Syarat-syarat agar hukuman itu dilaksanakan terhadap seorang pesalah amatlah ketat. Jika syarat yang disebut tidak cukup ‘korum’, maka hukuman itu jarang sekali akan dilaksanakan secara mandatori. Hanya apabila pesalah telah dibuktikan dengan sahih melakukan kesalahan, barulah dia akan disabitkan dengan hukuman tertentu.
Brunei merupakan antara negara terawal yang tegas untuk melaksanakan hukuman mengikut ajaran Islam sementelah ia merupakan negara majoriti Muslim.
Salah satu daripada hukuman itu adalah berkenaan pesalah LGBT. Brunei tidak sesekali mengiktiraf pelaku hubungan di luar tabii dan ia merancang untuk mengenakan hukuman mati – termasuklah rejam – kepada pelaku hubungan seksual luar tabii dan luar nikah.
Bagaimanapun, setelah berdepan dengan tentangan daripada seluruh dunia, Brunei pada minggu lalu berkata hukuman tersebut tidak akan dilaksanakan.
Bagi masyarakat Barat termasuklah pelakon Hollywood George Clooney, penarikan semula hukuman itu adalah ‘kejayaan’ mereka atas tiket kemanusiaan.
Itu bukanlah isu yang utama kerana ramai Muslim yang turut berharap agar Brunei mempertimbangkan cadangan hukuman mati itu. Namun, apa yang menjadi isu adalah apabila dia dengan mudah memetik nama negara majoriti Islam iaitu Indonesia dan Malaysia.
“Penarikan hukuman itu adalah amaran kepada negara seperti Indonesia dan Malaysia – yang juga sedang mempertimbangkan hukuman ini. Golongan bisnes seperti bank besar (di 2 negara ini) akan menidakkan perancangan itu demi ekonomi masing-masing,” katanya semasa ditemubual oleh Ellen DeGeneres.
Whoa.
Adakah George begitu yakin dengan cara boikot ekonomi yang diperkenalkannya dan NGO lain ke atas Brunei pada awal tahun ini?
‘Amaran’ yang seakan mencabar masyarakat di Indonesia dan Malaysia itu juga dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak isu dalam negara berbanding menyelesaikan masalah.
Lihat saja komen yang direkodkan di kalangan netizen di Malaysia berhubung ‘amaran’ George Clooney ini.
Hhm, REMAJA tahu George dan isterinya, Amal Clooney begitu komited dengan isu kemanusiaan.
Tetapi sebelum memberi amaran kepada mana-mana negara semasa siaran langsung rancangan TV sepopular Ellen, mungkin George ingin memikirkan sentimen masyarakat di negara yang disebut itu terlebih dahulu.
Terlajak yatch perahu boleh diundur bro..