Buat penggemar filem, anda mesti tahu mengapa salah satu dari filem asal Indonesia ini pantas menjadi filem yang paling wajib ditonton bagi tahun 2024. Menerusi ‘Home Sweet Loan’ yang diarahkan oleh Sabrina Rochelle Kalangie ini sememangnya mampu memeluk dan mewakili anda para pejuang hidup pada zaman ini.

Mengangkat keresahan dan kepayahan hidup generasi ‘sandwich’, filem yang diadaptasi dari novel karya Almira Bastari ini sememangnya kayak menerima pujian kerana setiap perjalanan cerita yang disampaikan boleh dikatakan dekat dengan ramai orang. Jangan berlengah lagi, ini ‘point’ menarik mengapa anda patut tonton filem ini!

Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton

SANDWICH GENERATION CAN RELATE! 

Home Sweet Loan mengisahkan kehidupan gadis bernama Kaluna yang gigih berusaha keras demi mendapatkan rumah sendiri. Walau bagaimanapun, hal itu bukan mudah kerana dalam pada masa yang sama, Kaluna mempunyai komitmen terhadap keluarga berbekalkan pendapatan yang tidak seberapa.

Sehingga pada satu hari, Kaluna mula penat dengan kehidupannya dan setiap kali pulang ke rumah dia seperti tidak dialu-alukan membuatkan penonton merasa dekat dengan watak utama filem ini, terutama bagi individu yang berperanan sebagai generasi ‘sandwich’ dalam keluarga.

Selain itu, selingan drama persahabatan, komedi, dan kemanisan romantis juga bakal mencuit hati anda!

Ads

Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati PenontonGenerasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton

KESEDERHANAAN WATAK UTAMA

Watak Kaluna yang dilakonkan Yunita Siregar juga digambarkan secara menyeluruh. Bermula dari penampilan cara berpakaian, make-up, dan gaya hidup juga sangat menggambarkan masyarakat ekonomi menengah. Berbeza dengan rakan-rakannya yang digambarkan lebih stabil berbanding watak utama filem ini.

Ditambah dengan ekspresi wajah jarang tersenyum setiap kali berada di rumah juga berjaya membuat penonton turut merasakan bagaimana penatnya terpaksa memikul beban hidup.

Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton

Ads

Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton

SINEMATOGRAFI PALING EPIK

Penonton Home Sweet Loan juga akan merasa dekat dengan setiap ‘scene’ menerusi filem ini kerana anda akan disajikan dengan visual bagaimana lelahnya para pencari nafkah di kota yang perlu pergi dan pulang kerja menggunakan kenderaan awam seperti bas, keretaapi dan sebagainya.

Paling menarik, penonton juga mungkin merasa seakan-akan dipeluk oleh satu semangat dan membuatkan kita sedar bahawa ramai lagi orang sedang berjuang di haluan masing-masing.

LAGU OST SYAHDU SUASANA

Selitan lagu galau seperti ‘Berakhir di Aku’ Idgitaf yang dijadikan soundtrack utama juga mampu membuatkan anda sebak dan terbawa-bawa dengan suasana. Selain itu, filem ini juga diwarnai lagu-lagu galau lain seperti  Kembali Pulang oleh Suara Kayu ft. Feby Putri, Rumah oleh Salma Salsabil, Mendarah oleh Nadin Amizah, Hei Kamu oleh Aviwkila, Terima Kasih Sudah Bertahan oleh Ghea Indrawari, Jakarta Ramai oleh Maudy Ayunda, dan Semoga Sembuh yang dibawakan oleh Idgitaf bersama Ezra Mandira.

Ads

Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton Generasi ‘Sandwich’ Mesti ‘Can Relate’! Ini Sebab Mengapa Filem ‘Home Sweet Loan’ Mampu Sentuh Hati Penonton

Bagi kami di Remaja, filem Home Sweet Loan menarik untuk disaksikan, terutama bagi anda  yang sedang merasa penat untuk menjalani kehidupan. Tanpa disedari, filem ini akan menjadi pelukan hangat yang menyedarkan penonton bahawa You Are Not Alone guys! Selain itu, tanpa anda juga secara tak langsung mendapat ilmu dan juga tip hal penting apa yang perlu diperhatikan sewaktu nak beli rumah nanti tau!

Filem ini dibintangi oleh pelakon hebat dari negara seberang seperti Yunita Siregar, Derby Romero, Risty Tagor, Ayushita, Ina Marika, Ariyo Wahab, Fita Anggraini, dan ramai lagi! Home Sweet Loan yang sarat dengan pengajaran hidup ini juga sudah pun ditayangkan di pawagam bermula 21 November! 

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI