Sejak kemelut saman-menyaman oleh Genting Malaysia Bhd sebanyak RM4.2 bilion ke atas Disney dan Fox, rakyat Malaysia seakan sudah redha je jika rancangan untuk lepak di taman tema baru Genting tidak kesampaian.
Namun dalam perkembangan terbaru pada minggu ini, Genting dikatakan masih dalam perancangan untuk membuka taman temanya seawal Januari 2019 (!) tanpa melibatkan Disney atau Fox.
Maknanya, kerja-kerja pembinaan kini masih dijalankan, PEOPLE.
Menurut kenyataan CEO dan pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay kepada The Edge Markets,operasi pembinaan masih mengikut timeline yang diberi. Tambah beliau lagi, projek itu kini disambung oleh pihak Universal dan Six Flags.
Ads
Sebenarnya, perkara tersebut tidaklah mengejutkan, memandangkan Universal Studios Singapore (USS) dimiliki dan diuruskan oleh Genting sendiri. Mungkin juga tarikan Genting selepas ini akan setaraf atau lebih happening berbanding USS.
Untuk pengetahuan korang, Six Flags ialah syarikat taman tema Amerika Syarikat yang terbesar di dunia.
Ads
Six Flags Discovery Kingdom di California.
Kata Tan Sri, taman tema ini hanyalah sebahagian kecil daripada pembaharuan yang cuba dibawakan oleh mereka di Genting. Ada banyak lagi fasa yang menanti pengunjung selepas ini.
We’ve been there. Bila putus cinta ada sahaja perkara baru yang kita akan cuba dan lakukan. Itulah penangan akibat putus cinta. Ada orang akan lebih fokus pada hobi mereka, ada orang pula akan pergi melancong ke luar negara dan pelbagai lagi aktviti yang sebelum ini wujud dalam angan-angan sahaja.
Namun berbeza dengan penyanyi popular, Zayn Malik yang dilaporkan baru sahaja putus cinta dengan buah hatinya yang merupakan supermodel tersohor dunia, Gigi Hadid.
Bekas ahli One Direction ini dikatakan telah membeli sebuah penthouse di kotaraya metropolitan New York yang berharga USD10.69 juta (RM41.5 juta)! Pembelian yang dilaporkan oleh New York Post ini juga dikatakan dilakukan oleh Zayn Malik pada hari sama dia dan Gigi Hadid mengumumkan perpisahan mereka.
Wow, this is one way to get over a break up!
Unit mewah dengan empat bilik tidur dan empat bilik air ini merupakan sebuah kondominium di SoHo. Menurut senarai yang didapatidi laman sesawang hartanah StreetEasy, kediaman mewah terbaru Zaym mempunyai keluasan 3,597 kaki persegi dengan siling 12 kaki dan 1,061 kaki persegi kawasan pejalan kaki penuh privasi.
Walaupun Zayn dikatakan membeli unit tersebut pada hari perpisahan diumumkan namun terdapat ura-ra bahawa dia membelinya untuk persiapan masa hadapan mereka. Sama ada benar atau tidak, itu hanyalah spekulasi daripada peminat.
Dan yang terbaru, Zayn telah mencacah tatu baru di lehernya bebentuk bunga ros hitam dengan kapsyen ‘Neck yat’. Adakah ia ada sangkut paut dengan Gigi Hadid? 😉
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi kaki travel yang masih belum tahu akan kewujudan lima buah pulau cantik ni, apa kata korang plan awal-awal untuk mengunjunginya pada masa terdekat.
Mesti tak menyesal punya.
1.Pulau Bohey Dulang, Semporna
Merupakan pulau terbesar daripada lapan pulau di Taman Marin Tun Sakaran. Pulau Bohey Dulang terbentuk daripada letusan gunung berapi jutaan tahun dahulu.
Korang juga akan mendapati yang Pulau Bohey Dulang mempunyai spesis batu karang dan ikan terbanyak di dunia lalu menjadikan ia sebuah pulau yang penuh pesona dan mengagumkan.
Aktiviti yang wajib dilakukan sewaktu berada di pulau ini adalah snorkelling, selam skuba dan mandi-manda bersama pelbagai jenis ikan.
TIP: Sewa snorkelling sekitar RM10 tetapi makanan tak disediakan. Lebih baik kalau korang prepare makanan ringan dari awal.
2.Pulau Tenggol, Dungun
Mungkin pulau ini tidak sepopular Pulau Redang atau Pulau Perhentian tetapi ia merupakan pulau tumpuan bagi peminat skuba di seluruh dunia.
Lebar Pulau Tenggol ini lebih kurang dua hingga tiga kilometer sahaja. Pantainya juga pendek dan sangat landai. Apa yang menarik di sini adalah persisiran pantai yang cantik serta keindahan dasar lautnya yang cukup mengagumkan.
Kalau boleh, kunjungi pulau ini antara bulan Julai dan September kerana korang berpeluang untuk melihat kehadiran ikan yu dan pari besar yang sedang makan plankton dan udang kecil.
TIP: Kadar sewa bot untuk 6 hingga 10 orang penumpang adalah lebih kurang RM600 – RM650 sehari. Jadi lebih baik jika satu bot dikongsi beramai-ramai.
3.Pulau Kapalai, Semporna
Sebuah lagi pulau dari Sabah! Pulau Kapalai tersembunyi di antara Pulau Sipadan dan Pulau Mabul. Ia terletak di atas batu-batu karang yang dikenali sebagai Ligitan dan merupakan syurga bagi penggemar sukan skuba dan snorkeling.
Bagi pasangan yang baru berkahwin, Pulau Kapalai adalah destinasi yang sesuai untuk berbulan madu dek kerana kecantikannya.
TIP: Perhatikan kepada kadar caj tiket penerbangan. Jika bertuah, korang boleh mendapatkan tiket serendah RM196 termasuk tax dan fuel surcharge untuk dua orang ke Tawau.
4.Pulau Aur, Mersing
Terletak kira-kira 76 kilometer dari bandar Mersing, Pulau Aur merupakan pulau yang paling jauh daripada tanah besar. Keindahan pantai serta pasirnya yang halus memutih sudah cukup membuatkan hati terpaut.
Bagi penggemar aktiviti snorkeling, pasti kamu tidak akan jemu menyaksikan keindahan dasar laut yang dihuni pelbagai spesis ikan dan terumbu karang.
TIP: Bagi korang yang sukakan cabaran ekstrem, bolehlah cuba mendaki ke Batu Cina yang memakan masa kurang sejam pendakian. View dia, terbaik!
5.Pulau Mataking, Semporna
Pulau Mataking terletak 40 minit dari Semporna dan 45 minit dari Sipadan. Kawasan menyelam yang paling terkenal di sini adalah Magic Rick, Alice Wall dan Mantis Ree.
Malah, kamu juga boleh melihat hidupan laut dengan lebih dekat seperti barracuda, tuna, pari dan banyak lagi. Pantainya yang cantik menjadi tarikan pengunjung yang ingin berjemur di bawah sinaran matahari.
TIP: Dari bulan Mei ke Ogos (sempat lagi ni!), antara keunikan yang ada di Pulau Mataking adalah kehadiran penyu hijau dan penyu karah (Hawksbill) yang menetas di pantai.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bunga dan manusia tidak dapat dipisahkan. Memiliki 1001 simbolik, bunga menjadi penyeri kepada kehidupan. Keindahan yang dimiliki ibarat anugerah paling sempurna ciptaan yang Maha Esa.
Pelakon terkenal yang berasal dari Singapura, Hannah Delisha membuat satu ciapan di laman Twitternya berkenaan bunga.
If you were a flower, what would you be and why? 🌸🌷
Dalam ciapan tersebut dia menulis soalan berbunyi, “Jika anda adalah bunga, apakah anda dan mengapa?” dan dia sendiri berkongsi jika dirinya sekuntum bunga, pelakon cantik yang merupakan isteri kepada Imam Shah itu memilih bunga Dahlia sebagai perlambangan.
Membuatkan ciapannya itu mencuti hati, Hannah memberi alasan yang cukup comel mengapa dia memilih bunga tersebut. Jawabnya, “Sebab Imam kata sama bulatnya.”
Ciapan tersebut telah menerima lebih 182 ulangkicau, 1731 tanda suka dan dibaca lebih 82 ribu kali.
Menariknya, pengguna twitter yang membalas ciapan tersebut turut berkongsi bunga apa yang menjadi pelambangan diri mereka.
Penguna twitter @iamwidiw membalas, “Saya ingin menjadi Lily of The Valley kerana ia adalah simbol kesucian, kegembiraan, cinta, keikhlasan, kebahagiaan dan tuah.”
Manakala seorang lagi pengguna twitter @_zafrihasy pula berkongsi, “Mawar. Sama seperti warnanya, saya mempunyai motivasi yang besar untuk memastikan saya terus mencapai apa yang saya inginkan.”
“Saya mungkin akan menjadi bunga tulip putih. Kerana tulip putih melambangkan kemaafan,” tulis @beautifulsky_99 pula.
MAKSUD BUNGA DAHLIA
Mengikut laman web floraly.com.au, bunga dahlia bermaksud “mencari kekuatan dalaman”. Ini menjadikan bunga ini sempurna untuk dihantar kepada seseorang yang mungkin melalui masa yang sukar.
Dahlia ialah bunga yang unik, jadi wajarlah ia juga melambangkan menonjol daripada orang ramai dan mengikut laluan anda sendiri. Ia adalah bunga yang sangat baik untuk diberikan kepada rakan atau ahli keluarga yang akan menamatkan pengajian atau akan memulakan perjalanan kerjaya baharu.
Selain itu, dahlia juga menjadi perlambangan kepada frasa untuk kekal anggun dan kekal baik biarpun berdepan tekanan tinggi atau mencabar. Jika seseorang yang anda sayangi mengalami saat yang tertekan dalam hidup, hantarkan sejambak dahlia untuk menceriakan hari mereka.
*P/s- Korang pula kalau jadi bunga agak-agak bunga apa? Min pilih jadi bunga kertas! Warnanya terang, tahan hujan, rebut dan panas. I’m a survivor! Gitu…
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku...