Gentleman-nya Oppa! Tindakan Park Seo Joon Menjaga Tangan ‘Halal Gap’ Daripada Jennie Dipuji

Share

Ahli kumpulan sensasi Blackpink, Jennie Kim pada tahun ini tidak keseorangan di acara pertunjukan fesyen Chanel di Paris apabila dia turut didampingi rakan seindustri dari Korea Selatan dan Jepun, Park Seo Joon dan Nana Komatsu.

Seperti biasa, gaya kemunculan Jennie dinanti-nantikan oleh peminat K-pop dan fesyenista di seluruh dunia dan ternyata dia tidak mengecewakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Stail Jennie Blackpink Di Acara Fesyen Chanel Sentiasa ‘Trending’ Sejak 2018 – REMAJA

Jennie tampil ‘gagah’ dan menitipkan gaya ’empowered woman’ di karpet merah Chanel dengan dandanan rambut braided low ponytail

dan persalinan serba putih terdiri daripada top tidak berlengan dan celana berpotongan straight-cut.

 

Ada yang berpendapat gaya Jennie ini mirip konsep pakaiannya dalam video muzik How You Like That dahulu. Korang rasa sama tak?

Anyway, kehadiran Jennie dan Park Seo Joon turut diperkatakan oleh kerana interaksi mereka di karpet merah Chanel.

No no, mereka tidaklah kelihatan mesra bak pasangan kekasih. Sebaliknya, layanan penuh hormat dan gentleman Seo Joon kepada Jennie ketika mereka sedang bergambar bersama telah mencetuskan fenomena di media sosial.

Biarpun jelas, pelakon dan penyanyi itu masih dalam fasa ‘awkward’; itu hanyalah disebabkan mereka saling menghormati antara satu sama lain.

Contohnya sewaktu Park Seo Joon cuba menutupi wajah Jennie daripada kamera yang ada. Ataupun semasa Park Seo Joon cuba mendekati Jennie tetapi ahli Blackpink itu mengambil satu langkah ke belakang.

Haih! Bukan setakat itu, Park Seo Joon juga bertindak ‘gentleman’ apabila tidak meletakkan tangan kirinya di bahagian pinggang Jennie semasa bergambar.

Sebaliknya, tangan beliau dibiarkan ‘terapung’ di belakang tubuh Jennie untuk mendapatkan efek seakan-akan mereka saling bersentuhan.

Manalah peminat tidak sayangkan Park Seo Joon.

Memang menjaga betul adabnya semasa berinteraksi dengan selebriti wanita.

@remaja.my Memang setiap hari, min minum #Milo cara #ParkSeoJoon ni jelah. Tuang air panas, takde tambah susu. 😅🙈 #majalahremaja #remajanews #jomminummilo #kdrama #parkseojun #parkseojoonedit #fyp #fypage
#fypシ゚viral #trending ♬ original sound – Remaja

Persis pelakon Malaysia Beto Kusyairi yang baru-baru ini viral kerana menjaga jarak dengan pasangan pelakon dalam poster filem Imaginur, Diana Danielle.

ARTIKEL BERKAITAN: Pegang Tangan Rupanya ‘Edit’ Semata! Poster Filem Imaginur Zahir Keterujaan Warganet – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN