Geng Mendaki ‘Take Note’, Aktiviti Di Hutan Simpan Kekal Dilarang Mulai Hari Ini

Share

Baru sahaja aktiviti hiking atau liburan yang hype bagi golongan millenials ini dibenarkan sebelum ini selepas tergenjala akibat pandemik Covid-19 dan pelaksanaan PKP di Malaysia.

Terbaru, mulai hari 1 Disember 2021, semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook memaklumkan, penutupan itu berkuat kuasa hingga 31 Januari 2022.

“Individu yang melanggar notis ini akan diambil tindakan mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. Sebarang pertanyaan, hubungi talian 03-55447000, 03-55447507 atau e-mel admin_eco_park@forestry.gov.my,” kata JPNS.

Sebelum ini, media melaporkan Gunung Nuang dekat Hulu Selangor yang menjadi tumpuan pendaki ditutup serta-merta. Ia termasuk larangan memasuki dan menjalankan aktiviti pendakian di dalam kawasan gunung terbabit berikutan risiko tanah runtuh dan musim tengkujuh.

REMAJA pernah menyenaraikan beberapa lokasi mendaki yang wajar korang cuba setelah pandemik di Malaysia semakin pulih tidak lama lagi.

ARTIKEL BERKAITAN : 12 Tempat Hiking Paling Best Untuk Korang Yang Baru Nak Berjinak – REMAJA

Published by
Nana