Firman Allah SWT di dalam al-Quran, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa” (Surah Al-Baqarah ayat 183).
Kewajipan puasa ini juga dinyatakan dalam rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan.
Namun setiap kali tibanya Ramadan, pasti kelihatan di media sosial geng-geng plastik hitam yang akan muncul sekitar jam 12 tengahari di kedai-kedai yang masih menjual makanan tanpa rasa segan silu.
Hari pertama Ramadan kejadian berlaku di Melaka, akhbar melaporkan lelaki berusia 53 tahun ditangkap sedang menghisap rokok di kedai bukan Islam.
Awas ya geng plastik hitam, jika ditangkap tidak berpuasa di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah iaitu tidak menghormati Ramadan, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
Peraturan ini bukan saja termaktub kepada geng plastik hitam saja tetapi kepada penjual yang menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau
(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya.
Apa pun memang malukan kalau lelaki tertangkap ketika makan di siang hari bulan Ramadan. Tanggungjawab lelaki amat berat, mereka adalah Imam bagi isteri, ketua keluarga kepada anak-anak dan kalifah bagi umat islam lain. Jika hal urusan puasa saja tidak beres, bagaimana mahu membina rumah tangga yang tanggungjawabnya lebih besar.