia menjadi ratu pawagam yang didominasi pelakon lelaki Hong Kong, namun Michelle Yeoh mampu melakukannya. Lari daripada stereotaip dalam filem Bond dan menembusi peringkat global dengan epik kung fu yang memenangi Oscar? Michelle Yeoh juga telah melakukannya,” tulis majalah itu.
Michelle Yeoh terpilih dalam kategori Titans yang turut menyenaraikan individu-individu hebat seperti Tim Cook dari Apple, Oprah Winfrey, Hwang Dong Hyuk dan Kris Jenner. Terdapat lima lagi kategori iaitu Artis, Inovator, Pemimpin, Ikon dan Perintis dalam senarai Time yang telah dikeluarkan pada Isnin lalu.
Bintang terkenal itu turut memuat naik hantaran pengiktirafan yang diterimanya ini di laman instagram dan rata-ratanya berbangga atas kejayaan yang telah dikecapi oleh anak kelahiran Ipoh ini.
Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Tan Sri Michelle Yeoh kerana telah tersenarai dalam 100 Individu Paling Berpengaruh, secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke mata dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Korang pernah tak ada perasaan macam ni. Orang makan berbunyi kita rasa menjengkelkan, orang bernafas kuat kita rasa menjengkelkan, orang mengunyah chewing gum berbunyi pun kita rasa menjengkelkan. Faham tak perasaan annoyed dia tu macam mana..hmmm
Okay itu mungkin petanda korang mengalami penyakit Misophonia. Ia bermaksud gangguan di mana orang jadi marah atau annoyed dengan bunyi seperti makan, mengunyah, pernafasan kuat dan sebagainya.
Kecacatan dalam mekanisme kawalan emosi
Orang special macam ini mempunyai kecacatan dalam mekanisme kawalan emosi mereka yang menghantar otak mereka ke dalam overdrive apabila mendengar bunyi tertentu.
Senang cerita kalau korang rasa menyampah atau annoyed dengan bunyi-bunyian seperti itu ia dipanggil Misophonia!
Tapi tahukah anda, keadaan Misophonia ini boleh menjadi penanda aras bahawa penghidapnya adalah seorang yang genius?
Terbukti Dengan Kajian
Saintis dari Northwestern University mendapati bahawa individu yang sensitif terhadap sesetengah bunyian ini cenderung menjadi lebih kreatif. Dalam erti kata lain, semakin ada meluat dengan bunyi mengunyah contohnya, anda berkemungkina besar menjadi seorang yang genius.
Kajian telah dilakukan kepada 100 orang peserta, pengkaji melihat bagaimana mereka semua memberikan respon kepada bunyi-bunyi tertentu dan menyuruh kesemuanya menyelesaikan Soal Selidik Penilaian Kreativiti sebelum pergi kepada konklusi.
Hasilnya, mereka mendapati peserta yang sensitif kepada sesetengah bunyian tersebut memberikan jawapan yang paling kreatif; semakin mengganggu bunyian tersebut, semakin tinggi markah pada ujian ukuran kreativiti.
Untuk info korang, Misophonia banyak berlaku kepada wanita daripada lelaki dan selalunya bermula sebelum akil baligh dan simptom pertama akan wujud ketika berumur antara sembilan hingga 12 tahun.
So siapa yang ada simptom Misophonia ni patut berbangga sebab anda seorang yang genius. hiks…
Harapnya selepas ini, tiada lagi rungutan daripada penduduk di bandar Nilai yang sering perlu ke luar kawasan mereka semata-mata untuk menonton wayang.
Panggung wayang pertama di Nilai akhirnya telah membuka pintu mereka semalam! Bertempat di MesaMall Nilai, pawagam mmCineplexes ini juga adalah cawangan ke-20 pawagam tersebut di Malaysia.
Demi penduduk Nilai, mereka telah menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan di sini. mmCineplezes mempunyai beberapa buah hall bagi memberikan kelainan untuk korang pilih.
Paling hebat tentulah Elite Hall yang mempunyai rekaan dinding Prism, tempat letak kaki yang luas dan suasana mewah bagi 44 orang penonton tempat duduk Deluxe-nya.
Selain itu, terdapat juga hall bernama The Mezzanine dan The Duplex yang mempunyai teknologi Dolby Atmos. Sesiapa yang memilih hall ini, memang korang akan terleka menonton filem kegemaran apabila kesan bunyi yang diberikan amat mengkagumkan.
Seperti kebiasaan sekarang, mmCineplezes mempraktikkan sistem pembelian tiket di kiosk layan diri untuk bukan saja membeli tiket tetapi juga untuk memesan makanan serta minuman.
*
Bagi korang yang menetap di sekitar Nilai, rebut peluang untuk memenangi tiket filem percuma dengan menyertai peraduan Sit, Pose & Win oleh mmCineplexes. Apa yang perlu korang lakukan adalah duduk di Deluxe Twin Seat yang disediakan di Ground Floor Mesamall.
Ambil foto dengan cara paling kreatif yang muat naik di media sosial dengan hashtag #mmCineplexes, #mmCineplexescontest dan #mmcMesaMallNilai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, perasaan sebak tidak dapat disorokkan oleh pelakon, Amyra Rosli apabila terpaksa melepaskan suami tercinta, Amar Baharin (40), yang menyertai misi berbasikal sejauh...